MINDA akan menerima kebaikan membaca buku yang KETARA selepas setahun mengamalkan amalan membaca setiap hari. Kemudian, ia akan mempengaruhi idea, daya ingatan, kemampuan menyelesaikan masalah dan pendapatan anda. Merujuk pada data UNESCO, 90.38% populasi dunia tahu membaca, selebihnya 9.62% (765 juta) ialah buta huruf. Sebagai individu yang tinggal dalam masyarakat yang berdaya saing, saya merasa betapa pentingnya amalan membaca. Membaca bukan hanya untuk orang yang bercita-cita tinggi sahaja, tapi untuk keselamatan diri juga. Dengan membaca, kita akan mulai memahami dunia persekitaran kita dan bersedia sekiranya sesuatu yang buruk terjadi. Buku “Proust and the Squid: The Story and Science of the Reading Brain” oleh Maryanne Wolf, menuliskan
Reading is a transformative process that rewires the brain, shaping how we think, perceive, and understand the world around us. The act of reading strengthens neural pathways associated with language processing, comprehension, and critical thinking..
Membaca sama seperti kita membaca fikiran orang lain tentang topik yang kita ingin pelajari. Ada banyak kebaikan berbanding keburukan yang bakal anda alami bila anda mulai mengamalkan amalan membaca. Tapi saya hanya menulis tentang 4 kebaikan membaca buku yang TERPENTING sahaja. Oleh itu, jika membaca buku membosankan anda? Teruskan membaca kerana cerita fiksyen ini akan memotivasikan anda menjadi pembaca tegar.
Metalearning Cara Mencapai Kebaikan Membaca Buku dengan Konsisten
Keseluruhan kitaran cerita ini bermula dengan Amalan Membaca setiap hari. Kemudian diikuti kesannya iaitu memperluaskan idea. Namun, daya ingatan anda perlu dilatih untuk mengingat idea. Apabila tiba masanya, gunakan idea dan daya ingatan anda untuk menyelesaikan masalah pelanggan. Akhir sekali, pendapatan anda akan meningkat apabila anda menyelesaikan masalah pelanggan (online dan offline). Sekarang, ikuti cerita Azrul dari pekerja kilang sehingga menjadi pemilik kilang dengan hanya satu amalan asas iaitu membaca buku.
1. Memperluaskan idea
Azrul seorang pekerja kilang yang berpendapatan sederhana. Dia merasakan perlunya untuk meningkatkan pendapatannya demi menyokong keluarganya yang semakin bertambah. Pada mulanya, dia tidak tahu bagaimana untuk memulakannya. Namun, dia sering melihat bosnya membaca buku-buku pengurusan kilang pada waktu rehat. “Saya akan mulakan dengan membaca”, katanya dalam hati. Dengan mengamalkan amalan membaca buku pengurusan kilang selama 2 tahun, dia mulai memperlihatkan kecekapan melaksanakan arahan bosnya.
Satu hari, bos Azrul, Encik Rahim, memberitahu mereka tentang masalah kelambatan dalam proses pengeluaran. Setiap kali kilang beroperasi pada kapasiti maksimum, beberapa mesin di bahagian tertentu menjadi lambat, menyebabkan kelewatan penghantaran produk kepada pelanggan. Bosnya mahukan penyelesaian segera. Pada mulanya, Azrul merasa tiada keperluan untuk campur tangan dalam menyelesaikan masalah tersebut. Namun, Azrul teringat sebuah buku yang pernah dibacanya “The Goal: A Process of Ongoing Improvement” oleh Eliyahu M. Goldratt. Dia mengingatkan bahawa buku tersebut membincangkan tentang bagaimana menangani masalah kelewatan dalam proses pengeluaran dan menghasilkan penyelesaian yang berkesan.
Azrul menghabiskan malam itu untuk mengkaji semula buku tersebut, meneliti idea-idea yang dibincangkan oleh Goldratt. Keesokan harinya, dia mencadangkan idea yang dipelajarinya iaitu konsep ‘drum-buffer-rope’. Katanya “Kilang perlu menetapkan rentak pengeluaran, mengelakkan lebihan WIP di bahagian yang cekap, dan mengawal aliran bahan agar pengeluaran lancar. Pada mulanya, Encik Rahim tidak yakin dengan idea Azrul, tapi disebabkan idea Azrul disokong oleh buku tersebut. Akhirnya, Encik Rahim mula memberikan perhatian.
“Terima kasih, ya Allah” kata Azrul dalam hatinya. Hasilnya, masalah kelambatan telah diatasi, dan kilang mampu menghasilkan produk dengan lebih cepat dan efisien. Idea Azrul dalam menyelesaikan masalah ini telah memenangi hati bosnya.
2. Meningkatkan Daya Ingatan
Kehidupan Azrul berjalan seperti biasa. Suatu hari, Azrul duduk di sofa berwarna coklat di ruang tamu, wajahnya serius merenung skrin televisyen yang menayangkan berita. Anaknya, Sara, berusia 9 tahun, duduk di sebelahnya dengan buku di pangkuannya terus-menerus membaca setiap perkataan dalam buku ceritanya. “Ayah, bolehkah saya membacakan buku ini untuk ayah?” tanya Sara dengan penuh semangat. Azrul tersenyum dan menghentikan televisyen. “Tentu, sayang. Ayah sangat gembira jika kamu membacakan cerita untuk ayah”.
Dengan penuh keyakinan, Sara membaca cerita bergambar pada buku itu. Walaupun dia kadang-kadang mengalami kesukaran dengan beberapa perkataan, dia tidak menyerah dan terus berusaha membacanya dengan betul. Azrul mendengarkan dengan penuh perhatian, memuji setiap usaha kecil yang dilakukan oleh anaknya. Selepas membaca, Sara tersenyum lebar. “Bagaimana Ayah? Apa pendapatmu tentang ceritanya?”. Azrul menjawab, “Cerita yang hebat, sayang! Kamu telah membaca dengan begitu baik. Ayah sangat bangga padamu”.
Sara bersemangat. “Ayah, saya akan membaca lebih banyak buku lagi agar saya boleh menjadi pintar seperti ayah!”. Mendengar kata-kata itu, Azrul tersenyum dan memeluk Sara erat. Dia teringat pengalamannya 4 tahun yang lalu, ketika dia mula meningkatkan minatnya dalam membaca. Azrul membuat keputusan untuk membaca bersama Sara setiap malam sebelum tidur. Mereka membaca pelbagai jenis buku, dari cerita kanak-kanak hingga cerita dongeng klasik. “Hasil pembacaan ini akan terserlah pada tahun depan” Kata Azrul dalam hatinya.
6 bulan kemudian, Azrul perasan bahawa sejak dia aktif membaca dengan Sara, daya ingatannya telah meningkat dengan ketara. Dia dengan mudah mengingat peristiwa-peristiwa kecil dalam kehidupannya, termasuk detail-detail penting dalam kerjanya di kilang. Melalui interaksi membaca ini, Azrul memberikan hadiah terbesar kepada Sara iaitu minat membaca. Manakala Azrul pula mendapat hadiah yang tak ternilai untuk dirinya iaitu peningkatan daya ingatan. Melihat hasil yang hebat ini, Azrul membuat keputusan untuk membaca bersama dengan isterinya setiap hari.
3. Meningkatkan kemampuan menyelesaikan masalah
6 bulan kemudian, pada suatu malam, Azrul duduk di ruang tamu rumahnya, bersiap sedia untuk membaca buku pengurusan kilang. Dia meletakkan buku di atas meja, mempersiapkan diri untuk sesi membaca rutinnya. Namun, ketika dia membuka buku, dia terasa bahawa dia hanya mampu membaca 10 minit untuk malam itu. Ini kerana dia baru saja menyelesaikan tugas harian yang mencabar dan merasa sangat penat. Sementara Azrul duduk dengan buku di tangannya, isterinya, Suliana, keluar dari dapur dengan secawan teh panas. Dia melihat Azrul dengan senyuman lembut. “sayang nampak penat, sayang. Apa yang sayang baca malam ini?”
Azrul tersenyum, merasakan kehangatan dalam kata-kata isterinya. “Saya rasa saya hanya membaca selama 10 minit malam ini.” Suliana mengangguk memahami. “Itu tetap baik, sayang. Masa yang singkat pun masih berharga. Tetapi jangan lupa, besok malam kita akan ada lebih banyak masa untuk membaca bersama-sama.” Azrul tersenyum gembira. Selepas 6 bulan Azrul aktif membaca dengan isterinya, timbul perasaan Azrul untuk memiliki kilang sendiri.
Ini bukan sahaja memperkukuhkan hubungan mereka, tetapi juga memberi peluang untuk berkongsi minat dan pengetahuan. “Malam besok, kita mesti membaca bersama-sama buku tentang pengurusan kilang yang baru saya beli. Saya fikir ia akan memberikan idea untuk meningkatkan operasi kilang ditempat kerja,” kata Azrul sambil meminum tehnya. Suliana tersenyum setuju. “Itu bunyi seperti rancangan hebat. Saya harap buku itu membawa manfaat kepada kita.”
Dengan perasaan bahagia, Azrul dan Suliana pun mengakhiri hari mereka dengan perbualan yang cukup bermakna. Dalam perkahwinan mereka, membaca bersama-sama merupakan amalan baru yang menjadi lambang kesetiaan dan sokongan antara mereka. Ketika membaca buku-buku yang berbeza genre, Azrul juga sedang meningkatkan keterampilan bahasanya. Dia melihat peningkatan dalam cara dia berkomunikasi dengan rakan sekerja dan bosnya di tempat kerja. Kemahiran bahasanya yang semakin baik membuka peluang untuk dia menyelesaikan tugas-tugas lebih penting di kilang.
4. Meningkatkan Pendapatan
Azrul duduk di ruang tamu rumahnya sambil memegang buku kegemarannya. Dia memandang ke luar tingkap, merenung bagaimana pengetahuannya berkembang selepas mengamalkan amalan membaca. Dia ingat kembali perjalanannya membaca buku setiap hari. Awalnya, dia merasa sukar untuk meluangkan masa membaca setiap hari. Tetapi dia ingat kata-kata Simon Sinek
Going to the gym for nine hours does not get you into shape. Working out every day for 20 minutes gets you into shape.
Kata-kata ini sangat memotivasikan Azrul. Jadi, apabila Azrul membaca buku dan tidak memahami atau keliru dengan isinya, dia akan membacanya semula. Dia menganggap itu seperti kesakitan yang dialaminya semasa dia bersenam di Jim, yang akhirnya akan membentuk otot fizikal yang kuat. Namun, kali ini Azrul ingin menguatkan otot mentalnya. Dengan minda inilah Azrul terus membaca buku dalam pelbagai subjek, dari pengurusan kilang hingga sains, sejarah, dan perniagaan. Setiap buku membawanya ke dunia baru dengan pengetahuan dan pemahaman yang lebih luas dan mendalam.
Suatu hari, semasa berbual dengan rakan kerjanya, Azrul dapat memberikan idea yang bijak tentang topik yang mereka perbincangkan. Rakan kerjanya terkesan dengan pengetahuan Azrul tentang pengurusan kilang, dan bertanya bagaimana dia mendapatkan pengetahuan tersebut. Azrul tersenyum mengatakan”Ini daripada membaca buku secara konsisten. Setiap buku memberikan saya idea baru, dan saya cuba untuk mempelajari sesuatu yang baru setiap hari.”
Rakan kerjanya mengangguk mengagumi. “Itu sungguh mengagumkan, Azrul. Saya percaya pembacaan secara konsisten adalah kuncinya. Saya juga ingin membaca buku setiap hari.” Azrul merasa puas kerana dapat berkongsi pengetahuan dan minatnya dengan orang lain. Dia menghargai perjalanan pembelajarannya dan bertekad untuk mengumpul dan membaca 100 buku tentang pengurusan kilang untuk meningkatkan lagi pengetahuannya. Dengan keyakinan bahawa membaca buku membuka pintu kepada penyelesaian masalah, Azrul setia pada rutin membacanya setiap hari. Idea dan Daya ingatan Azrul sangat membantunya menyelesaikan masalah kilang yang akhirnya meletakkannya sebagai kakitangan dengan bayaran gaji tertinggi.
Kesimpulan Kelebihan Membaca Buku
10 tahun kemudian, selepas membaca 100 buah buku tentang pengurusan kilang, Azrul telah memiliki 2 buah kilang sendiri. Dedikasinya terhadap pembacaan buku tentang pengurusan kilang telah meletakkannya sebagai individu terbaik dalam industri. Azrul merupakan pelajar sepanjang hayat. Dia tidur setiap malam dan menjadi lebih bijak semasa dia bangun pagi. Anda mungkin Mahu mencapai potensi maksimum anda? Satu perkara yang anda kena lakukan ialah menyukai aktiviti pembelajaran. Dan cara termudah untuk belajar ialah dengan membaca.
Baca lebih banyak buku berkaitan industri anda! Dengan membaca, anda dapat mengembangkan bakat, memperluaskan idea, dan menghadapi dunia dengan keyakinan yang baru. Kebaikan membaca buku adalah topik yang sering diperbincangkan, tetapi gagal untuk diamalkan. Kenapa? kerana terlalu fokus pada hasil segera. Anda mesti memahami bagaimana pengetahuan meningkat, seperti yang dikatakan Warren Buffett:
…knowledge builds up, like compound interest…
Maksudnya, pengetahuan yang kita pelajari hari ini akan berganda selepas setahun dan tahun-tahun seterusnya. Sebaliknya, jika kita berhenti belajar, pengetahuan kita berhenti berganda. Oleh itu, Jika anda mahu meningkatkan potensi maksimum anda, KONSISTENLAH MEMBACA SETIAP HARI.