Selamat datang ke Blog Saya! Saya Santro Sondy, dan saya percaya pada konsep “Konsisten Mencipta Perbezaan.” Sebelum ini saya bekerja sebagai Penoreh Getah, kini bekerja sebagai Pembantu Tadbir dalam sektor awam. Disamping bekerja sebagai Pembantu Tadbir, saya juga ialah penulis blog separuh masa. Kadang-kadang, semasa menulis saya terkenang semula perjalanan hidup saya yang terus maju dari Penoreh Getah hingga Pembantu Tadbir. Kemudian, saya menyedari ada satu perkara konsisten yang saya lakukannya secara semula jadi iaitu “Impian”.
Dimana-mana saya pergi, impian ini sentiasa mengikuti saya. Saat mengalami kekalahan, kesunyian, kerugian, merasa bodoh, direndah-rendahkan, ditolak, saat merasa ego, sombong dan kemudian direndahkan semula, impian ini tetap mengikuti saya. Saya akui impian ini membuatkan hidup saya merana kerana saya telah mengalami banyak kegagalan.
Tapi, pada umur saya mencapai 31 tahun, saya bertekad untuk mencapai kebebasan kewangan pada umur 35 tahun. Saya katakan pada diri saya, jika saya tidak dapat mencapainya, saya akan lupakan impian ini dan fokus untuk hidup seadanya saja. Dan sudah tentu, tekad ini membuatkan hidup saya lebih merana lagi, kerana saya perlu berusaha untuk menjadi seseorang yang dapat membantu mencapai impian saya.
Siapa Saya?
Saya adalah seorang penulis dan pemilik blog yang bersemangat untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman, dan inspirasi. Saya berkomitmen untuk memberikan nilai kepada pembaca saya melalui konten berkualiti yang saya hasilkan secara konsisten.
Konsisten Mencipta Perbezaan
Tagline saya, “Konsisten Mencipta Perbezaan,” mencerminkan falsafah saya dalam pengurusan blog ini. Saya percaya bahawa dengan kekonsistenan, kita dapat mencapai lebih daripada yang kita bayangkan. Saya berusaha untuk mencipta perbezaan positif dalam kehidupan pembaca saya melalui setiap perkataan yang saya tulis dan setiap idea yang saya kongsi.
Misi Saya
Misi utama saya adalah untuk membantu anda mencapai kebebasan kewangan dengan menjana pendapatan pasif melalui blog. Saya percaya bahawa blog bukan hanya alat untuk berkongsi informasi, tetapi juga sumber potensi pendapatan yang besar. Saya akan membimbing anda melalui proses langkah demi langkah untuk memulakan, membangunkan, dan mengoptimalkan blog anda supaya ia menjadi aset yang menguntungkan.
Apa yang Anda Akan Dapati di Sini?
- Panduan langkah demi langkah untuk memulakan blog anda.
- Strategi untuk meningkatkan trafik blog anda.
- Tips untuk monetisasi blog anda dan menjana pendapatan pasif.
- Motivasi untuk terus konsisten berusaha dalam dunia blog.
Saya berharap anda akan mendapati blog ini memberi manfaat kepada anda dalam usaha untuk mencapai kebebasan kewangan. Jangan ragu untuk menghubungi saya jika anda mempunyai soalan atau ingin berkongsi pandangan anda.
Terima kasih kerana melawat Blog saya, saya berharap dapat bersama-sama membina perbezaan positif dalam dunia digital ini.