Adakah kita ingin pelanggan mengenali kita sebelum mereka membuat keputusan untuk membeli produk kita?
Keinginan seperti ini boleh tercapai sekiranya tahap kesedaran pelanggan mengenai jenama kita adalah sangat tinggi.
Tapi, sekiranya tahap kesedaran mereka masih rendah.
Disini ada 5 tips untuk meningkatkan kesedaran mereka.
1. Konsisten dalam pemesejan dan penghantaran
Konsisten dalam pemesejan dan penghantaran adalah sangat penting.
Tanpanya, strategi kita sukar untuk berjaya.
Biasanya jenama yang konsisten dengan mesejnya dapat dilihat dalam 4 elemen utama seperti berikut:
- Nada
- Slogan
- Elemen reka bentuk grafik.
- Nilai-nilai syarikat
Baca juga: 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun
2. Jadi asli
Menurut kajian, 86% pelanggan mengatakan keaslian adalah faktor pendorong mereka membeli daripada sesebuah jenama.
Oleh itu, binalah jenama kita untuk menjadi lebih asli dengan memastikan semua kualiti kita dipenuhi.
3. Bina kepercayaan dan berikan kualiti
Kepercayaan adalah penting untuk pelanggan kerana mereka tidak mahu dikaitkan dengan jenama yang memalukan mereka.
Membina kepercayaan boleh dilakukan dalam pelbagai cara antaranya ialah membalas semua komen dan pertanyaan di platform sosial mengikut nada dan suara jenama kita.
Selain itu, menyediakan tempat untuk pelanggan kita memberikan maklum balas di blog atau membuat survey ialah cara terbaik untuk membina kepercayaan dan memberikan produk berkualiti.
4. Buat pelbagai titik sentuh
Titik sentuh adalah sebarang interaksi kita dalam pengalaman pelanggan.
Ini adalah cara terbaik untuk berhubung dengan mereka di pelbagai tempat.
Terdapat 5 cara untuk berinteraksi dengan pelanggan kita:
- Iklan
- Website
- Surat-menyurat.
- E-mel
- Pembungkusan produk.
5. Gunakan video
Video boleh menjadi cara terbaik untuk meningkatkan trafik dan jualan.
Menurut penyelidikan, 87% Usahawan mengatakan video membantu mereka meningkatkan trafik website, dan 81% lagi mengatakan video juga membantu mereka meningkatkan jualan.
Dan 73% pelanggan mengatakan mereka lebih suka menonton video pendek berbanding 11% lagi yang lebih suka membaca artikel.
Kesimpulan
Dengan meningkatnya tahap kesedaran orang ramai tentang jenama kita, akan lebih banyak perkara positif akan berlaku.
Antaranya ialah peningkatan pendapatan tahunan kita.
Amalkanlah tips ini satu per satu dengan konsisten agar pendapatan kita juga meningkat dengan konsisten.
Demikianlah informasi lengkap yang mengulas tentang strategi meningkatkan komunikasi jenama.
Untuk membangun perniagaan yang untung dan konsisten memang tidak mudah.
Namun, bagi orang yang bertekad untuk konsisten boleh menjadi mudah apa lagi kalau kita tahu caranya.
Dapatkan lebih maklumat tentang perniagaan kecil dengan mengklik Forbes.