Ramai yang menginginkan memori yang tajam untuk berjaya dalam hidup. Bila kita mempunyai kelebihan seperti ini, kita boleh menjawab apa-apa persoalan tentang keadaan yang pernah kita lalui. Dengan memori yang tajam, kita tidak perlu lagi mengulang kaji; kita hanya perlu melalui keadaan tersebut sekali sahaja. Kita juga boleh mengingat setiap butir maklumat yang ada disekililing kita.
Itulah hebatnya bila kita menjadi pengguna memori peringkat tinggi. Namun, sesetengah daripada kita mungkin sudah tidak melihat ini sebagai perkara yang penting kerana kita telah berputus asa disebabkan persekitaran kita yang tidak menyokong.
Adakah anda ingin menajamkan memori anda? Hari ini, saya akan berkongsi 11 tips untuk mengasah memori yang saya pelajari daripada Nelson Dellis, seorang juara memori 4x USA.

11 Tips Menajamkan Memori
Ada 11 tips untuk menajamkan memori iaitu
- Gunakan memori
- Kaitkan dengan benda lain
- Berimaginasi
- Bina istana memori
- Praktis
- Latihan fizikal
- Belajar perkara baru
- Latihan muzik
- Latihan mnemonik
- Latihan akrostik
- Latihan neurobik
Berikut ini huraiannya;
1. Gunakan Memori
Sering kali kita diberitahu bahwa memori kita seperti otot yang semakin kuat apabila digunakan. Nelson Dellis juga meyakini pernyataan ini. Tapi bagaimana kita boleh menggunakan memori kita dalam kehidupan seharian kita?
Salah satu nasihat yang dikongsikan oleh Nelson Dellis ialah Berhenti bergantung pada handphone atau pen dan kertas untuk membantu kita mengingat perkara seperti
- TARIKH
- NOMBOR TELEFON
- SENARAI RUNCIT
Namun, jika anda mahu merekod perkara penting seperti kewangan harian tanpa membebankan memori, ikuti kaedah ringkas Satu Ayat Sehari: Cara Paling ‘Malas’ Rekod Duit.
Bila kita komit menggunakan memori kita, kita akan berusaha memberikan tumpuan kerana pertaruhan kita adalah tinggi.
Kita mungkin terlupa beberapa barang dalam senarai runcit. Terimalah keadaan itu dan berikan lebih tumpuan pada masa akan datang.
2. Kaitkan dengan benda lain
Bayangkan apa yang kita cuba hafal, dan jika tidak ada gambar untuk mewakili item tersebut, seperti angka, saya merekanya. Tujuannya adalah untuk mengetahui bagaimana kita dapat mengubah perkara yang ingin kita ingat menjadi gambar, sesuatu yang menonjol dalam fikiran kita.
3. Berimaginasi
Bayangkan imej yang ada dalam memori kita, seperti lucu atau pelik. Ini bergantung pada apa yang ada dalam memori kita. Gunakan itu untuk berimaginasi. Bagi Nelson Dellis, dia suka menggunakan gambar yang cenderung kasar dan mengerikan, kerana itulah yang melekat padanya. Sekarang, gunakan apa yang ada di memori kita.
4. Bina Istana Memori
Istana memori adalah alat mental yang menggunakan ruang atau tempat untuk menyusun gambar barang yang ingin kita ingat, dalam urutan tertentu, untuk membantu kita mendapatkannya kemudian. Biasanya kita suka memasukkan saja maklumat dalam memori kita dengan harapan dapat digunakan pada masa depan. Dengan istana memori ini, ia dapat membantu memberikan peta yang membantu kita mengakses maklumat bila kita perlukan.
5. Praktis
Tips yang saya kongsikan di atas kelihatannya mudah dilakukan. Sebaliknya, bercakap lebih senang daripada melakukan. Jika kita mahu, kita akan berlatih menggunakan memori kita.
6. Latihan Fizikal
Latihan fizikal meningkatkan kekuatan otak dengan membentuk sel otak baru dan membantu dalam kelangsungan hidup neuron yang ada. Ia juga meningkatkan saiz bahagian otak yang dikenali sebagai hippocampus. Hippocampus ini berkaitan dengan memori dan pembelajaran.
7. Belajar Perkara Baru
Bila kita berhenti belajar, bahagian otak kita mula mengecut. Kajian mendapati pembelajaran sepanjang hayat akan meningkatkan kekuatan otak kita. Mempelajari perkara yang baru akan meningkatkan ingatan kita dan membentuk sel-sel otak baru.
8. Latihan Muzik
Latihan muzik dapat meningkatkan lobus temporal kiri kita. Bahagian ini terlibat dalam memori lisan. Sebab itulah, individu yang mempunyai latihan muzik mempunyai ingatan verbal yang lebih baik.