Kebebasan kewangan berlaku bila pendapatan pasif melebihi perbelanjaan.
Maksudnya kita menyara hidup bukan dari pendapatan aktif tapi dari pendapatan pasif. Ini adalah situasi dimana aset atau sistem bekerja tanpa kehadiran kita secara fizikal. Tapi untuk mencapai ini, kita perlu memiliki aset atau sistem yang bernilai RM900,000.
Bagaimana untuk mencapainya?
Cara tercepat untuk mencapainya ialah dengan memiliki RM900,000 hari ini. Bukan secara fizikal tapi secara mental. Dengan mental RM900,000 ini, kita akan belajar untuk bertahan agar duit ini tidak hilang sekelip mata.
Saya sendiri pun tidak percaya dengan ini.
Tapi, selepas membaca 3 buku di bawah ini, kepercayaan saya naik 80% kerana melihat ciri-ciri ini pada orang-orang kaya seperti Dato’ Seri Aliff Syukri dan Dato’ Sri Vida dan Warren Buffett.
- Think and Grow Rich – Napoleon Hill
- Cashflow Quadrant: Guide to Financial Freedom – Robert Kiyosaki
- The Intelligent Investor – Benjamin Graham
Tapi saya tahu 80% itu tidak cukup, saya perlu bertindak 20% lagi untuk memiliki aset atau sistem yang bernilai sebanyak itu. Persoalannya sekarang ialah apakah tindakan yang mewakilli 20% itu?
Ini jawapannya..
Menyedari dunia realiti
Ketika saya sedang menyiapkan tugas hakiki saya, tiba-tiba masuk mesej; San, nanti bulan ni habis, awak kena tambah duit sewa 30 lagi.
Pada saat ini, saya sedar realiti telah berubah. Perbelanjaan saya meningkat, manakala Cashflow saya berkurang. Kebenaran itu menyakitkan, begitu juga realiti.
Apabila diukur, saya masih jauh dari kebebasan kewangan sebab pendapatan aktif pun masih belum dapat menampung perbelanjaan, apalagi pendapatan pasif.
Tapi, saya bersyukur sebab menyedari realiti ini. Dari realiti inilah yang membuatkan saya konsisten untuk mencapai tahap pertama kebebasan kewangan.
Apakah tahap pertama kebebasan kewangan? Teruskan membaca untuk mengetahui jawapannya.
Memperbetulkan mindset tentang kebebasan kewangan
Dikelilingi wanita cantik sambil membelanjakan wang sebebas-bebasnya.
Saya selalu membayangkan situasi ini bila mendengar perkataan kebebasan kewangan. Tapi selepas membaca buku Cashflow Quadrant: Guide to Financial Freedom, sudut pandang saya berubah dari segitiga, menjadi pentagon. Saya mula melihat wanita sebagai liabiliti.
Kenapa?
Sebab Aset ialah sesuatu yang boleh menjana wang. Sebaliknya wanita cantik ialah liabiliti yang menghabiskan wang. Selain itu, saya mula melihat kebebasan kewangan sebagai satu perjalanan dalam 2 tahap yang konsisten.
Tahap pertama ialah mencapai cashflow positif.
Maksudnya PENDAPATAN sentiasa melebihi PERBELANJAAN. Tahap ini mudah dicapai oleh sesiapa saja kerana hanya memerlukan kemahiran asas ini;
- Memiliki pendapatan – buat kerja yang di bayar gaji
- Pengurusan perbelanjaan – lindungi gaji dari habis sepenuhnya
Kemudian, tahap terakhir ialah memiliki aset yang menjana wang.
Maksudnya aset kita menanggung perbelanjaan kita. Tahap ini tahap yang paling susah kerana memerlukan kemahiran asas seperti ini;
- Mengenali nilai – tahu apa yang bernilai dan kenapa.
- Menukar usaha kepada pemilikan – kontrak, saham, hak milik
- Disiplin menunggu hasil – tidak menjual terlalu awal
- Pengurusan risiko – lindungi daripada kerugian besar
- Pemikiran jangka panjang – aset dibina, bukan dijangka.
Sejujurnya saya belum lagi mencapai tahap terakhir ini kerana masih lemah di kemahiran no 1, 2, 3 dan 4. Walau bagaimanapun, saya membayangkan di tahun-tahun seterusnya kemahiran ini akan terus maju berkembang dalam diriku.
Jadi, datanglah ke blog ini setiap bulan kerana saya akan kongsikannya disini.
Memperbetulkan mindset tentang membuat duit online
Tahap pertama membuat duit online ialah memiliki Nilai dan Harga.
Saya menyedari perkara ini selepas 10 tahun mengusahakan blog. Konten yang bernilai dan berharga menukarkan tenaga kreator kepada aset. Semakin banyak nilai yang diberikan semakin meningkat harga aset yang dimiliki. Oleh itu, mulakan perniagaan online dengan “satu nilai satu harga” hari ini.
Tahap terakhir ialah memiliki Sistem yang bergerak sendiri.
Sistem yang bergerak sendiri mengubah mindset kreator daripada “pekerja” kepada “pemilik”. Saya bersyukur membaca buku Cashflow Quadrant: Guide to Financial Freedom kerana menyedarkan saya tentang sistem dan risiko. Bila kreator memiliki mindset “pemilik”, kesilapan kecil tidak menghancurkan segalanya kerana sistem menyerap kesilapan tersebut.
Bagaimana? Data dikumpul dan Penambahbaikan dibuat. Akhirnya nilai terus meningkat.
Berbeza dengan mindset “pekerja” yang merasa kesilapan kecil boleh menghancurkan segalanya kerana takut dibuang kerja. Sedangkan, jika mereka memahami sistem kerja majikan mereka, mereka akan baik-baik saja. Malah mereka mungkin dapat memberikan lebih banyak nilai kepada majikan mereka. Yang akhirnya menguntungkan majikan mereka.
Oleh itu, binalah sistem sendiri untuk menyampaikan nilai dan harga yang anda miliki hari ini.
Bagaimana cara buat duit online secara konsisten untuk kebebasan kewangan?
Saya sudah kongsikan tentang realiti, mindset kebebasan kewangan dan membuat duit online. Sekarang saya akan kongsikan cara atau rutin yang boleh diamalkan.
1. Bayangkan satu sistem dalam kepala
Kenapa perlu membayangkan sistem?
Supaya kita dapat mencipta laluan neural awal. Walaupun sistem itu belum wujud di dunia sebenar, otak sudah “berlatih” melaluinya. Neuron yang diaktifkan bersama akan mula bersambung.
Inilah asas kepada tabiat dan konsistensi.
Saya ambil contoh Sistem Suria. Bayangkan dalam sistem suria, semua objek bergerak mengelilingi Matahari dalam orbit elips.
Letakkan matlamat kita pada Matahari, dan objek-objek yang mengelilinginya secara konsisten sebagai tindakan-tindakan kita.
Katakanlah, matlamat permulaan kita ialah memiliki pendapatan pasif $25 sebulan dengan melakukan 3 tindakan asas yang akan dicadangkan di bawah.
2. Tentukan kekerapan penerbitan konten
Disebabkan kita penduduk bumi, kita ikut rentak bumi.
Bumi mengambil masa 1 tahun untuk mencapai 1 pusingan lengkap mengelilingi matahari. Dan sementara bumi berusaha menyiapkan 1 tugasnya, cari masa yang terluang untuk post 1 konten.
Kita ada 365 hari, 52 minggu, 12 bulan dalam setahun.
Pilih satu masa untuk terbitkan 1 konten. Tapi ingat, pertimbangkan juga sistem lain yang ada di bumi, pastikan orbitnya tidak clash. Kita ambil contoh kekerapan penerbitan ialah 1 konten setiap bulan. Dengan 1 konten ini, buatkan nilainya setaraf dengan harga $25.
Saya tidak tahu bagaimana anda melakukannya, tapi ia mesti bermula dengan 3 tindakan asas ini.
3. Lakukan 3 tindakan asas ini
Bayangkan bentuk segitiga yang bergerak dari titik A ke titik B.
Pasti susahkan? Ya, memang susah pada mulanya kerana kita perlu angkat untuk mengerakkan segitiga tersebut. Sebenarnya, setiap sudut segitiga itu mewakili 3 tindakan ini;
- Cari masalah yang hendak diselesaikan
- Menulis konten penyelesaian
- Klik butang Publish.
Tapi, percayalah semasa kita sedang melakukan 3 tindakan asas ini pasti ada sudut baru yang terbentuk.
Maksudnya pergerakkan kita dari titik A ke titik B semakin hari semakin senang.
Sudut pandang kita akan mula membentuk segitiga, segi empat sama, pentagon, heksagon, heptagon, oktagon dan seterusnya hingga akhirnya membentuk bulatan.
Oleh itu, mulakan sahaja dengan 3 tindakan asas ini.
(Tips! semasa menulis konten penyelesaian, cadangkan produk affiliate yang komisennya ialah $25)
4. Tetaplah Konsisten sehingga mencapai tahap terakhir kebebasan kewangan
Tiada siapa yang memuji bumi yang konsisten mengelilingi matahari. Ia komited dengan tugasnya untuk memastikan manusia mengalami siang dan malam. Tapi akhirnya muncul orang seperti saya memuji sifat konsisten bumi.
Ini hanya contoh ya. Contoh.
Semua pencapaian manusia hari ini berlaku kerana bumi mengelilingi matahari. Bayangkan, jika bumi berhenti mengelilingi matahari, pasti banyak sistem yang mati.
Poin yang saya ingin sampaikan ialah jika kita konsisten post konten seperti bumi, kita dapat membantu orang lain yang bermasalah.
Biarkan konten kita berintegrasi dengan berbilion lagi konten lain yang ada di internet. Kita cuma perlu memastikan setiap konten kita memiliki nilai dan harga. Jika kita konsisten melakukannya setiap bulan selama setahun, hasil paling realistik yang boleh dicapai ialah pertambahan $25 pada pendapatan pasif kita.
Dan saya percaya nilai dan harga itu akan meningkat setiap tahun asalkan kita konsisten.
Kesimpulan
Kebebasan kewangan bukan hanya tentang Impian, tapi ia melibatkan sistem.
Begitu juga dengan cara buat duit online bukan tentang “klik dan dapat”. Ia tentang membina identiti digital dan sistem yang menyelesaikan masalah pelanggan. Jika kita konsisten seperti sistem suria, masalah kecil yang selesai hari ini akan menjadi sumber pendapatan pasif kita.
Dan di situlah bermulanya titik peningkatan pendapatan pasif yang akhirnya membawa kita ke tahap terakhir kebebasan kewangan.