Hello guys, welcome to Santrosondy.com, hari ini saya ingin berkongsi 5 perbezaan konsisten dan komitmen.
Tujuan saya menulis artikel ini adalah untuk memotivasikan kita semua untuk maju selangkah setiap hari mengikut kemampuan diri.
Suka saya ingatkan bahawa sebahagian dari perkongsian ini disediakan berdasarkan pengalaman saya ketika mengembangkan blog ini dan selebihnya adalah dengan merujuk kepada website yang ada diakhir artikel ini.
Tanpa membuang masa lagi, mari kita baca 5 Perbezaan Konsisten dan Komitmen.
1. Maksud
Komitmen adalah sebuah perjanjian atau keterikatan untuk melakukan sesuatu.
Jadi, ketika kita mempunyai sebuah perjanjian itu bererti kita telah memiliki sebuah komitmen dan ini sepertinya mahu tidak mahu mesti kita jalankan.
Konsisten pula adalah pendirian tetap (tidak berubah-ubah).
Jadi, ketika kita selalu memegang teguh pada prinsip yang telah kita tetapkan dalam diri kita, itulah konsisten.
Baca juga: 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun
2. Masa
Komitmen biasanya berlangsung dalam satu tempoh yang ditetapkan.
Sebagai contoh, kita menjadi pekerja kontrak dalam sebuah syarikat dalam tempoh 2 tahun, dan dalam tempoh itu kita memberikan sepenuh masa dan tenaga kita untuk memenuhi keperluan syarikat itu.
Konsisten pula berlangsung setiap masa.
Sebagai contoh, masa makan, tidur dan mandi, dan memang ada masanya kita tidak makan, tidur atau mandi, tapi kita tetap perlu melakukan itu kerana itulah adalah keperluan dan sifat kita.
3. Kuantiti
Komitmen menetapkan kuantiti tetap untuk mencapai sesuatu.
Sebagai contoh, kita membekal dan memasang 400 unit komputer pada pejabat kerajaan dalam tempoh 5 hari, oleh itu, kita perlu memasang 80 unit komputer setiap hari.
Konsisten pula kuantitinya tidak tetap tapi sentiasa ada yang terlaksana.
Sebagai contoh, kita membekal dan memasang beberapa unit komputer mengikut kemampuan kita setiap hari, atau minggu, atau bulan, atau tahun.
4. Sistem
Sistem yang berdiri atas sikap komitmen adalah lebih teratur namun ketat kerana perlu mencapai satu perjanjian.
Sistem yang berdiri atas sikap konsisten pula agak teratur dan longgar namun sentiasa bertambah lebih baik kerana data dan pengalaman kita berkembang dari semasa ke semasa.
5. Kualiti
Hasil kerja atas sikap komitmen lebih berkualiti untuk satu tempoh masa tertentu demi untuk memenuhi keperluan segera.
Hasil kerja atas sikap konsisten pula sentiasa berkualiti dan hanya berubah untuk menjadi lebih baik.
Kesimpulan
Sekarang kita telah mengetahui perbezaan antara konsisten dan komitmen.
Diharapkan dengan pengetahuan ini, membantu kita mengurus kehidupan kita menjadi lebih baik.
Hiduplah dengan konsisten, namun berkomitmenlah apabila diperlukan.
Semoga bermanfaat.
Dapatkan lebih banyak tips dan trik dengan mengklik link aldyputra.