Kehilangan motivasi diri boleh menyebabkan seseorang kurang bersemangat ketika menghadapi cabaran hidup. Masalah ini dialami oleh semua orang tidak kira tua atau muda. Bagi yang tua, saya yakin anda berpengalaman menyediakan asas yang kukuh agar terus bersemangat walau apapun keadaan. Namun, bagi yang muda, khususnya yang berumur 18-24 tahun, berikut ini mungkin dapat membantu anda mengembalikan motivasi diri.
1. Tetapkan matlamat yang Jelas
Most people think they lack motivation when they really lack clarity. – James Clear
Kebanyakkan orang menganggap mereka kurang motivasi, sedangkan mereka sebenarnya hanya kurang jelas dengan matlamat mereka. Langkah ini penting kerana memberikan anda sesuatu yang konkrit untuk dikejar. Cara menetapkan matlamat yang jelas ialah dengan menggunakan pendekatan SMART(yang sejajar dengan Bab 2 Desire Think and Grow Rich.) Contohnya, Saya ingin menambah pendapatan bulanan dari blog saya sebanyak RM2,000 dalam masa 6 bulan. Bermula dari 1 Ogos hingga 31 Januari, dengan menambah konten berkualiti dan menggunakan strategi pemasaran yang berkesan. Anda juga boleh belajar cara penetapan matlamat berimpak dari pakar di Planet Mahir.
2. Menyusun matlamat mengikut prioriti
Isu semasa adalah batu loncatan ke arah masa depan yang lebih cerah jika kita memilih untuk belajar dan berkembang daripadanya.
Pertembungan antara isu semasa dan keperluan matlamat mungkin menyebabkan anda merasa putus asa. Namun, jika anda dapat menyusun matlamat mengikut prioriti, anda pasti akan bermotivasi semula. Caranya ialah dengan mengabungkan Kaedah Eisenhower dan Space Repitition. Contohnya, seorang pelajar yang menggunakan kedua-dua kaedah ini untuk persediaan peperiksaan. Dia mengkaji topik penting(Kaedah Eisenhower) dan mengulang kaji topik tersebut secara berkala(Space Repetition) untuk pemahaman dan ingatan yang lebih baik.
3. Melihat masalah hidup sebagai peluang
Dalam dunia perniagaan, berita buruk biasanya berita baik untuk orang lain. – James Surowiecki
Anda mungkin seringkali mendengar “bukan anda seorang yang mempunyai masalah” ketika ingin meluahkan perasaan pada seseorang. Mungkin anda menjadi sedih apabila mendengar ucapan seperti ini, tapi tidak bagi pelabur Type A dalam buku Cashflow Quadrant. Pelabur A mencari masalah yang boleh dia selesaikan, kemudian menunggu peluang datang dalam berbagai bentuk seperti ilmu, rangkaian dan kewangan. Contohnya, Bill Gates pakar dalam menyelesaikan masalah pemasaran perisian, kini peluangnya bukan hanya ilmu tapi rangkaian dan kewanganya terbuka luas. Sekarang, masalah apa yang anda boleh selesaikan? kongsikannya di internet dan tuailah hasilnya.
4. Mula awal
The best time for new beginnings is now.
Mula awal bermaksud kesedaran untuk menggunakan masa sebagai alat perkembangan. Ini penting untuk mengaktifkan kuasa Compounding Effect iaitu prinsip meraih ganjaran yang besar daripada satu siri pilihan yang kecil. Cara mudahnya ialah fikirkan apa keperluan anda di hari tua dan mulai menyimpan wang secara konsisten untuk menampung keperluan tersebut. Contohnya, untuk memenuhi keperluan Fisiologi, anda mulailah menyimpan RM10 sebulan untuk mengaktifkan kuasa compounding tersebut.
5. Jangan terlalu lama di Sosial Media
Sosial media adalah tempat sosial yang mana semua orang mengongsikan idea dan pandangan terbaik mereka. Terlalu lama di sosial media akan menyebabkan anda terdedah kepada idea dan pandangan orang lain yang mungkin mempengaruhi fokus anda. Tidak salah untuk mengetahui idea dan pandangan orang lain, namun terlalu banyak pandangan boleh menyebabkan matlamat anda terhenti atau terpesong. Contohnya, Seorang pelajar mula meragui strategi pembelajarannya setelah melihat strategi orang lain yang berbeza kemampuan.
6. Elakkan Keletihan melampau
Keletihan melampau adalah keadaan di mana badan dan minda mengalami kepenatan yang berlebihan akibat aktiviti atau tekanan yang berpanjangan. Memahami tanda-tanda dan punca keletihan adalah penting untuk menjaga kesihatan fizikal dan mental, serta memastikan produktiviti berterusan. Caranya ialah ambil rehat yang cukup, amalkan tidur yang berkualiti, kurangkan beban kerja, dan luangkan masa untuk bersantai. Contohnya, seorang pelajar merasa terlalu penat akibat belajar secara berterusan. Dengan mengatur semula jadual belajarnya dan mengaplikasikan Space Repitition, dia boleh memaksimum potensi otak dengan usaha yang minimum.
7. Tanam minda konsisten
Apa konsisten sukar untuk dilakukan? Jawapannya, Ya, sangat sukar hingga hanya sedikit orang yang mampu melakukanya. Tapi, jika anda fokus pada 1% kemajuan setiap hari, anda pasti termotivasi dengan hasilnya pada hujung tahun nanti. Cara untuk jadi konsisten sangat mudah, lakukan perkara yang penting bagi anda seperti corak makan anda. Contohnya, Hari ini, anda makan lebih. Esoknya, anda tidak sempat makan apa-apa. Lusanya, anda makan 3 kali dalam sehari. Coraknya tak tetap, tapi konsisten.
8. Menyukai lawan jantina tanpa meluahkan perasaan
Menyukai lawan jantina tanpa meluahkan perasaan adalah teknik motivasi hasil dari pengalaman dan pemerhatian sendiri. Teknik ini sangat berkesan tapi berisiko tinggi jika tidak dapat mengawal perasaan. Dengan teknik ini, anda bersemangat(motivasi) bila teringin berjumpa dengan orang tersebut. Tapi, apabila anda mulai merasa terlalu suka(risiko), anda perlu mengawal perasaan. Jika anda gagal mengawal perasaan, anda mungkin bukan saja hilang motivasi, tapi mungkin boleh hilang kewarasan. Tapi jika anda berjaya melakukan teknik ini, hasilnya sangat luar biasa, kerana daya tarikan yang kuat hasil dari semangat dan kawalan perasaan yang tinggi.
9. Jangan letakkan sumber motivasi anda pada orang lain
Poin ini sengaja diletakkan disini agar anda sedar yang memiliki motivasi diri yang konsisten memerlukan pendekatan yang menyeluruh. Anda mungkin gagal melakukan cara yang ke-8 diatas. Jika itu berlaku, cuba cara yang ke-9 ini. Letakkan sumber motivasi anda pada sesuatu yang kekal. Ini penting supaya motivasi anda kekal menyala secara konsisten. Caranya ialah fikirkan dan bayangkan identiti impian anda dan letakkan motivasi anda pada identiti tersebut.
10. Jangan musnahkan tuah anda
Pernahkah anda membaca satu ayat, dan tiba-tiba berhenti membaca di pertengahan ayat tersebut. Dan pada saat anda tiba-tiba berhenti, prestasi otak anda dalam 2-3 detik selepas itu meningkat secara drastik seperti ingatan fotografi. Tiba-tiba anda lupa ayat yang anda baca. Ini perkara normal, tapi peristiwa yang berlaku dalam 2-3 detik itu membuktikan otak anda memiliki potensi tersebut. Namun, peristiwa 2-3 detik itu dimusnahkan oleh minda negatif kita yang mengatakan “memori saya lemah” atau “saya tidak boleh”.
Saya merasa termotivasi apabila melihat peristiwa 2-3 detik itu sebagai “tuah” kerana saya ingin menjadi lelaki yang bertuah ITU. Seperti saya, anda mungkin telah berusaha keras untuk berjaya namun masih gagal. Sekarang, berusahalah dengan lebih keras lagi tapi kali ini dengan pemikiran yang positif. Seperti kata Gary Player (Professional Golfer); The harder I work, the luckier I get. MUNGKIN, anda semakin stress bila membaca “berusaha dengan lebih keras lagi”. Janganlah stress sangat. Sebaliknya lakukan ini, jangan musnahkan tuah anda dengan mengatakan hal-hal yang negatif pada diri anda. Contohnya, jika suara tidak sedap, daripada mengatakan “saya tidak pandai menyanyi”, lebih baik mengatakan “saya boleh menyanyi seperti Judika pada 100 tahun akan datang.”
Kesimpulan
Motivasi diri adalah dorongan dalaman yang mendorong individu untuk mencapai matlamat mereka tanpa bergantung kepada pengaruh luar. Ia adalah elemen penting yang membantu seseorang untuk terus maju walaupun menghadapi cabaran dan rintangan. Dalam artikel ini, saya telah mengongsikan 10 cara untuk mengekalkan motivasi diri secara konsisten. Walau bagaimanapun, cara-cara yang ada disini tidak lengkap dan masih banyak lagi cara lain untuk memotivasikan diri secara konsisten. Tapi, jika anda perlukan asas untuk meningkatkan motivasi diri secara konsisten, inilah 10 cara dari saya. Sebagai motivasi penutup artikel ini, saya tinggalkan anda dengan nasihat di bawah ini. Jumpa lagi!!
Dalam hidup ini, kita sentiasa membuat keputusan. Ada keputusan yang salah. Dan ada keputusan yang betul. Tapi, kehidupan mesti diteruskan my friend.