Pada 13 Januari 2025, Dewan Ekonomi menerbitkan artikel mengenai formula kejayaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam pengurusan simpanan. Artikel tersebut menekankan kepentingan mencarum secara konsisten dan menghadkan pengeluaran untuk memastikan simpanan persaraan yang mencukupi. Pendekatan ini boleh dijadikan contoh bagi individu yang ingin tahu cara konsisten simpan duit.
Pernahkah anda terfikir, mengapa menyimpan duit terasa susah? Anda bukan keseorangan. Saya juga selalu bermula dengan semangat tinggi untuk menyimpan, tetapi hanya bertahan selama beberapa minggu sebelum menyerah. Hakikatnya, konsistensi adalah kunci untuk mencapai kejayaan kewangan, dan ia memerlukan langkah kecil tetapi berterusan. Hari ini saya mengongsikan cara menyimpan duit secara konsisten yang tidak membebankan.
Apa Itu Konsisten Simpan Duit? Ini Jawapannya..
Definisi umum konsisten simpan duit boleh dirumuskan sebagai keupayaan menabung secara berterusan, walaupun dalam jumlah kecil, untuk mencapai matlamat kewangan. Tetapi sebenarnya, ia lebih dari itu, konsisten menyimpan duit juga dapat membentuk karakter progresif dalam diri kita. Maksudnya, setiap ringgit yang disimpan bukan sahaja membina simpanan, tetapi juga mengukuhkan karakter progresif dalam diri kita setiap hari. Atau dalam bahasa mudahnya, semakin lama kita menyimpan maka semakin kukuhlah karakter progresif dalam diri kita. Contohnya, Hari ini RM1, esok RM2. Dengan sedikit peningkatan, kita sedang bergerak ke arah kemajuan yang sekaligus mengukuhkan karakter yang berkembang lebih baik dari semalam.
Cara Konsisten Simpan Duit tanpa Rasa Terbeban
Sekarang kita akan belajar cara konsisten simpan duit tanpa rasa terbeban. Tapi sebelum saya menunjukkan caranya, kita perlu jaga 2 perkara utama iaitu;
- Kemajuan
- Konsisten
Mari saya ceritakan, apa ini dan kenapa ini penting;
Adakah anda tahu kenapa saya terlalu obses dengan perkataan konsisten? Kerana saya merasa saya bodoh. Dan saya fikir, satu-satunya cara untuk keluar dari kebodohan ini ialah dengan melakukan sesuatu perkara secara konsisten. Saya hidup dengan cara fikir ini selama 5 tahun. Tapi, dalam tempoh 5 tahun itu, selain merasa penat, saya juga merasa seolah-olah hidup saya tidak ke mana-mana.
Namun pada tahun ini, saya menyedari pasangan yang tepat untuk perkataan konsisten iaitu kemajuan. Saya rasa saya telah menemui kombinasi perkataan yang terbaik sekali dalam hidup saya. Kerana ia sentiasa memberikan saya motivasi dan inspirasi hidup setiap hari. Oleh sebab itu, saya berinisiatif untuk menanam 2 perkataan ini sebagai karakter yang saya ingin miliki. Kenapa?Sebab saya yakin, semakin lama saya menunjukkan kemajuan setiap hari, maka semakin jauhlah saya dari kemiskinan.
Nah, sekarang, saya ingin aplikasikan ini dalam konteks menyimpan duit tanpa rasa terbeban. Sebelum itu, saya ingin mengingatkan bahawa cara ini mungkin tidak sesuai dengan orang kaya kerana terdapat perbezaan besar cara pengurusan wang RM10,000 dengan RM1,000,000. Anda perlukan karakter yang lebih mantap untuk menguruskan wang RM1,000,000. Oleh itu, cara yang saya kongsikan disini mungkin sesuai untuk kita yang ada duit di sekitar RM0-RM10,000 sahaja. Begini caranya…
1. Catat Tarikh semasa dan Jumlah wang tunai anda setiap hari
Gunakan format Tarikh Terkini – Jumlah Wang [Jumlah Hari Karakter bertahan]. Contohnya seperti ini;
Isi Catatan Terkini di atas ini…
31/1/2025 – RM1.16 (4)
30/1/2025 – RM1.15 (3)
29/1/2025 – RM1.10 (2)
28/1/2025 – RM1 (1)
Jika, Jumlah wang tunai anda berkurang kerana telah digunakan. Tuliskan Jumlah Hari Karakter bertahan kepada Kosong (0). Contohnya seperti ini;
27/1/2025 – RM0.80 (0)
26/1/2025 – RM0.90 (3)
25/1/2025 – RM0.50 (2)
24/1/2025 – RM0.10 (1)
2. Ubah fokus dari WANG kepada pembinaan KARAKTER Progresif
Buku terbaik untuk dibaca ialah buku yang anda tulis sendiri. Dengan membaca catatan tarikh dan jumlah wang tunai anda, anda akan menyedari yang anda sedang membina sesuatu yang besar. Sesuatu yang akan mengubah takdir anda iaitu karakter yang menjauhkan anda daripada kemiskinan. Tanamkan juga dalam minda bahawa karakter akan menjadi asas untuk anda mengurus jumlah wang yang besar. Ini kerana, wang sentiasa menyukai tempat yang menunjukkan kemajuan. Buktinya? Warren Buffet suka melabur pada syarikat yang mempunyai potensi untuk maju dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, Fokuskan usaha anda untuk membina karakter progresif, dan bukannya untuk meningkatkan jumlah wang.
3. Teruskan konsisten sehingga Compound interest campur tangan dalam kemajuan anda
Albert Einstein kata “Compound Interest adalah keajaiban kelapan dunia”. Oleh itu, sebagai insan yang inginkan kemajuan, manfaatkanlah keajaiban ini. Caranya ialah konsisten. Mulakan dengan siapa anda seadanya, dan lakukan kemajuan sedikit demi sedikit sehingga definisi sedikit anda adalah BANYAK bagi orang lain. Teruskan konsisten sehingga dividen tahunan anda dapat menyokong perbelanjaan bulanan anda. Jika ini berat bagi anda, cuba beri fokus untuk konsisten melakukan perkara pertama diatas. Dengan melakukan perkara ini, hati anda yang seringkali gagal mengawal perbelanjaan akan dijinakkan. Akhirnya, anda akan memiliki satu karakter yang lebih baik dari sebelum ini.
Kesimpulan
Menyimpan duit bukan tentang menjadi kaya dalam semalam, tetapi tentang membina karakter yang konsisten menunjukkan kemajuan. Ingatlah, langkah kecil tetapi konsisten adalah rahsia kepada kejayaan besar. Mulakan dengan RM1, RM5, atau apa sahaja yang anda mampu. Yang penting adalah anda mula sekarang, dan teruskan. Akhir sekali, ingat! Konsisten tidak menjamin anda akan berjaya. Tetapi, tidak konsisten akan memastikan anda tidak akan mencapai kejayaan. Jika artikel ini memberi inspirasi, kongsikan kepada rakan-rakan anda yang juga ingin belajar cara konsisten simpan duit. Ayoooh, bersama kita capai kejayaan jangka panjang!