5 Tips Konsisten dalam Bisnes Blogging

Ad Blocker Dikesan

Laman web kami dimungkinkan dengan memaparkan iklan dalam talian kepada pelawat kami. Sila pertimbangkan untuk menyokong kami dengan menyahaktifkan Ad Blocker anda.

Hari ini saya akan berkongsi 5 Tips untuk konsisten dalam Bisnes Blogging.

Kita mulakan dengan tujuan…

Tujuan utama artikel ini ditulis adalah untuk menyenaraikan tips-tips yang mendidik blogger agar dapat bertahan dalam bisnes blogging.

Sekarang kita akan melihat realiti dalam bisnes ini..

Realitinya dalam bisnes ini adalah Jika kita memiliki ramai PEMBACA SETIA, maka lumayanlah pendapatan kita.

Seterusnya, bagaimana kita dapat memiliki ramai pembaca setia?…

Persoalan inilah yang akan membawa kita masuk ke bahagian utama artikel ini iaitu 5 tips untuk konsisten dalam bisnes blogging.

Tips Konsisten dalam Bisnes Blogging

Kaushal Moradiya / Imej Pexels

1. Memperindahkan ruang menulis

Kita manusia secara semula jadi akan tertarik pada tempat yang indah.

Ruangan menulis yang indah bukan saja dapat memotivasikan kita untuk menulis, malah dapat memberikan inspirasi.

Apa yang perlu kita lakukan ialah memperindahkan atau menghiasi ruang menulis kita agar jadi lebih menarik.

Dalam ruangan itu, gunakanlah warna, gambar atau kata-kata yang paling kita sukai.

Ini supaya hati dan fikiran kita menjadi lebih positif seterusnya menjadi produktif dalam menghasilkan konten.

Berbeza dengan ruang kerja yang bersepah, hati dan fikiran kita jadi negatif, ini akan membuatkan kita ingin keluar cepat dari ruangan itu.

Oleh itu, hiasilah ruang menulis agar kita tertarik untuk datang setiap hari bekerja menulis konten.

2. Post konten tanpa ragu-ragu

Ada banyak perkara yang penting dalam hidup kita.

Namun, jika yang menjadi keutamaan kita adalah bisnes kita, pilihlah perkara yang paling penting yang memastikan bisnes kita berjalan dengan lancar setiap hari.

Sebagai contoh, dalam bisnes blogging, ada banyak perkara penting yang perlu kita lakukan seperti:

  • Membuat kajian kata kunci
  • Merekod jumlah Pageviews
  • Memeriksa Broken links
  • Merekod External link
  • Memeriksa keselamatan blog
  • Membuat perancangan konten

Semua yang ada diatas ini adalah penting, namun ada yang lebih penting iaitu mempostkan artikel baru setiap hari.

Jika kita fikir konten baru adalah penting untuk blog kita, maka lakukannya tanpa ragu-ragu.

3. Menulis Tarikh dan Bilangan Artikel patuh SEO

Untuk menjadi konsisten, perkara pertama yang perlu kita sedar ialah Tarikh + Bilangan artikel yang patuh SEO

Berikut ini adalah contohnya:

  • 30/6/2022 = 7 artikel (+1)
  • 29/6/2022 = 6 artikel (+2)
  • 28/6/2022 = 4 artikel (+1)
  • 27/6/2022 = 3 artikel (+1)
  • 26/6/2022 = 2 artikel

Dengan menulis rekod seperti ini, kita memberitahu minda bawah sedar kita yang blog kita telah berkembang.

4. Gunakan fungsi Schedule Setiap hari

Jika kita post 1 konten setiap hari, 5 hari seminggu, blog kita boleh berehat 2 hari sementara kita menghasilkan dan menjadualkan konten untuk hari seterusnya.

Sebagai contoh;

  • Ahad – Rehat
  • Isnin – Post baru
  • Selasa – Post baru
  • Rabu – Post baru
  • Khamis – Post baru
  • Jumaat – Post baru
  • Sabtu – Rehat

Oleh itu, tulislah 1 konten hari ini, untuk dipost pada hari esok.

5. Beritahu diri untuk jadi lebih baik dari kemarin

Tindakan ini membantu kita memfokuskan tenaga kita untuk menjadi lebih baik dari kemarin.

Caranya ialah lihat poin No.3 dan katakan pada diri kita dengan penuh perasaan dan berusaha menjadi lebih baik dari kemarin.

Jika kita berjaya menjadi lebih baik dari kemarin, yakinlah blog kita akan menjadi lebih baik dari minggu, bulan, dan tahun sebelumnya.

Oleh itu, fokuslah berusaha untuk jadi lebih baik dari kemarin.

Baca juga: 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun

Kesimpulan

Oleh itu, bagaimana kita dapat memiliki ramai pembaca setia?

Jawabannya adalah konsisten menghasilkan konten.

Itulah kunci kejayaan dalam bisnes blogging.

Jadikan tabiat berkongsi ilmu sebagai matlamat harian kita supaya kita menjadi lebih baik dari kemarin.

Oleh itu, teruskanlah konsisten menulis dan bersedia menerima hasilnya pada masa depan.

Dapatkan lebih banyak tips Perniagaan, Kewangan & Motivasi dengan mengklik link Irfan Khairi.