Ramai pemuzik amatur percaya bahawa bakat semula jadi adalah satu-satunya kunci untuk menguasai gitar dalam masa singkat.
Tetapi, hakikatnya konsistensi jauh lebih berkuasa daripada bakat.
Ini berlaku kerana momentum kecil setiap hari membina memori otot yang mustahil diperoleh melalui latihan paksa.
Oleh itu, dalam artikel ini saya akan membongkar strategi rahsia yang membolehkan saya kekal bersemangat sepanjang sedekad bermain gitar.
Inilah cara kekal main gitar walaupun sibuk kerja 9-5.

Hari 1: Kalibrasi Bunyi
Setiap kali saya memegang gitar, saya akan memetik semua tali gitar dari tali ke-6 ke tali ke-1.
Saya buat ini untuk memastikan ada kalibrasi bunyi antara tali 6 hingga tali 1.
Biasanya saya menggunakan kalibrasi bunyi gitar standard iaitu E-A-D-G-B-e, sebab majoriti gitaris menggunakan bunyi staandard ini.
Jika bunyi gitar saya tiba-tiba berbunyi E-C-D-G-C-e (dalam erti kata lain, sumbang), saya akan menggunakan aplikasi tuning untuk menetapkannya kepada E-A-D-G-B-e.
Saya menggunakan aplikasi GuitarTuna: Tune & Play Guitar by Yousician Ltd untuk menetapkan bunyi standard.
So, bolehlah gunakan ini untuk mengalibrasikan bunyi gitar ke bunyi standard.
Inilah kebiasaan saya setiap kali mula memegang gitar, iaitu memetik semua tali gitar dari tali 6 ke tali 1.
Kenapa?
Sebab saya mahu melatih telinga saya untuk membezakan bunyi standard dan bunyi random (dalam erti kata lain, sumbang).
Hari 2: Pemilihan Repertoire
Selepas lebih 10 tahun bermain gitar, saya akhirnya merasai kesilapan saya pada mula-mula belajar gitar.
Saya fikir dengan menghafal semua kord, saya akan mudah memainkan apa saja lagu yang ada di dunia ini.
Tapi itu semua hanya membuang masa.
Kenapa saya cakap membuang masa?
Sebab saya terlalu fokus pada penghafalan kord yang merupakan bahagian kecil daripada keseluruhan proses persembahan.
Saya tidak mahu mendengar kord, saya mahu menyanyikan lagu yang saya suka atau orang suka.
Jadi, saya fikir lebih baik untuk fokus pada menguasai Kitaran Penguasaan (Mastery Cycle) berdasarkan lagu kegemaran kita.
Sebab selama bertahun-tahun bermain gitar, saya perasaan;
- Jari saya “hafal” kedudukan tanpa saya perlu melihat papan jari (fretboard).
- Saya menemui kunci suara yang paling selesa bagi lagu kegemaran saya
- Saya mampu mengekalkan tempo dan dinamik dari mula hingga akhir lagu tanpa gangguan.
- Saya mula nampak corak (pattern) dalam kord progresion.
- Saya tidak lagi sekadar “main”, tetapi mula “menjiwai”.
- Saya perasaan kemahiran memilih lagu yang tepat ke hati pendengar ialah tindakan paling genius.
- Jadi kitaran ini memudahkan saya mempelajari lagu lain yang mempunyai kord yang sama pada bila-bila masa.
Cuma satu kesilapan yang paling mengecewakan saya ialah tidak melakukan langkah ini secara konsisten.
Kesannya apabila orang meminta saya menyanyi dan bermain gitar?
Saya tidak dapat menunaikannya kerana saya tiada koleksi lagu-lagu yang sedia untuk dinyanyikan pada bila-bila masa.
Sebab itulah, hari kedua ini saya cadangkan anda memilih lagu dengan bijak.
Hari 3: Peyenaraian Kord
Selepas memilih lagu, saya akan menyenaraikan kord yang terlibat dalam lagu tersebut.
Saya tahu kebanyakan kita tidak suka dengan proses ini sebab rasa membuang masa.
Tapi saya ada mindset untuk memecahkan rekod peribadi dan berkembang secara holistik dalam dunia gitar.
Saya membuat senarai kord yang saya tahu dan berusaha untuk meningkatkan jumlah kord tersebut.
Selain itu, saya juga terfikir untuk membuat senarai lagu untuk dipecahkan sendiri oleh saya.
Saya bersaing dengan diri saya sendiri.
Untuk jangka panjang, saya pasti semakin lama semakin banyak lagu dan kord yang saya kuasai.
Itulah matlamat jangka panjang saya.
Kenapa ini penting?
Sebab saya percaya berlatih tanpa senarai kord ibarat memandu tanpa peta; saya mungkin sampai ke destinasi, tetapi ia akan mengambil masa yang jauh lebih lama dan penuh dengan kesilapan teknikal.
Secara psikologi, menulis atau menyenaraikan sesuatu memudahkan otak untuk menyimpan maklumat.
Saya yakin bahawa dengan melihat senarai kord secara berulang kali sepanjang tahun, saya sedang memindahkan senarai kord tersebut daripada memori jangka pendek ke memori jangka panjang.
Sebab itulah, part ini juga sangat penting, WAJIB untuk perkembangan jangka panjang.
Hari 4: Latihan Statik (Seminggu)
Walau sudah bertahun-tahun bermain gitar, jika bertemu dengan kord baru, saya masih rasa janggal.
So, inilah bahagian di mana selama seminggu, Saya terfikir untuk strum setiap kord baru secara berasingan selama 1 minit setiap hari.
Secara konsisten, saya fokus pada Muscle Memory sahaja.
Saya tidak tukar kord lagi dan cuma memastikan setiap tali berbunyi dengan jelas.
Bayangkan kord D# saya praktis 7 minit dalam masa seminggu.
Simplekan?
Kord-kord yang saya sudah biasa, buat sajalah macam biasa.
Cuma yang kord baru ini saya prioritikan untuk latihan Statik selama seminggu.
Hari 12: Latihan Dinamik (Seminggu)
Selepas seminggu, barulah latihan dinamik.
Gabungkan semua kord mengikut turutan lagu (Chord Progression).
Gunakan Metronome Online untuk memastikan tempo konsisten semasa beralih dari satu kord ke kord yang lain.
Ulang 2 kali sehari pun sudah cukup memadai.
Dalam seminggu saya sudah ulang kord mengikut turutan lagu sebanyak 14 kali.
Bermaksud, jika 1 lagu ada 5 minit.
Saya sudah berlatih latihan dinamik dan kord baru selama 1 jam 10 minit seminggu.
Hari 20-28: Latihan Integrasi Skill dengan Vokal
Saya sebenarnya belum pernah pun sampai ke tahap ini, tapi tiba-tiba terfikir menulis konten untuk blog.
Selepas latihan statik dan latihan dinamik, kini tiba masanya untuk menjadikannya sebagai satu seni yang mampu memukau pendengar.
Semua skill yang telah diasah pada hari-hari sebelumnya cuba digabungkan dengan vokal kita.
Mulakan cubaan menyanyi sambil memetik gitar.
Jika keliru, gunakan teknik “Humming” (bergumam) terlebih dahulu sebelum memasukkan lirik penuh.
Saya tahu part ini juga kebanyakan orang akan struggle sebab mencari kombinasi yang mampu memukau pendengar.
Tapi jangan risau, biasanya selepas 8 hari berlatih, makan, tidur, dan bangun, kita manusia akan menujukkan perkembangan semula jadi.
So, lalui saja proses ini seperti sebahagian daripada hidup kita, hasilnya akan berbuah sendiri.
Kesimpulan
Saya menulis artikel ini bukan sekadar untuk berkongsi teknik, tetapi untuk membantu anda membina repertoar yang solid.
Setiap langkah dalam Mastery Cycle ini adalah pelaburan jangka panjang.
Bayangkan, dalam tempoh 10 tahun, anda akan memiliki 120 lagu yang dikuasai sepenuhnya, cukup untuk sebuah konsert selama 8 jam!
Secara matematik, jika paksi-x adalah masa dan paksi-y adalah ilmu anda, garisan graf anda akan sentiasa mendaki tanpa henti.
Membina repertoar yang hebat bukan kerja satu hari. Ia memerlukan disiplin yang kental.
Cuma persoalannya, adakah anda konsisten?