Cara Menghidupkan Sistem Kerja supaya Konsisten

Ad Blocker Dikesan

Laman web kami dimungkinkan dengan memaparkan iklan dalam talian kepada pelawat kami. Sila pertimbangkan untuk menyokong kami dengan menyahaktifkan Ad Blocker anda.

Saya tahu antara masalah untuk jadi konsisten ialah tidak cukup masa.

Jadi, hari ini saya kongsikan satu cara saya untuk tetap dapat menghidupkan sistem yang sesuai untuk saya iaitu dengan mengurangkan kuantiti dan kualiti pada kerja yang saya lakukan.

Dengan melakukan ini saya boleh konsisten untuk berkembang baik dalam projek-projek yang saya ingin siapkan.

Contohnya Projek mengembangkan Santrosondy.com.

Apa yang penting bagi projek ini adalah melayani pelawat 24 sehari 5 hari seminggu.

Dan kebanyakkan artikel saya mengandungi lebih dari 100 patah perkataan.

Tapi, disebabkan saya tidak mempunyai masa yang cukup, kadang saya hanya menulis sehingga 100 patah perkataan sahaja dalam sehari.

Cara Menghidupkan Sistem Kerja supaya Konsisten

1. Tentukan objektif

Dalam fikiran kita ada banyak idea.

Tapi, sebagai manusia yang terhad, kita kena pilih satu.

Pilih satu idea yang terbaik.

Idea yang terbaik ialah idea yang membantu kita mencapai objektif.

Sebagai contoh: Simpan RM1000 dalam bank

2. Ukur usaha menggunakan nombor

Usahakan untuk mengaitkan setiap usaha kita selanjutnya dengan nombor.

Sebagai contoh;

  • Simpan RM100 setiap bulan
  • Cari produk bernilai RM10
  • Jual produk kepada 10 pelanggan
  • Promosikan produk dalam 60 patah perkataan

3. Ikut kesanggupan semasa

Sebagai manusia, kesanggupan kita ada turun naik.

Ada masanya kita rajin.

Ada masanya kita sangat malas.

Terimalah hakikat itu, kita tidak dapat lari darinya.

Namun, ia bergantung pada persekitaran kita.

Jika persekitaran kita dapat memotivasikan, kemungkinan kita akan rajin.

Jika sebaliknya, janganlah berlaku keras pada diri kita sendiri lakukan ikut kesanggupan kita.

Sebagai contoh:

Jika sebelum ini kita dapat usaha 100, namun bila malas, kita usahalah 1.

Ini lebih baik daripada tiada kemajuan yang terlihat.

4. Buat dan baca rekod kemajuan

Buatlah rekod kemajuan untuk kita baca pada waktu kita malas.

Ada masanya, motivasi dan inspirasi tindakan relevan akan muncul bila kita membaca rekod kemajuan kita.

Caranya cukup dengan menyediakan 3 maklumat dalam rekod kita iaitu tarikh, kuantiti dan jumlah peningkatan.

Sebagai contoh:

  1. 1/9/2022 – RM5
  2. 2/9/2022 – RM6 (+RM1)
  3. 3/9/2022 – RM6.50 (+RM0.50)
  4. 4/9/2022 – RM7 (+RM0.50)
  5. 4/9/2022 – RM7.10 (+RM0.10)

5. Semangat Konsisten timbul

Saya amalkan cara ini dari 1 Januari 2022 hingga 10 April (3 bulan 10 hari) dan apa yang saya rasakan ialah semangat untuk maju lebih baik setiap hari, wujud dalam jiwa saya.

Dalam erti kata lain, semangat konsisten akan timbul dalam jiwa kita selepas 3 bulan mengamalkan cara ini.

Saya doakan perkongsian ini membantu hidup kita jadi konsisten sampai kaya.