Saya tertanya-tanya bolehkah orang KL menjadi kaya dengan hanya konsisten diet. Lama saya memikirkan jawapan yang logik untuk persoalan ini. Memandangkan kesihatan dan kewangan merupakan aspek penting dalam kehidupan peribadi semua orang. Akhirnya, saya telah menemui kemungkinan perkara itu boleh menjadi kenyataan. Jadi, saya telah mereka sebuah cerita fiksyen tentang cara nak konsisten diet sampai kaya. Cerita ini mengisahkan tentang seorang wanita bernama Sarah. Sarah seorang wanita muda bercita-cita besar untuk kejayaan kewangan. Sarah sentiasa menghadapi masalah dengan berat badannya dan sering merasa terombang-ambing dalam dunia diet yang cepat. Tapi suatu hari, segalanya berubah apabila dia menemui rahsia yang tidak dijangka untuk transformasi fizikal dan kewangan.
1. Mulakan dengan Identiti
Semuanya bermula pada pagi yang cerah ketika Sarah penat dengan perjuangannya untuk diet. Dia bertekad untuk mengubah nasibnya sendiri. Sebelum ini, dia pernah komited pada PROSES dan berusaha mencapai HASIL yang ditetapkan. Namun, lama-kelamaan dia kepenatan dan akhirnya putus asa. Tapi, pada pagi itu, Dia ingin mulakan semula. Kali ini, dia mulakan dengan membayangkan IDENTITI impiannya. Dia berkata dalam hatinya “Saya sihat”. Dan mulai dari saat itu, dia bertekad menanam identiti itu dalam dirinya.
2. Sistem yang Menyokong
Dengan mengambil iktibar kegagalan program dietnya sebelum ini, Sarah menumpukan pada SISTEM berbanding MATLAMAT. Dia tidak mahu lagi merasa putus asa kerana kegagalannya mencapai hasil atau mengikuti proses. Dia menetapkan sistem yang menyokong identiti impiannya. Kemudian, membiarkan sistem itu membawanya kepada berat 55kg dan simpanan kewangan sebanyak RM100,000 dalam tempoh 10 tahun.
3. Rancangan yang padu
Dengan tekad yang baru, Sarah membuat rancangan yang Jelas, Menarik, Mudah dan Memuaskan. Dia menyediakan 2 balang besar masing-masing dengan label “Saya sihat” dan “Saya tidak sihat”. Dia akan menyediakan makanan sihat di rumahnya setiap hari. Jika berjaya, bola ping-pong akan dimasukkan ke dalam balang “Saya sihat”. Dan sekiranya dia terpaksa makan di luar, dia akan memasukkan bola ping-pong ke dalam balang “Saya tidak sihat”. Inilah bukti-bukti kecil yang menyokong saya menyuburkan identiti “Saya Sihat” dalam diri saya” Katanya dalam hati. Kemudian, Dia membaca 10 Cara Kuruskan Badan Dengan Cepat & Berkesan!. dan dengan teliti membuat rancangan makanan yang seimbang dan berpatutan. Dia mempelajari seni membeli-belah yang bijak, memilih bahan-bahan yang berkhasiat yang menyihatkan tubuh dan menjimatkan perbelanjaannya. Sarah dengan teliti membuat rancangan makanan yang seimbang dari segi pemakanan dan kosnya. Dia juga memulakan pelaburan yang bijak untuk membantu mencapai matlamat kewangannya.
4. Memanfaatkan Kuasa Konsistensi
Hari demi hari, Sarah mengukuhkan identitinya sebagai seorang yang sihat. Namun ada masanya dia terpaksa makan di luar kerana tidak berdaya untuk memasak. Tapi disebabkan menjadi seorang yang sihat merupakan keinginan terbesarnya, dia tidak menyerah dengan mudah. Ditambah pula, saat melihat balang “saya sihat” semakin dipenuhi dengan bola ping-pong, dia pun kembali ke haluan matlamatnya. Apabila dia melihat balangnya itu, dia menerima hakikat bahawa kadang-kadang dia memilih balang “Saya tidak sihat”. Namun, “yang paling penting ialah saya banyak memilih untuk menjadi seorang yang sihat” katanya dalam hati. Dan dia juga yakin bahawa perbezaan kecil ini akan membawa kepada perbezaan besar dalam hidupnya.
5. Memantau Kemajuan
Sarah memantau kemajuannya setiap hujung bulan, sama ada di atas timbangan atau dalam akaun banknya. Dia gembira melihat perubahan positif pada berat badannya dan pertumbuhan simpanan wangnya. Simpanan daripada tabiat barunya mula terkumpul, membina asas untuk kekayaan masa depannya.
6. Mencapai Kejayaan
Setelah berusaha mengekalkan perubahan positif setiap tahun, dia menyedari kuasa kekayaan sejati iaitu Compound Interest telah melimpahi akaun banknya. Ini membuatkannya dia bersemangat lagi untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan positif. Dengan kekayaan baru iaitu kesihatannya dan kestabilan kewangannya, Sarah menikmati setiap hari dengan rasa syukur dan gembira. Setelah 10 tahun berlalu, Sarah mencapai matlamatnya dengan cemerlang sekali. Berat badannya kini adalah 55kg dan simpanan wangnya telah melebihi RM100,000. Dia juga mempunyai pelaburan yang berpotensi untuk terus berkembang.
Kesimpulan
Akhirnya, perjalanan Sarah mengajarnya bahawa konsistensi dalam diet bukan hanya tentang mencapai matlamat fizikal tetapi juga membuka jalan kejayaan kewangan. Dengan menetapkan matlamat yang jelas, membuat rancangan yang ringkas, dan memanfaatkan kuasa konsistensi, dia mengubah hidupnya selamanya.
Dan begitulah, wahai pembaca yang dikasihi, ingatlah kisah Sarah dan perjalanannya ke arah kekayaan melalui konsistensi dalam dietnya. Semoga kisahnya memberi inspirasi kepada anda untuk memulakan langkah anda sendiri ke arah kesihatan dan kemakmuran kewangan. Hari ini, apabila Sarah mendengar seseorang bercakap tentang cara nak konsisten diet, dia tersenyum sendirian. “Nampaknya kisah diet ini akan bersambung lagi” katanya dalam hati. Cerita TAMAT.