Saya suka memberi nasihat untuk pelajar kerana saya tidak mahu mereka lewat mencapai matlamat mereka seperti yang berlaku pada saya.
Setelah 13 tahun meninggalkan sekolah menengah, saya menyesali beberapa perkara dan mengubahnya dalam bentuk nasihat yang saya mampatkan dalam artikel ini.
Berikut adalah 8 nasihat saya untuk pelajar agar konsisten berprestasi.
1. Nasihat untuk pelajar Mengatur Masa
Masa adalah aset yang paling berharga yang dimiliki pelajar.
Aset ini perlu diatur agar kita dapat mempelajari dan mengulangkaji serta melakukan semua perkara yang diperlukan agar kehidupan kita sebagai anak dan pelajar sentiasa dalam keadaan stabil.
Mulakan usaha kita mengatur masa dengan menetapkan masa tidur yang tetap.
2. Sesuaikan dengan kemampuan diri
Sebagai pelajar, kita sering jatuh ke dalam keadaan yang membandingkan diri kita dengan orang lain.
Nasihat saya ialah Jangan pernah masuk dalam keadaan ini.
Fikirkan ini, setiap guru mengajar subjek yang sama dalam kelasnya, tapi ketika keputusan peperiksaan diumumkan, ada pelajar yang mendapat markah tertinggi dan terendah.
Kenapa ini berlaku?
Ini kerana setiap pelajar tidak sama dari segi minat, tenaga, tumpuan, pendekatan dan sebagainya.
Ingat, sekolah adalah tempat untuk kita belajar standard pengetahuan yang membantu kita menyumbang kepada pembangunan negara.
Belajarlah menyesuaikan diri dengan standard ini, mengikut kemampuan semasa kita.
3. Dapatkan Tidur yang mencukupi
Menurut website HelloDoktor, tidur membantu otak kita menyimpan maklumat baru sebagai memori melalui proses yang disebut sebagai konsolidasi.
Ada juga kajian yang dibuat pada sekumpulan individu dan mendapati mereka yang tidur selepas mengulang kaji mendapat keputusan yang lebih baik dalam ujian.
Umumnya, tidur 7-8 jam pada waktu malam adalah yang paling efisien kerana kelas pembelajaran diadakan pada waktu siang.
Dan tidur dalam kelas merupakan tindakan yang kurang efisien kerana kita tidak tidur ditempat dan masa yang betul.
Oleh itu, adalah lebih baik untuk mendapatkan tidur malam yang cukup agar dapat belajar dengan berkesan pada waktu siang.
4. Tingkatkan daya tarik diri
Daya tarik diri yang saya maksudkan di sini ialah personaliti diri termasuk kebersihan diri, pakaian, perkataan, fikiran dan pergaulan.
Mungkin sekarang, kita tidak tahu cara meningkatkan daya tarik diri, tapi mengetahui apa itu daya tarik diri merupakan langkah pertama ke arah untuk meningkatkannya.
Buatlah senarai perkara yang penting bagi kita, dan berusahalah untuk meningkatkannya dari semasa ke semasa.
5. Capai hasil kerja yang diinginkan
Seorang pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang mampu mencapai hasil kerja yang diinginkanya.
Namun tidak ramai pelajar yang mampu menetapkan hasil kerja yang diingini kerana masih kurang berpengalaman, sebab itulah kebanyakan pelajar hanya bergantung pada guru untuk menetapkan hasil kerja ataupun matlamat yang perlu.
Oleh itu, sebagai pelajar sekolah, ambillah peluang ini untuk mengenal dan melatih diri dengan mencapai hasil kerja yang diminta oleh guru kita.
6. Majulah mengharungi Buku Teks
Buku teks merupakan asas kepada tahap pengetahuan semasa kita sebagai pelajar.
Jika pada tingkatan 5 kita diberikan 7 buku teks, itu bermakna kita mempunyai 7 asas pengetahuan sebagai pelajar tingkatan 5.
Asas-asas ini sangat berguna ketika kita memasuki alam orang dewasa.
Yang menariknya lagi ialah kita mempunyai 12 bulan untuk menghabiskan ketujuh-tujuh buah buku itu.
Dan setiap muka surat dalam buku itu mempunyai cerita dan pengalaman tersendiri yang akan tercipta.
Oleh itu, mulalah hayati jalan cerita buku teks kita pada muka surat 1 hari ini.
7. Nasihat untuk Pelajar Menulis Jurnal
Menulis jurnal adalah tindakan merekod perasaan atau penemuan seseorang dalam kehidupan seharian.
Kita boleh lupa apa yang kita katakan pada minggu lalu, namun apabila kita menulis jurnal, kita boleh saja mengingat kembali apa yang telah berlaku pada masa lalu hanya dengan membaca semula jurnal kita.
Selain tidur, menulis jurnal juga dapat menguatkan memori kita.
Oleh itu, mulakanlah amalan menulis jurnal hari ini.
8. Nasihat untuk pelajar Jadi orang yang konsisten
Kunci kepada kejayaan ialah konsisten.
Kita akan berjaya jika kita konsisten berusaha dan meningkatkan usaha.
Bekerja keraslah untuk menjadi orang yang konsisten.
Baca juga: 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun
Kesimpulan
Apa yang kita tahu hari ini akan berkembang lagi pada masa depan. Sebagai pelajar, kita mesti mempunyai asas yang kukuh agar kita konsisten berprestasi tinggi pada masa depan. Itulah asas yang diulas dalam artikel ini. Untuk menjadi pelajar yang berprestasi dan konsisten memang tidak mudah. Namun, bagi pelajar yang bertekad dan konsisten boleh menjadi mudah apa lagi kalau kita tahu caranya. Kongsikan nasihat untuk pelajar ini jika ia relevan dengan kehidupan anda.