Pada tahun 2020, saya andaikan secara kasar hidup saya 80% konsisten. Tahun ini ia merosot kepada 68%. Dalam erti kata lain, saya semakin merosot. Ini bermakna, saya kena berusaha secara konsisten di sepanjang tahun 2022 esok. Tapi, apa yang saya perlu lakukan? Jangan risau sebab ada cara untuk kembali ke prestasi 80% seperti sebelum ini, dan caranya itu boleh diketahui dalam senarai yang ada di bawah ini.
1. Konsisten buat perkara-perkara yang kecil
Perkara-perkara yang kecil tidak memakan masa yang panjang untuk dilakukan. Selalunya ia hanya mengambil masa dalam 3-5 minit untuk dilaksanakan. Jangan pandang rendah pada perkara kecil yang kau lakukan kerana ia boleh bertindak seperti sendi yang memudahkan kau bergerak maju setiap hari. Contohnya mendapatkan tidur yang cukup pada waktu malam (sekurang-kurangnya 8 jam) boleh membantu menyediakan tubuh dan psikologi kau untuk bekerja dan berfikir keras pada siang hari.
2. Ketahui apa sebenarnya yang kau mahu
Jujur dengan diri kau, apa sebenarnya yang kau mahu. Jika kau tidak jujur dengan diri kau, kau akan hidup dalam kesakitan. Perlu kau sedar disini, cara kau menghadapi kesakitan kerana melakukan perkara yang disukai adalah berbeza dengan cara kau menghadapi kesakitan kerana melakukan perkara yang tidak disukai. Dan kesan dari perbezaan itu akan menentukan tahap kesungguhan kau sama ada berusaha keras atau mengeluh keras. Biasanya, kau akan berusaha lebih keras bila kau menyukai sesuatu.
3. Letakan elemen konsisten dalam kerja
Tanya diri kau ketika kerja, Apa hal tetap yang kau lakukan sebelum atau semasa bekerja? Jika ada elemen ini dalam kerja kau, kau bukan saja akan perform secara konsisten, malah kau akan turut berkembang secara konsisten.
4. Hidupkan sistem setiap hari
Hidupkan sistem kau dalam kehidupan hari kau. Jika kau tidak faham apa yang saya maksudkan “hidup”. Fikirkan soalan ini, adakah orang mati boleh bergerak? secara logiknya tidak bukan? Nah, disebalik persoalan ini, bagaimana pula keadaan orang hidup? secara logiknya dia akan bergerak bukan? Sama juga dalam sistem yang saya sebutkan di sini. Jika mempunyai matlamat, binalah sistem yang dapat membantu kau untuk mencapai maltamat itu. Kemudian, hidupkan sistem itu setiap hari supaya dia hidup dan matlamat kau pun tercapai.
5. Sedikit demi sedikit
Jika kau rasa sangat negatif semalam, usahalah untuk sedikit negatif hari ini. Esoknya, usahakan untuk sedikit positif. Dan hari seterusnya, jadilah sangat positif.
Bina aset online pertama anda dengan Cara Membeli Nama Website Sendiri di iWHost dan kembangkannya sedikit demi sedikit sepanjang tahun.
6. Kesan perbuatan semasa
Percayalah, setiap perkara yang kau lakukan secara konsisten akan kelihatan hasilnya pada 10 tahun akan datang. Sebagai contoh, pendapatan kau RM10,000 sebulan, tapi perbelanjaan kau RM10,100 sebulan. Jika kau tidak menyedari kelemahan ini, 10 tahun akan datang kau mungkin akan hidup dalam keadaan kewangan yang kronik. Oleh itu, berhati-hatilah dengan perbuatkan kau sekarang.
7. Dunia tawarkan yang lebih lagi
Dunia akan tawarkan lebih banyak peluang kepada kau bila kau mula berjaya dalam satu bidang. Ia sangat bagus. Tapi, apa yang kau perlukan sebenarnya hanyalah KONSISTEN. Perkara ini kau perlu tahu untuk memastikan kau berani mengatakan TIDAK pada tawaran-tawaran yang banyak ini. Ini kerana ada ramai manusia di bumi ini, dan kau perlu bagi orang lain peluang dengan cara mengatakan tidak pada tawaran yang datang kepada kau.
8. Contohi amalan kecil orang berjaya
Lihat pada orang yang berjaya dalam bidang yang kau minati. Kemudian, belajar dan amalkan perkara-perkara kecil yang dia amalkan secara konsisten. Kau akan lihat impaknya dalam hidup kau pada 10 tahun akan datang.
9. Pasang matlamat yang membuat kau konsisten
Matlamat manakah yang lebih membuat kau konsisten? Matlamat jangka pendek atau matlamat jangka panjang?
10. Ingat perkataan konsisten
Ingat perkataan konsisten bila kau rasa putus asa disebabkan tidak melihat hasil yang kau harapkan.
11. Hanya perlu konsisten untuk jadi kaya
Kunci untuk menjadi kaya sebenarnya mudah, kau hanya perlu konsisten sahaja. Persoalanya, konsisten dalam apa? Adakah dengan menunjukkan kelemahan diri atau menunjukkan kelebihan diri pada tempat dan masa yang betul?
12. Ada masa turun naik
Bila kau cuba konsisten, kau mesti sedar yang ada masanya kau akan turun dan ada masanya kau naik. Atau ada masanya kau berada di bawah, dan ada masanya kau berada di atas. Masalahnya, ramai orang akan berhenti apabila dia berada di bawah. Dia tidak terfikir yang konsisten itu bukan saja dilihat dari sudut kualiti dan kuantiti, tetapi perlu juga dilihat dari segi ketahanan mental. Jika mental lemah, maka dia akan keluar. Sebaliknya, jika mental kuat, dia tidak akan keluar, dia hanya akan memperlahankan atau mengurangkan kapasiti usahanya. Keadaan seperti inipun boleh dianggap sebagai konsisten.
13. Keinginan untuk Menjadi Kaya
Kalau kau ada keinginan untuk menjadi orang kaya, secara automatik kau akan bekerja secara konsisten setiap hari. Dan itulah sebenarnya kunci untuk menjadi kaya. Mudahkan? Tapi, persoalannya, konsisten dari segi apa? Jawapan kau boleh tahu, selepas menjawablah 2 persoalan ini;
- Apa yang kau mahu?
- Apa yang kau perlu buat untuk dapat apa yang kau mahu?
14. Fikir Kerja dan Untung konsisten
Jika kau rasa malas, fikirkan jawaban untuk ini, Bagaimana keuntungan boleh konsisten, kalau kerja pun tidak konsisten?
15. Jangan ikut emosi
Kau akan gagal konsisten bila kau bertindak mengikut emosi. Bila kau emosi, apa yang ada dalam fikir kau ialah “kesan negatif pasti akan berlaku”. Sebaliknya, bila kau mengikut fikiran yang waras, sekurang-kurangnya kau boleh berfikir untuk penyelesaikan masalah atau mengurangkan kesan negatif tersebut.
16. Latih Diri supaya sentiasa Berjaga-jaga
Latihan harian adalah satu bentuk tindakan berjaga-jaga. Usaha untuk konsisten tidak akan tercapai tanpa latihan harian. Setiap hari kau kena lakukan latihan yang mengukuhkan pertahanan dan menguasai strategi yang kau gunakan dalam bidang kau. Setelah kau menguasai strategi kau, gunakanlah kelebihan itu untuk menjadi lebih baik dari semalam.
17. Cari aspek yang membantu kau konsisten
Jika kau kurang konsisten, tanya diri kau sama ada kau berlatih secara konsisten atau tidak. Jika tidak, saya yakin kau boleh cari aspek-aspek penting yang membnatu kau kekal konsisten.
18. Ambil tindakan yang realistik
Tindakan yang realistik disini bermaksud kau bertindak mengikut kemampuan Wang, Masa dan Tenaga kau. Contohnya kau mahu push up 100 kali secara konsisten. Namun, kau menyedari kebanyakkan masa yang kau ada hanya digunakan untuk bekerja mencari wang sehingga kau hanya punya sedikit tenaga saja lagi untuk melakukan hal-hal lain. Nah, mungkin dengan menggunakan sisa tenaga yang ada itu, kau boleh gunakan untuk melakukan push up mengikut kemampuan kau. Tidak kisahlah 5, 10, atau 18 kali ulangan, yang penting kau mula push up secara konsisten. Yakinlah, bila tubuh dan minda kau cukup bersedia untuk melakukan 100 push up secara konsisten, tiada yang boleh hentikan kau, kecuali diri sendiri dan Tuhan.
19. Membuat dan Menyusun Jadual
Salah satu masalah untuk menjadi konsisten ialah terlupa, terlewat atau terhenti. Keadaan ini boleh menyebabkan kau lemah semangat dan mungkin akan berhenti. Dengan adanya jadual, kau bukan saja tidak akan lupa tapi kau boleh melihat gambaran besar dari mula sampai akhir tentang laluan komitmen yang kau tetapkan itu. Dengan adanya jadual, kau boleh kembali semula ke laluan asal kau seandainya kau terlupa atau terhenti seketika.
20. Bersaing dengan diri kau semalam
Sangat membosankan bila berusaha dengan minda yang hanya tertumpu pada matlamat kau – bukan kerana itu tidak penting, cuma untuk membuat kau sedar yang kau telah membuat lebih baik dari semalam. Jika kau membandingkan diri kau atau prestasi kau atau perasaan kau menggunakan rekod yang kau tulis, kau boleh mengetahui dengan mudah bahawa dengan usaha kau hari ini, akan menjadikan kau dan persekitaran kau lebih baik dari semalam. Kau juga boleh menyediakan hadiah kecil supaya kau ingat dan bersemangat secara automatik setiap hari. Semasa kau bersaing dengan diri kau, kumpulkan lebih banyak tenaga (motivasi) untuk menyediakan kau berkerja supaya pencapaian kau berbeza dengan diri kau semalam.
21. Impikan Pikirkan Ucapkan Lakukan
Ketika mengimpikan sesuatu, ramai antara kita lupa untuk memikirkan, mengucapkan dan melakukan apa yang relevan dengan matlamat kita. Ingat, kau perlu menyediakan ruang untuk memikirkan, seterusnya mengucapkan dan melakukan seperti apa yang orang berjaya lakukan — sikap ini dapat menggantikan sikap yang tidak relevan dengan matlamat kau. Dengan memikirkan impian kau, kau boleh melihat perjalanan kau dengan perspektif yang luas, hingga kau mampu mengucapkan atau berkomunikasi dengan orang yang tepat dan betul agar tindakan kau lurus menghala ke matlamat kau. Jika kau ingin kekal konsisten atau rajin, maka mulalah amalkan 4 amalan ini.
22. Hanya kau yang tahu diri kau
Ingat asasnya disini ialah kau menjadi lebih baik secara konsisten. Dan jika ada sesiapa yang beritahu kau cara untuk melakukan sesuatu, berhati-hatilah, jangan sampai nasihat mereka ini mengantikan identiti diri kau sebelum ini. Identiti diri kaulah yang membentuk kau hari ini. Sebagai contoh, jika sebelum ini kau menjana profit yang lebih baik dari semalam, fokuslah pada identiti ini kerana identiti yang baik inilah yang membuat kau bertambah-tambah baik dari semalam.
23. Kekalkan tekad setiap hari
Kau ialah kapten pada hidup kau. Jika kau mahu memajukan hidup kau, kau kena jaga tekad harian kau. Ada pelbagai tekad yang baik untuk ditanam dalam minda kau. Namun, tekad yang terbaik ialah Menjadi Lebih baik dari diri kau semalam. Janganlah bersaing dengan orang lain, bersainglah dengan diri kau sendiri. Itulah tekad yang perlu kau jaga setiap hari.
24. Berhati-hati dengan matlamat kau
Berhati-hati dengan matlamat kau, kerana ada matlamat yang menyebabkan kau tidak konsisten iaitu Menginginkan semua perkara dengan cepat. Singkirkan matlamat yang membuatkan kau tidak konsisten.
25. Berdirilah diatas ASAS dan SEBAB sendiri
Bila kau berdiri di atas ASAS atau SEBAB yang kukuh, kau akan lebih konsisten berbanding dengan orang yang tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk melakukan apa yang mereka sedang lakukan. Oleh itu, wujudkan asas dan sebab ketika kau membuat keputusan untuk menekuni sesuatu bidang kerana itu akan membuat kau lebih konsisten.
26. Konsisten selama 10 tahun
Impak tindakan kau hari ini akan terlihat 10 tahun akan datang. Oleh itu, konsistenlah dengan apa yang kau buat jika kau mahu kehidupan yang lebih baik pada masa depan.
27. Buat plan dan strategi
Apabila kau sudah memasang matlamat (No.9), buatlah plan dan strategi supaya kau boleh fokus dan efisien dalam melaksanakan apa yang kau perlu buat untuk mencapai matlamat kau.
28. Belajarlah untuk memberikan komitmen
Saya pasti kau boleh menentukan matlamat dan mengatur rancangan dan strategi yang sesuai dengan diri kau. Tapi, memberi komitmen pada rancangan dan strategi adalah cerita lain, kerana tahap kesukaran untuk melaksanakan rancangan lebih sukar berbanding ketika merancang dan mengatur strategi. Disebabkan itu, belajarlah untuk memberi komitmen dari mentor-mentor yang kau yakini atau membaca buku berkaitan komitmen seperti buku Commit To Win oleh Dr Heidi Reeder.
29. Tambahkan perkataan Konsisten dalam kamus hidup
Biar saya beritahu kau satu rahsia, saya menulis tentang konsisten kerana saya mempunyai masalah dalam hal ini. Salah satu cara saya untuk kekal konsisten ialah dengan belajar perkara baru yang berkaitan dengan konsisten. Saya cari orang yang bercakap tentang konsisten, saya baca buku tentang konsisten, saya tengok video tentang konsisten, saya guna subscribe di Google alert untuk perkataan konsisten. Itu semua saya lakukan agar perkataan ini tetap berapi-api dalam diri saya.
30. Konsisten membuat pilihan yang betul
Berhati-hatilah apabila kita merasa kita telah mempunyai segala-galanya. Inilah salah satu perasaan yang mungkin memusnahkan segala apa yang telah kau bina selama ini. Kemusnahan itu mungkin berlaku kerana satu pilihan kau yang salah. Ingat, untuk memastikan hidup kau semakin bertambah baik, kau kena bertambah baik setiap hari. Tidak semestinya dalam perkara-perkara yang besar, dalam perkara yang kecil pun sudah cukup baik. Oleh itu, berusahalah untuk membuat pilihan yang betul setiap hari.
31. Konsisten menyedari matlamat hari ini
Sebaik saja kau membuka mata, kau harus menyedari apa matlamat kau hari ini. Matlamat terbaik yang mesti kau sedari setiap hari ialah menjadi lebih baik dari hari sebelumnya. Dengan adanya kesedaran seperti ini, kau secara automatik akan berhati-hati dengan pilihan kau. Bukan itu saja, kau akan mempunyai satu perasaan untuk sentiasa melakukan yang terbaik dalam hidup kau. Sebaliknya, jika kau tidak menyedari hal ini, kau akan merasa hidup kau tidak mempunyai hala tuju.
32. Fokus pada Progress bukan Stress
Apabila kita stress, ubah minda dan fikiran menghala kepada progress yang dapat kita lakukan. Jika berdoa dapat membantu kita terus maju, maka berdoalah. Lagipun, stress bukan saja membazirkan tenaga malah mengusutkan lagi fikiran kita yang sedang kusut. Selain itu, dengan berfokus pada progress, secara langsung kita akan tahu bahagian mana yang kita boleh minta orang lain untuk membantu.
Focus on Progress, not Stress – Santro Sondy
33. Fokuskan tenaga pada matlamat utama
Gunakan sepenuhnya tenaga kita untuk belajar dan bekerja bagi mencapai matlamat utama kita. Kita kena sedar yang setiap hari tenaga kita terguna untuk melakukan 2 aktiviti iaitu untuk aktiviti luaran dan dalaman. Aktiviti luaran melibatkan pergerakan saat kita bekerja, manakala aktiviti dalaman ialah seperti aktiviti otak saat menyusun dan menyimpan ilmu pengalaman harian kita. Selain itu, kita juga kena sedar yang sinaps pada otak perlu tenaga dapat bersambung dengan sinaps yang lain, begitu juga dengan kemajuan-kemajuan yang lain dalam pekerjaan kita. Jika kita tidak fokus, maka tenaga kita akan terbazir perkara yang bukan matlamat kita.
Bonus tahun baru: Konsisten walaupun melakukan silap
Kita adalah manusia yang tidak lepas dari kesilapan. Namun, janganlah disebabkan satu kesilapan kecil kita terus menerus melakukan kesilapan. Selain itu, satu kebiasaan yang kita sering lakukan apabila melakukan kesilapan ialah kita suka menutupi kesilapan itu. Daripada menutupi kesilapan itu, mana yang lebih baik, menutup atau mengurangi kesan impak kesilapan kita. Menutupi kesalahan mungkin baik untuk jangka masa pendek, tapi dalam jangka masa yang panjang? Manakala mengurangkan kesan impak kesilapan mungkin memenatkan dalam jangka masa pendek, tapi hasil jangka panjangnya pasti besar. Oleh itu, bila kau melakukan kesilapan, belajarlah dari kesilapan kau itu. Jangan abaikan kesilapan itu, sebab itulah kelas paling mahal yang perlu kau hadiri dalam hidup kau.
Kesimpulan
Kau ada 365 hari dalam setahun, buatlah perkara yang kau suka secara konsisten dan lihatlah pada bulan disember nanti bagaimana hidup kau meningkat. Jika kau fokus dan tidak terlalu mengikut perasaan, saya berani katakan yang hidup kau akan menjadi 12% lebih baik daripada tahun sebelum ini. Saya doakan perkongsian ini dapat memotivasikan kau untuk hidup lebih baik pada tahun 2022 ini. Selamat Tahun Baru.
Bina aset online pertama anda dengan Cara Membeli Nama Website Sendiri di iWHost dan kembangkannya secara konsisten sepanjang tahun.