Pada tahun 2020, saya andaikan secara kasar hidup saya 80% konsisten. Tahun 2021, ia merosot kepada 68%. Dalam erti kata lain, saya semakin merosot. Ini bermakna, saya kena berusaha secara konsisten di sepanjang tahun 2022. Tapi, apa yang saya perlu lakukan? Demi untuk kembali ke prestasi 80% sebelum ini, anda boleh mengamalkan tips yang tersenarai di bawah ini.
1. Konsisten buat perkara-perkara yang kecil
Perkara-perkara yang kecil tidak memakan masa yang panjang untuk dilakukan. Selalunya ia hanya mengambil masa dalam 3-5 minit untuk dilaksanakan. Jangan pandang rendah pada perkara kecil yang anda lakukan kerana ia bertindak seperti sendi yang memudahkan anda maju setiap hari. Contohnya tidur yang cukup boleh membantu menyediakan tubuh dan psikologi anda untuk bekerja dan berfikir keras pada siang hari.
2. Ketahui apa sebenarnya yang anda mahu
Jujur dengan diri anda, apa sebenarnya yang anda mahu. Jika anda tidak jujur dengan diri anda, anda akan hidup dalam kesakitan. Anda perlu menyedari, bagaimana anda menghadapi kesakitan kerana melakukan perkara yang disukai? dan bagaimana anda menghadapi kesakitan waktu melakukan perkara yang tidak disukai? Dari perbezaan itu akan menentukan tahap kesungguhan anda sama ada berusaha keras atau mengeluh keras. Biasanya, anda akan berusaha lebih keras bila anda menyukai sesuatu.
3. Letakan elemen konsisten dalam kerja
Tanya diri anda ketika berkerja, Apa hal tetap yang anda lakukan sebelum atau semasa bekerja? Jika ada elemen ini dalam pekerjaan, anda bukan saja akan perform, malah anda akan turut berkembang secara konsisten.
4. Hidupkan sistem setiap hari
Hidupkan sistem kau dalam kehidupan hari kau. Jika kau tidak faham apa yang saya maksudkan “hidup”. Fikirkan soalan ini, adakah orang mati boleh bergerak? secara logiknya tidak bukan? Nah, disebalik persoalan ini, bagaimana pula keadaan orang hidup? secara logiknya dia akan bergerak bukan? Sama juga dalam sistem yang saya sebutkan di sini. Jika mempunyai matlamat, binalah sistem yang dapat membantu kau untuk mencapai maltamat itu. Kemudian, hidupkan sistem itu setiap hari supaya dia hidup dan matlamat kau pun tercapai.
5. Sedikit demi sedikit
Jika kau rasa sangat negatif semalam, usahalah untuk sedikit negatif hari ini. Esoknya, usahakan untuk sedikit positif. Dan hari seterusnya, jadilah sangat positif.
Bina aset online pertama anda dengan Cara Membeli Nama Website Sendiri di iWHost dan kembangkannya sedikit demi sedikit sepanjang tahun.
6. Kesan perbuatan semasa
Percayalah, setiap perkara yang kau lakukan secara konsisten akan kelihatan hasilnya pada 10 tahun akan datang. Sebagai contoh, pendapatan kau RM10,000 sebulan, tapi perbelanjaan kau RM10,100 sebulan. Jika kau tidak menyedari kelemahan ini, 10 tahun akan datang kau mungkin akan hidup dalam keadaan kewangan yang kronik. Oleh itu, berhati-hatilah dengan perbuatkan kau sekarang.
7. Dunia menawarkan lebih banyak peluang
Dunia akan menawarkan lebih banyak peluang kepada anda bila anda mula berjaya dalam satu bidang. Ia sangat baik. Tapi, apa yang anda perlukan sebenarnya hanyalah KONSISTEN. Anda perlu tahu perkara ini untuk memastikan anda berani mengatakan TIDAK pada tawaran-tawaran yang banyak ini. Ini kerana ada ramai manusia di bumi ini, dan anda perlu memberikan peluang kepada orang lain dengan cara mengatakan TIDAK.
8. Contohi amalan kecil orang berjaya
Lihat pada orang yang berjaya dalam bidang yang anda minati. Kemudian, belajar dan amalkan perkara-perkara kecil yang dia amalkan secara konsisten. Anda akan lihat impaknya dalam hidup anda pada 10 tahun akan datang. Belajar perjalanannya dari kegagalan menuju Kejayaan. Contohnya, dalam bidang perniagaan, anda boleh mencontohi bagaimana Jeff Bezos memulakan dan mengembangkan Amazon.
9. Pasang matlamat yang membuat anda konsisten
Matlamat manakah yang lebih membuat anda konsisten? Matlamat jangka pendek atau matlamat jangka panjang?
10. Ingat perkataan konsisten
Ingat perkataan konsisten bila anda merasa putus asa disebabkan tidak melihat hasil yang anda harapkan.
11. Hanya perlu konsisten untuk jadi kaya
Kunci untuk menjadi kaya sebenarnya mudah, anda hanya perlu konsisten sahaja. Persoalanya, konsisten dalam apa? Adakah dengan menunjukkan kelemahan diri atau menunjukkan kelebihan diri pada tempat dan masa yang betul? Jawapannya ialah konsisten dalam memperbaiki kelemahan. Untuk melakukan ini, anda perlu mengadaptasi jiwa sebagai seorang pelajar yang sentiasa menyelesaikan masalah. Dalam bisnes, kelemahan dan masalah merupakan peluang untuk diselesaikan.
12. Ada masa turun naik
Bila anda mencuba untuk konsisten, anda mesti sedar yang ada masanya anda akan turun dan ada masanya naik. Atau ada masanya anda berada di bawah, dan ada masanya berada di atas. Masalahnya, ramai orang akan berhenti apabila dia berada di bawah. Dia tidak terfikir yang konsisten itu bukan dilihat dari sudut kualiti sahaja, tetapi perlu juga dilihat dari segi kuantiti. Jika mental lemah, maka dia akan putus asa. Sebaliknya, jika mental kuat, dia tidak akan berputus asa, dia hanya akan memperlahankan atau mengurangkan kapasiti usahanya. Keadaan seperti inipun boleh dianggap sebagai konsisten kerana dia tidak putus asa.
13. Keinginan untuk Menjadi Kaya
Kalau anda ada keinginan untuk menjadi orang kaya, secara automatik anda akan bekerja secara konsisten setiap hari. Dan itulah sebenarnya kunci untuk menjadi kaya. Mudahkan? Tapi, persoalannya, konsisten dari segi apa? Jawapan anda boleh tahu, selepas menjawablah 2 persoalan ini;
- Apa yang anda mahu?
- Apa yang anda perlu buat untuk dapat apa yang anda mahu?
14. Fikir kerja dan untung konsisten
Jika anda rasa malas, fikirkan jawaban untuk soalan ini, Bagaimana keuntungan boleh konsisten, jika tidak konsisten bekerja? Jangankan pelanggan, pasangan anda juga tidak akan bertahan sekiranya anda malas. Namun apabila anda konsisten, rezeki anda akan muncul walau dimana atau dengan siapa saja anda bekerja. Contohnya, Cristiano Ronaldo konsisten dalam bola sepak, kini selain untung dari bola sepak, dia juga untung sebagai duta jenama terkenal.
15. Jangan ikut emosi
Perjalanan anda mungkin tidak sempurna seperti yang dirancang hingga menyebabkan anda beremosi. Ingat, anda akan gagal konsisten bila anda bertindak mengikut emosi. Apabila anda beremosi, fikirkan tentang “kesan negatif yang akan berlaku”. Sebaliknya, sabar dan berfikirlah dengan untuk penyelesaikan masalah atau mengurangkan kesan negatif tersebut.
16. Latih Diri supaya sentiasa Berjaga-jaga
Latihan harian adalah satu bentuk tindakan berjaga-jaga. Usaha untuk konsisten tidak akan tercapai tanpa latihan harian. Setiap hari anda kena lakukan latihan yang mengukuhkan data pertahanan dan menguasai strategi yang anda gunakan dalam bidang anda. Setelah anda menguasai strategi anda, gunakanlah kelebihan itu untuk menjadi lebih baik dari semalam.
17. Cari aspek yang membantu anda konsisten
Jika anda kurang konsisten, tanya diri anda sama ada anda berlatih secara konsisten atau tidak. Jika tidak, saya yakin anda boleh cari aspek-aspek penting yang membantu anda kekal konsisten. Dalam erti kata yang lain, carilah cara untuk meningkatkan motivasi diri secara konsisten.
18. Ambil tindakan yang realistik
Tindakan yang realistik disini bermaksud anda bertindak mengikut kemampuan Wang, Masa dan Tenaga. Contohnya anda mahu push up 100 kali secara konsisten. Namun, anda menyedari anda sibuk untuk bekerja sehingga anda hanya ada sedikit tenaga saja lagi untuk hal-hal lain. Nah, mungkin dengan menggunakan sisa tenaga yang ada itu, anda boleh gunakan untuk melakukan push up mengikut kemampuan anda. Tidak kisahlah 5, 10, atau 18 kali ulangan, yang penting anda mula push up secara konsisten. Begitu juga dengan perjalanan diet dan pendidikan anda. Yakinlah, bila tubuh dan minda anda cukup bersedia, tiada yang boleh hentikan anda melakukannya, kecuali diri sendiri dan Tuhan.
19. Membuat dan Menyusun Jadual
Salah satu masalah untuk menjadi konsisten ialah terlupa, terlewat atau terhenti. Keadaan ini boleh menyebabkan anda lemah semangat dan mungkin akan berhenti. Dengan adanya jadual, anda bukan saja akan ingat malah anda boleh melihat gambaran besar tentang laluan komitmen yang anda tetapkan. Gunakan warna kegemaran, agar anda kembali ke haluan asal anda.
20. Bersaing dengan diri anda semalam
Pastinya sangat membosankan bila berusaha dengan minda yang hanya tertumpu pada matlamat. Bukan kerana itu tidak penting, cuma untuk membuat anda sedar yang anda telah membuat lebih baik dari semalam. Jika anda membandingkan prestasi atau perasaan anda menggunakan rekod yang anda tulis, anda boleh mengetahui dengan mudah peningkatannya. Bahawa dengan usaha anda hari ini, akan menjadikan anda dan persekitaran anda lebih baik dari semalam. Anda juga boleh menyediakan hadiah kecil supaya anda ingat dan bersemangat secara automatik setiap hari. Semasa anda bersaing dengan diri anda, kumpulkan lebih banyak tenaga(motivasi) untuk menyediakan diri berkerja supaya pencapaian anda meningkat setiap hari.
21. Impikan Pikirkan Ucapkan Lakukan
Ketika mengimpikan sesuatu, ramai antara kita lupa untuk memikirkan, mengucapkan dan melakukan apa yang relevan dengan matlamat kita. Ingat, anda perlu menyediakan ruang untuk memikirkan, seterusnya mengucapkan dan melakukan seperti apa yang orang berjaya lakukan. Sikap ini dapat menggantikan sikap yang tidak relevan dengan matlamat anda. Dengan memikirkan impian anda, anda boleh melihat perjalanan anda dengan perspektif yang luas. Hinggakan anda mampu berkomunikasi dengan orang yang tepat dan betul agar tindakan anda tetap menghala ke matlamat anda. Jika anda ingin kekal konsisten atau rajin, maka mulalah amalkan 4 amalan ini.
22. Hanya anda yang tahu diri anda
Ingat asasnya disini ialah anda menjadi lebih baik secara konsisten. Dan jika ada seseorang memberitahu anda cara melakukan sesuatu, berhati-hatilah, jangan sampai nasihat mereka itu mengantikan identiti anda sebelum ini. Identiti diri andalah yang membentuk anda hari ini. Sebagai contoh, jika sebelum ini anda menjana profit yang lebih baik dari semalam, fokuslah pada identiti itu. Ini kerana identiti yang baik itulah yang membuat anda bertambah lebih baik dari semalam.
23. Kekalkan tekad setiap hari
Anda ialah kapten pada hidup anda. Jika anda mahu memajukan hidup anda, anda kena jaga tekad harian anda. Ada pelbagai tekad yang baik untuk ditanam dalam minda anda. Namun, tekad yang terbaik ialah Menjadi Lebih baik dari diri anda semalam. Janganlah bersaing dengan orang lain, bersainglah dengan diri anda sendiri. Itulah tekad yang perlu anda jaga setiap hari.
24. Berhati-hati dengan matlamat anda
Berhati-hati dengan matlamat anda, kerana ada matlamat yang menyebabkan anda tidak konsisten iaitu menginginkan semua perkara dengan cepat. Singkirkan matlamat yang membuatkan anda tidak konsisten. Contohnya, ingin cepat kaya atau ingin cepat kurus.
25. Berdirilah diatas ASAS dan SEBAB sendiri
Bila anda berdiri di atas ASAS dan SEBAB yang kukuh, anda akan lebih konsisten. Anda akan lebih konsisten berbanding dengan orang yang tidak mempunyai alasan yang kukuh. Oleh itu, wujudkan asas dan sebab yang kukuh ketika anda membuat keputusan untuk fokus pada satu bidang. Percayalah, ini akan membuat anda lebih konsisten.
26. Konsisten selama 10 tahun
Impak tindakan anda hari ini akan terlihat 10 tahun akan datang. Oleh itu, konsistenlah dengan apa yang anda buat jika anda mahu kehidupan yang lebih baik pada masa depan.
27. Buat plan dan strategi
Apabila anda sudah memasang matlamat (No.9), buatlah plan dan strategi supaya anda boleh fokus dan efisien dalam melaksanakannya. Dengan adanya plan dan strategi, usaha anda akan tetap mengalir seperti air sungai walau banyak batu yang menghalang.
28. Belajarlah untuk memberikan komitmen
Saya pasti anda boleh menentukan matlamat dan mengatur rancangan dan strategi yang sesuai dengan diri anda. Tapi, memberi komitmen pelaksanaan adalah cerita lain, kerana tahap kesukaran pelaksanaan rancangan lebih sukar berbanding ketika merancang dan mengatur strategi. Disebabkan itu, belajarlah untuk memberi komitmen atau membaca buku berkaitan komitmen seperti buku Commit To Win oleh Dr Heidi Reeder.
29. Tambahkan perkataan Konsisten dalam kamus hidup
Biar saya beritahu anda satu rahsia, saya menulis tentang konsisten kerana saya mempunyai masalah dalam hal ini. Salah satu cara saya untuk kekal konsisten ialah dengan belajar perkara baru yang berkaitan dengan konsisten. Saya cari orang yang bercakap, baca buku, tengok video, dan subscribe di Google alert semua yang berkaitan konsisten. Itu semua saya lakukan agar perkataan ini tetap berapi-api dalam diri saya.
30. Konsisten membuat pilihan yang betul
Berhati-hatilah apabila kita merasa kita telah mempunyai segala-galanya. Inilah salah satu perasaan yang mungkin memusnahkan segala apa yang telah kau bina selama ini. Kemusnahan itu mungkin berlaku kerana satu pilihan kau yang salah. Ingat, untuk memastikan hidup kau semakin bertambah baik, kau kena bertambah baik setiap hari. Tidak semestinya dalam perkara-perkara yang besar, dalam perkara yang kecil pun sudah cukup baik. Oleh itu, berusahalah untuk membuat pilihan yang betul setiap hari.
31. Konsisten menyedari matlamat hari ini
Sebaik saja kau membuka mata, kau harus menyedari apa matlamat kau hari ini. Matlamat terbaik yang mesti kau sedari setiap hari ialah menjadi lebih baik dari hari sebelumnya. Dengan adanya kesedaran seperti ini, kau secara automatik akan berhati-hati dengan pilihan kau. Bukan itu saja, kau akan mempunyai satu perasaan untuk sentiasa melakukan yang terbaik dalam hidup kau. Sebaliknya, jika kau tidak menyedari hal ini, kau akan merasa hidup kau tidak mempunyai hala tuju.
32. Fokus pada Progress bukan Stress
Apabila kita stress, ubah minda dan fikiran menghala kepada progress yang dapat kita lakukan. Jika berdoa dapat membantu kita terus maju, maka berdoalah. Lagipun, stress bukan saja membazirkan tenaga malah mengusutkan lagi fikiran kita yang sedang kusut. Selain itu, dengan berfokus pada progress, secara langsung kita akan tahu bahagian mana memerlukan bantuan orang lain.
Focus on Progress, not Stress – Santro Sondy
33. Fokuskan tenaga pada matlamat utama
Gunakan sepenuhnya tenaga kita untuk belajar dan bekerja bagi mencapai matlamat utama kita. Kita kena sedar yang setiap hari tenaga kita terguna untuk melakukan 2 aktiviti iaitu untuk aktiviti luaran dan dalaman. Aktiviti luaran melibatkan pergerakan saat kita bekerja, manakala aktiviti dalaman ialah seperti aktiviti otak saat menyusun dan menyimpan pengalaman kita. Selain itu, kita juga kena sedar yang sinaps pada otak perlukan tenaga untuk bersambung dengan sinaps yang lain. Begitu juga dengan kemajuan-kemajuan yang lain dalam pekerjaan kita. Jika kita tidak fokus, maka tenaga kita akan terbazir perkara yang bukan matlamat kita.
34. Dapatkan Motivasi melalui Peribahasa
Peribahasa adalah ungkapan tradisional yang mengandungi nasihat, pengajaran, dan panduan hidup. Ini penting kerana peribahasa merupakan sumber motivasi yang telah terbukti keberkesanannya dari generasi ke generasi untuk mengekalkan semangat dan fokus. Untuk mendapatkan motivasi melalui peribahasa, pilih dan kumpulkan peribahasa yang disukai dan letakkan peribahasa tersebut di tempat yang mudah dilihat. Contohnya, apabila saya memaksa diri saya menyiapkan konten, peribahasa “Yang secupak takkan jadi segantang” memotivasikan saya untuk berehat sebentar.
35. Mengutamakan perkara paling penting
Sememangnya semua perkara yang berlaku dalam hidup kita adalah penting. Namun,ada perkara yang perlu diutamakan agar perkara penting yang lain akan terurus dan terjaga. Contohnya, perkara yang melibatkan kewangan, jika kedudukan kewangan anda teruk, maka aspek kesihatan dan keselesaan anda akan turut terkesan. Oleh itu, anda perlu mengetahui perkara yang penting bagi anda. Bagi saya, ada 3 pekara yang perlu diurus dengan baik iaitu Sumber manusia, kewangan dan Aset. Baca di sini.
Bonus tahun baru: Konsisten walaupun melakukan silap
Kita adalah manusia yang tidak lepas dari kesilapan. Namun, janganlah disebabkan satu kesilapan kecil kita terus menerus melakukan kesilapan. Selain itu, satu kebiasaan yang kita sering lakukan apabila melakukan kesilapan ialah kita suka menutupi kesilapan itu. Daripada menutupi kesilapan itu, mana yang lebih baik, menutup atau mengurangi kesan impak kesilapan kita. Menutupi kesalahan mungkin baik untuk jangka masa pendek, tapi dalam jangka masa yang panjang? Manakala mengurangkan kesan impak kesilapan mungkin memenatkan dalam jangka masa pendek, tapi hasil jangka panjangnya pasti besar. Oleh itu, bila kau melakukan kesilapan, belajarlah dari kesilapan kau itu. Jangan abaikan kesilapan itu, sebab itulah kelas paling mahal yang perlu kau hadiri dalam hidup kau.
Kesimpulan
Anda ada 365 hari dalam setahun, buatlah perkara yang disukai secara konsisten dan lihatlah pada bulan disember nanti bagaimana peningkatannya. Jika anda fokus, saya berani katakan yang hidup anda akan menjadi 12% lebih baik daripada tahun sebelumnya. Saya doakan perkongsian ini dapat memotivasikan anda untuk hidup lebih baik pada tahun sebelumnya ini. Akhir sekali, gunakan pemahaman ini untuk membina aset online anda hari ini dan kembangkannya secara konsisten sepanjang tahun. Selamat Tahun Baru.