6 Tips Untuk Membuat Persembahan Konsisten dalam Pekerjaan Harian

Ad Blocker Dikesan

Laman web kami dimungkinkan dengan memaparkan iklan dalam talian kepada pelawat kami. Sila pertimbangkan untuk menyokong kami dengan menyahaktifkan Ad Blocker anda.

Persembahan konsisten dalam pekerjaan harian merupakan impian setiap orang yang tahu matlamat utama hidupnya. Namun inilah yang menjadi cabaran besar oleh banyak orang setelah memasuki alam dewasa. Padahal kalau difikirkan, kita bukannya kanak-kanak yang langsung tidak tahu bagaimana mengawal hidup agar sentiasa teratur, tapi kita sendiri yang merosakkannya hingga terjadi ketidakstabilan pada rutin dan prestasi kita.

Nah, kenapa membuat persembahan konsisten ini susah? Orang tua-tua dulu sangat konsisten dalam pekerjaan mereka kerana mahu menyediakan bekalan untuk keluarga mereka.  Bagi kita sebagai orang dewasa yang bekerja pada hari ini perlu belajar dari orang tua-tua dahulu yang mana mereka bekerja dengan konsisten tanpa peralatan yang moden. Sekarang ini terlalu banyak kemudahan yang sepatutnya meningkatkan persembahan kita dalam pekerjaan.

persembahan konsisten

Kredit: Felicity Tai (Pexels)

Disamping mencari kemudahan yang diperlukan, kita juga perlu melakukan beberapa tips dan trik untuk meningkatkan nilai konsisten dalam mempersembahkan rutin kerja kita setiap hari. Selengkapnya anda boleh dapat informasinya di bawah ini.

6 Tips Untuk Membuat Persembahan Konsisten dalam Pekerjaan Harian

1. Tanamkan Minda yang Betul

Tips ini kadang kala tidak pernah diberi perhatian oleh kita yang sudah bekerja, Kenapa apa kita bekerja? adakah kerana kita ingin mencari duit? Adakah kerana kita ingin belajar proses untuk membangun perusahaan?.  Jadi untuk kita yang mempunyai tujuan tidak kiralah untuk mencari duit atau untuk belajar proses membangun perusahaan, sediakan tempat dalam minda  kita untuk mengutamakan kerja yang berkualiti dan konsisten sepanjang tahun.

Baca Konsisten dalam Setahun untuk Meningkat 12%

2. Pakaian yang Menarik

Memakai pakaian yang menarik memainkan peranan penting agar urusan kita dengan pelanggan menjadi lebih lancar, biasakan diri kita untuk mempunyai kebiasaan menjaga penampilan diri yang sesuai dengan pekerjaan kita. Usahakan sebelum hari bekerja, gosokkan baju dan susun mengikut hari. Ini terbukti pada diri saya sendiri ketika berpakaian menarik, saya lebih yakin berurusan dengan pelanggan yang memerlukan servis saya. Saya tidak tahu apa yang orang fikirkan ketika melihat saya, tapi yang saya pasti, saya lebih yakin bila memakai pakaian yang menarik dan sesuai dengan kerjaya saya.

3. Senarai rutin wajib Untuk Persembahan Konsisten

Kadang kalanya kita sebagai pekerja tidak ada waktu untuk menyimpan semua maklumat dalam otak kita. Tapi mula sekarang, mulailah menulis senarai rutin yang wajib anda lakukan agar tidak termenung lama untuk memikirkan apa yang perlu dilakukan. Biasanya senarai rutin wajib dilakukan pada petang hari sebelum balik ke rumah. Dan jika sebelum ini anda telah menyiapkan semua senarai rutin, anda hanya tinggal susun mengikut prioriti. Senarai ini juga dapat dijadikan rujukan untuk mempercepatkan progress kerja anda yang disebabkan oleh pengurusan anda yang mantap.

4. Tidur yang cukup Untuk Persembahan Konsisten

Menurut HBR, dalaman artikel yang bertajuk “How Much Is Bad Sleep Hurting Your Career?“. “Kekurangan tidur membawa kepada kemerosotan dalam prestasi kerja, produktiviti, kemajuan dan kepuasan kerjaya, dan peningkatan dalam kemalangan berkaitan pekerjaan, ketidakhadiran dan tingkah laku kerja yang tidak produktif.” Nah,  tanpa kita sedari kita sering meremehkan waktu tidur dengan anggapan kita sedang berkerja keras, ini malah mengakibatkan badan kurang bertenaga dan fikiran dengan mudahnya menjadi kusut. Seperti yang kita sering diberitahu kalau tidur itu membantu memori kita menyimpan lebih banyak pengalaman bekerja yang akan membantu meningkatkan persembahan kita.

5. Masuk kerja awal balik lewat

Masuk kerja dengan lebih awal contohnya akan memberikan kita lebih banyak masa bersedia untuk melayani pelanggan-pelanggan kita. Dan bila kita balik lewat pula, rajin-rajinlah untuk membuat lebih banyak progress agar projek dapat disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan.

6. Komunikasi Ikut keperluan

Disetiap saat pekerjaan kita, ajakan untuk berkomunikasi itu sentiasa ada. Tapi, kita tidak perlu sentiasa bercakap banyak sehingga kita lalai melakukan tugas kita. Mulailah bercakap ikut keperluan dan pastikan ketika anda bercakap, bercakaplah dengan karakter. Dan bila anda kita, ketawalah kerana ada yang lucu. Kualiti seperti ini sedikit sebanyak meningkatkan reputasi anda didepan majikan anda.

Demikianlah tips-tips agar anda dapat membuat persembahan konsisten dalam pekerjaan anda. Semoga tips ini mendorong majikan anda memberikan bonus yang lebih pada tahun ini kerana anda telah memberikan 6 nilai yang akan meningkatkan produktiviti sekaligus meningkatkan pendapatan syarikat di tempat anda bekerja.