Adakah anda ingin menajamkan memori anda?
Bila kita mempunyai kelebihan seperti ini, kita boleh menjawab apa-apa persoalan tentang keadaan yang pernah kita lalui. Dengan memori yang tajam, kita tidak perlu lagi mengulang kaji; kita hanya perlu melalui keadaan tersebut sekali sahaja. Kita juga boleh mengingat setiap butir maklumat yang ada disekililing kita.
Ramai yang menginginkan memori yang tajam untuk berjaya dalam hidup.
Itulah hebatnya bila kita menjadi pengguna memori peringkat tinggi. Namun, sesetengah kita mungkin sudah tidak melihat ini sebagai perkara yang penting kerana kita telah berputus asa disebabkan persekitaran kita yang tidak menyokong.
Dan hari ini, saya akan berkongsi 11 tips untuk mengasah memori yang saya pelajari daripada Nelson Dellis, seorang juara memori 4x USA.
11 Tips Menajamkan Memori
Ada 11 tips untuk menajamkan memori iaitu
- Gunakan memori
- Kaitkan dengan benda lain
- Berimaginasi
- Bina istana memori
- Praktis
- Latihan fizikal
- Belajar perkara baru
- Latihan muzik
- Latihan mnemonik
- Latihan akrostik
- Latihan neurobik
Berikut ini huraiannya;
1. Gunakan Memori
Sering kali kita diberitahu bahwa memori kita adalah seperti otot yang semakin kuat apabila digunakan.
Nelson Dellis juga meyakini pernyataan ini. Tapi bagaimana kita boleh menggunakan memori kita dalam kehidupan seharian kita?
Salah satu nasihat yang dikongsikan oleh Nelson Dellis ialah Berhenti bergantung pada handphone atau pen dan kertas untuk membantu kita mengingat perkara seperti
- TARIKH
- NOMBOR TELEFON
- SENARAI RUNCIT
Bila kita komit menggunakan memori kita, kita akan berusaha memberikan tumpuan kerana pertaruhan kita adalah tinggi.
Kita mungkin terlupa beberapa barang dalam senarai runcit, terimalah keadaan itu dan berikan lebih tumpuan pada masa akan datang.
2. Kaitkan dengan benda lain
Bayangkan apa yang kita cuba hafal, dan jika tidak ada gambar untuk mewakili item tersebut, seperti angka, saya merekanya.
Tujuannya adalah untuk mengetahui bagaimana kita dapat mengubah perkara yang ingin kita ingat menjadi gambar, sesuatu yang menonjol dalam fikiran kita.
3. Berimaginasi
Bayangkan imej yang ada dalam memori kita, seperti lucu atau pelik.
Ini bergantung pada apa yang ada dalam memori kita, gunakan itu untuk berimaginasi.
Bagi Nelson Dellis, dia suka menggunakan gambar yang cenderung kasar dan mengerikan, kerana itulah yang melekat padanya.
Sekarang, gunakan apa yang ada di memori kita.
4. Bina Istana Memori
Istana memori adalah alat mental yang menggunakan ruang atau tempat untuk menyusun gambar barang yang ingin kita ingat, dalam urutan tertentu, untuk membantu kita mendapatkannya kemudian.
Biasanya kita suka memasukkan saja maklumat dalam memori kita dengan harapan dapat digunakan pada masa depan.
Dengan istana memori ini, ia dapat membantu memberikan peta yang membantu kita mengakses maklumat bila kita perlukan.
5. Praktis
Tips yang saya kongsikan di atas kelihatannya mudah dilakukan.
Sebaliknya, bercakap lebih senang daripada melakukan.
Jika kita mahu, kita akan berlatih menggunakan memori kita.
6. Latihan Fizikal
Latihan fizikal meningkatkan kekuatan otak dengan membentuk sel otak baru dan membantu dalam kelangsungan hidup neuron yang ada.
Ia juga meningkatkan saiz bahagian otak yang dikenali sebagai hippocampus.
Hippocampus ini berkaitan dengan memori dan pembelajaran.
7. Belajar Perkara Baru
Bila kita berhenti belajar, bahagian otak kita mula mengecut.
Kajian mendapati pembelajaran sepanjang hayat akan meningkatkan kekuatan otak kita.
Mempelajari perkara yang baru akan meningkatkan ingatan kita dan membentuk sel-sel otak baru.
8. Latihan Muzik
Latihan muzik dapat meningkatkan temporal lobe kiri kita.
Bahagian ini terlibat dalam memori lisan.
Sebab itulah, individu yang mempunyai latihan muzik mempunyai ingatan verbal yang lebih baik.
9. Latihan Mnemonik
Teknik ini adalah untuk mengingat maklumat yang sukar untuk diingat kembali.
10. Latihan akrostik
Akrostik adalah satu siri garis di mana huruf pertama dalam setiap baris membentuk nama atau mesej apabila dibaca secara berturutan.
Ia dapat membantu kita mengingat kumpulan fakta mengikut urutan tertentu.
11. Latihan Neurobik
Neurobik adalah satu set latihan otak yang melibatkan deria dan perasaan dengan mengubah corak kehidupan seharian.
Sebagai contoh,..
Jika kita biasa menulis tangan kanan, kita ubah kebiasaan dengan menulis menggunakan tangan kiri.
Kesimpulan untuk Menajamkan Memori
Kita tidak dilahirkan dengan kemampuan memori semula jadi.
Ini semua bermula dari teknik belajar, dan latihan setiap hari. Lakukan setiap hari, walaupun hanya sedikit, sehingga teknik tersebut menjadi kebiasaan.
Bergembiralah dengan potensi yang kita ada dan berusaha setiap hari untuk membuka keupayaan minda kita sendiri.
Semoga huraian ringkas ini bermanfaat untuk kita semua. Untuk mendapatkan lebih banyak tips berkaitan otak dan memori, silakan lihat di lumosity.com.
Kongsikan Tips Menajamkan Memori ini
Mulakan usaha anda untuk menajamkan memori hari ini dan kongsikan dengan rakan-rakan dan keluarga anda.
Dikemaskini pada 17 Feb 2026.