Ada satu tabiat kecil yang saya cuba amalkan hampir setiap hari dalam 2 tahun terakhir ini.
Tabiat ini nampak remeh.
Tidak glamour, Tidak viral, dan Tidak buat orang kagum. Tapi tabiat inilah yang paling banyak mengubah cara saya melihat duit.
Saya merekod kewangan dengan format paling ringkas:
Tarikh – Jumlah (Wang dalam dompet + Wang dalam bank)
Contohnya:
12/01/2026 – RM2,350 (RM150 + RM2,200)
Itu sahaja.
Tidak perlu aplikasi mahal, Excel rumit atau sistem kompleks.
Cuma satu ayat sehari.
Kenapa Saya Pilih Format Ini?
Saya pernah cuba macam-macam cara.
- Aplikasi kewangan.
- Template Excel.
- Sistem bajet yang cantik.
Semuanya saya STOP, sebab satu perkara:
Ia terlalu rumit untuk dilakukan secara konsisten.
Akhirnya, saya sedar satu benda.
Kalau sistem itu buat saya penat, kemungkinan besar saya tidak akan bertahan lama.
Jadi saya cipta sistem paling mudah untuk diamalkan selama bertahun-tahun.
Tarikh – Jumlah duit (Dompet + Bank)
Siap.
Sebab Pertama: Ia Paksa Saya Jujur Dengan Diri Sendiri
Bila saya tulis:
15/03/2026 – RM1,120
Saya tidak boleh tipu.
Dan saya nampak realiti.
Tidak boleh sembunyi di sebalik “rasa macam ada duit”.
Tidak boleh hidup dengan angan-angan.
Nombor tak menipu.
Dan bila kita hadap nombor setiap hari, kita akan mula berubah.
Sebab Kedua: Saya Tahu Duit Saya Pergi Ke Mana
Saya tak perlu ingat semua transaksi.
Cukup lihat trend.
Minggu lepas: RM2,000
Hari ini: RM1,400
Saya terus tanya diri:
“Apa yang berlaku?”
Dari sini saya tahu:
- Bila boros
- Bila stabil
- Bila berjimat
- Bila tertekan
Rekod ini menjadi menjadi cermin emosi saya.
Sebab Ketiga: Ia Bangunkan Kesedaran Kewangan
Sebelum ini, duit saya macam air.
Masuk → Hilang.
Saya tidak perasan.
Tapi, selepas merekod, setiap ringgit jadi seperti skala kehidupan.
Saya mula fikir sebelum belanja.
“Kalau aku beli ni, nombor esok turun.”
Dan peliknya…Saya jadi lebih tenang.
Sebab saya tahu keadaan saya.
Kenapa Tak Rekod Detail Perbelanjaan?
Mungkin ramai yang tanya:
“Kenapa tidak rekod satu-satu perbelanjaan?”
Jawapan jujur dan solid dari saya ialah Saya mahu konsisten 10 tahun, bukan 3 bulan.
Sebab bila terlalu detail, ia akan memenatkan.
Bila memenatkan, tidak sampai setahun saya mungkin akan berhenti.
Format ini cukup untuk:
- Kesedaran
- Disiplin
- Kawalan
- Arah
Ini lebih penting daripada cantik.
Apa Jadi Jika Saya Buat Ini Selama 10 Tahun?
Mari saya kongsi bayangan realistik.
Bukan magik, bukan cepat kaya, Tapi KONSISTEN.
Tahun 1–2
Di fasa ini mungkin sangat sakit sebab kita nampak tabiat diri sendiri. Dan tidak hairanlah ramai yang berhenti di sini.
- Sedar boros
- Malu dengan tabiat sendiri
- Banyak “eh kenapa sikit sangat ni”
- Mula nampak pattern perbelanjaan
- Cuba untuk menjadi lebih baik dari tahun pertama, tapi gagal.
Tahun 3–4
Kita akan mula rasa: “Aku boleh urus duit.”
- Perbelanjaan lebih terkawal
- Simpanan mula wujud
- Kurang panik hujung bulan
- Mula stabil
Tahun 5–6
Duit mula jadi alat, bukan tekanan.
- Dana kecemasan terbina
- Tidak terkejut bila ada masalah
- Kurang hutang bodoh
Tahun 7–8
Keputusan jadi lebih matang dan kita mungkin mula melabur dengan tenang
- Ada lebihan
- Boleh fikir jangka panjang
- Kurang ikut emosi pasaran
Tahun 9–10
Pada tahap ini…kita bukan lagi “orang yang cuba jimat”.
kita ialah:
Orang yang pandai jaga duit.
Tanpa dipaksa, Tanpa drama dan tanpa stress.
Tabiat ini menjadi identiti kita.
Kelebihatan Paling Besar: kita Tidak Sesat Dalam Hidup
Ramai orang sesat bukan sebab bodoh.
Tapi sebab, tidak tahu posisi.
Macam memandu tanpa peta.
Rekod kewangan ialah peta hidup kewangan kita.
Ia beritahu:
- Di mana kita sekarang
- Sejauh mana kita pergi
- Ke mana kita patut hala
Cara Mula Hari Ini (7 Minit Sahaja)
Tak perlu tunggu esok. Buat sekarang.
- Ambil buku kecil / Notes phone
- Tulis tarikh hari ini
- Kira duit dompet (RM120)
- Semak bank (RM1,750)
- Gabungkan
Contoh:
31/01/2026 – RM1,870
Siap.
Ulang esok.
Kesimpulan
Bagi saya…Merekod kewangan bukan tentang jadi kaya cepat.
Ia supaya:
- Tidak panik
- Tidak menipu diri
- Tidak hidup dalam ilusi
- Kita memegang stereng hidup sendiri.
Dan kalau kita buat ini 10 tahun…Kita mungkin tidak jadi jutawan.
Tapi hampir pasti:
Kita tidak akan miskin secara bodoh.
Dan itu pun sudah satu kemenangan besar.