Ramai orang menganggap membaca buku itu membosankan.
Hakikatnya, ia adalah senaman minda paling berkesan.
Setiap helaian muka surat membantu meluaskan perspektif kita.
Apabila ruang perspektif berkembang luas, kita akan mendapat 3 manfaat;
- Masalah nampak berbeza
- Pilihan jadi lebih jelas
- Keputusan jadi lebih baik
Secara tidak langsung, ini menjadi asas kepada konsistensi.
Dalam artikel ini, saya akan kongsikan cara untuk konsisten membaca buku.
1. Konsisten membaca setiap hari
Tindakan ini akan membantu Anda membentuk identiti baru.
Apabila identiti terbentuk, biasanya ia akan sukar untuk ditinggalkan.
Seperti seorang perokok yang tidak bahagia tanpa rokok.
Mereka merokok setiap hari.
Akhirnya, identiti perokok kekal dalam diri mereka.
Begitu juga dengan identiti pembaca.
Syaratnya, hanya perlu membaca setiap hari.
Tips!
Letakkan buku di lokasi yang mudah dicapai.
Kemudian, baca satu ayat. Selesai!
2. Teknik Skimming
Teknik ini berguna untuk memahami gambaran keseluruhan buku.
Caranya?
Fokus kepada tajuk, tajuk kecil, dan ayat pertama setiap perenggan.
Biasanya, satu idea utama sudah boleh diperoleh melalui tajuk sahaja.
Kemudian aplikasikan idea tersebut dalam projek anda.
Teknik ini menjimatkan 80% masa anda.
Bila membaca tidak lagi memakan masa yang lama, konsistensi akan datang secara semula jadi.
3. Teknik Scanning
Teknik scanning pula berguna untuk mencari maklumat spesifik.
Antara maklumat spesifik tersebut ialah:
- Kata kunci penting.
- Tarikh dan tahun.
- Nama khas atau lokasi.
- Nombor dan statistik.
Gunakan teknik ini apabila Anda sudah tahu apa yang ingin dicari.
4. Teknik Chunking
Teknik Chunking berguna untuk memecahkan maklumat besar kepada kumpulan kecil.
Tujuannya ialah supaya otak lebih mudah memproses data.
Biasanya, maklumat yang disusun secara berkumpulan lebih senang diingati.
Contohnya nombor telefon, daripada membacanya 0123456789, kita membacanya 012-345-6789.
Anda boleh Latih mata untuk membaca sekumpulan perkataan (frasa) sekaligus.
Teruskan berlatih teknik ini sehingga mencapai tahap teknik Istana Memori.
Tapi sekarang ini, Anda kena konsisten membaca setiap hari.
5. We are what we repeatedly do
Apabila menghadapi hari yang sukar.
Kadang-kadang, saya kehilangan identiti diri.
Saya tidak tahu siapa saya.
Mujurlah, kata-kata Will Durant ini membantu saya menemukan semula siapa saya.
“Saya adalah seorang pembaca.”
Sebab itulah, saya membaca buku setiap hari.
Tiada yang hebatnya menjadi seorang pembaca.
Tapi sekurang-kurangnya kita ada identiti yang boleh dibanggakan.
Saya fikir mindset ini juga dapat membantu anda membaca secara konsisten.
6. Live your dreams
Ini juga bentuk minda yang mungkin membuat anda konsisten membaca.
Ia berkesan untuk saya.
Ada kajian yang mengatakan kebanyakan orang kaya adalah pembaca buku.
Saya pula berangan-angan jadi orang kaya.
Jadi, tidak salah untuk menanamkan tabiat membaca ini dalam kehidupan seharian saya.
Dalam erti kata lain, I’m living my dream.
Adakah anda juga bercita-cita menjadi orang kaya?
Suntikkanlah amalan membaca dalam kehidupan harian anda.
7. Memantapkan Memori Otot Mulut
Mulut adalah alat penting untuk komunikasi, tetapi saya sedar saya kurang menggunakannya.
Ini menyebabkan kemahiran komunikasi saya berada dalam kategori lemah.
Satu-satunya cara saya melatih mulut adalah membaca dengan suara jelas.
Saya membaca seolah-olah saya mengucapkan kata-kata dalam buku itu.
Saya konsisten dengan rutin ini setiap hari, dan setakat ini, semuanya berjalan lancar!
Jika Anda ingin melatih otot mulut, cuba baca dengan kuat.
Ia sangat membantu.
8. Menunggu Pertumbuhan eksponen
Saya juga membaca buku kerana termotivasi pada kata-kata Warren Buffett.
Read 500 pages… every day. That’s how knowledge works. It builds up, like compound interest
Saya mesti membaca setiap hari kerana compound interest is real.
Jika Anda ingin mengubah sedikit trajektori hidup Anda, bacalah setiap hari.
Ia akan memajukan hidup anda.
Kesimpulan
Membaca buku itu mudah, tetapi melakukannya secara konsisten dalam jangka panjang memerlukan pendekatan yang SMART.
Salah satu indikasi terbaik untuk konsisten adalah dengan menetapkan sasaran kecil yang tidak boleh ditolak (ridiculously small goal).
Berbanding menyasarkan satu bab sehari, cuba tetapkan untuk membaca setiap hari.
Kerana logiknya begini:
Apabila halangan mental rendah, membaca setiap hari sangat mudah dilakukan, walaupun kita sibuk.
Kemudian muncullah momentum: Biasanya, selepas satu tempoh, kita akan rasa “Saya suka membaca” dan terus membaca sepuasnya.
Akhirnya, kita mencapai Kemenangan Psikologi: Kita berjaya mengekalkan rantaian harian (streak) yang membina identiti diri.
Itulah rahsia konsisten membaca buku.
Oleh itu, mulakan langkah kecil ini hari ini, kerana hasil dan identiti besar anda sedang menunggu di masa hadapan.