Apabila keluar suara ‘Justice for Zara’ di sosial media, ia mengingatkan saya untuk terus mengatasi kelemahan diri. Saya tidak tahu kronologi penuh tentang kes ini, tapi berita ini membuatkan perkataan BULI menjadi begitu tebal dalam fikiran saya. Saya tidak mahu dibuli, dan saya tidak mahu membuli. Untuk mencapai itu, saya perlu terus menguatkan diri sendiri. Tapi dalam usaha menguatkan diri, ditambah pula dengan tanggungjawab sosial, saya burnout bulan ini. Kesannya, prestasi kerja menurun, susah fokus dan mudah lupa. Mujurlah komitmen pada blog ini membuat saya kembali ke haluan konsisten dan kemajuan. Saya belajar tentang burnout dan berikut ini adalah beberapa perkara yang saya pelajari tentangnya.
1. Jangan lupa Matlamat Utama
Salah satu perkara yang paling bahaya ketika burnout ialah lupa Matlamat utama. Ramai orang rasa bila burnout, itu tanda mereka malas atau tidak layak berjaya. Sebenarnya tidak. Burnout sama seperti sakit otot selepas bersenam. Dan sakit itu adalah bukti anda sedang bina kekuatan baru. Ingat! konsistensi tidak lahir daripada kesempurnaan, tetapi daripada keberanian untuk teruskan walaupun penat. Inilah yang saya katakan pada diri saya ketika saya burnout menghasilkan konten setiap hari. Dan dengan menyedari perkara ini, menandakan anda seorang yang SMART.
2. Rahsia Konsisten: Muncul Walaupun Tak Ada Mood
Konsisten ketika semangat tinggi itu mudah. Yang sukar dan inilah rahsianya ialah tetap muncul ketika burnout. Contohnya, seorang penulis yang hanya menulis satu ayat sehari ketika burnout, akhirnya tetap menyiapkan buku. Sebab itu, konsistensi bukan tentang kuantiti, tetapi ketekunan jangka panjang. Begini caranya;
3. Buat Versi Minimum
Ketika burnout, jangan cuba buat besar-besar. Buat minimum version.
- Biasanya jogging 5km? Waktu burnout, jalan kaki 500m pun cukup.
- Biasanya tulis 1 artikel? Waktu burnout, tulis 3 ayat pun cukup.
- Biasanya belajar sejam? Waktu burnout, buka nota 5 minit pun cukup.
- Biasanya post konten setiap hari? Waktu burnout, post sekali seminggu pun cukup.
Rahsia konsisten adalah ini: Jangan berhenti terus. Walaupun kecil, tetap bergerak.
4. Burnout Sebagai Kawan, Bukan Musuh
Jangan lawan burnout. Jadikan ia isyarat untuk rehat, refleksi, dan atur semula langkah. Macam pelari marathon yang berhenti minum sekejap sebelum teruskan larian. Atau memperlahankan Pace larian agar pembahagian tenaga kekal sehingga ke garian penamat. Dengan cara ini, burnout bukan penghalang, tapi sebahagian strategi konsisten.
5. Identiti Konsisten Lebih Penting Dari Semangat
Kalau kau cuma bergantung pada semangat, burnout akan menghentikan kau. Tapi kalau kau bina identiti “Aku orang yang konsisten”, kau akan teruskan walaupun mood hilang. Konsisten bukan apa yang kau rasa. Konsisten ialah siapa kau sebenarnya. Itulah yang saya katakan pada diri saya bila saya tidak dapat post konten setiap hari seperti yang saya mahukan.
Kesimpulan
Rahsia konsisten bukan pada hari kau penuh tenaga, tapi pada hari kau burnout. Jika hari paling berat pun kau masih show up, itu bukti kau pemenang sebenar. Ingat, kejayaan bukan milik mereka yang paling hebat. Ia milik mereka yang paling sabar. Saya harap perkongsian ini dapat memotivasikan anda mencapai matlamat jangka panjang. Jumpa lagi bulan depan! dan Merdeka 3X!