Adakah anda ingin menjadi pelabur yang hebat? Atau adakah anda ingin mengetahui tabiat-tabiat untuk menjadi pelabur yang hebat. Dalam artikel ini, saya akan mengongsikan perkara-perkara yang saya suka tentangnya.
Hari ini saya akan mengongsikan ulasan saya tentang Warren Buffett. Saya menulis ulasan ini berdasarkan dokumentari yang dibuat oleh ADVEXON TV. Pada saat saya menulis ulasan ini, Advexon TV mempunyai sekitar 372,000 pengikut di channel Youtube mereka, dan video ini sendiri telah mendapat 3,266,899 tontonan dengan 37,000 like, 1,000 dislike.
Angka yang positif ini menyebabkan saya suka mengambil video ini sebagai rujukan untuk mengulas tentang siapa Warren Buffett dan apa yang kita boleh belajar dari dia. Kamu mungkin teringin untuk menonton sendiri dokumentari yang saya maksudkan ini, jika demikian, bolehlah menonton dari video dibawah ini. Tapi, jika kamu ingin melihat ulasan saya tentang Warren Buffett, kamu boleh langkau video ini dan terus ke ulasan saya.
Apa yang Warren Buffett Suka?
- Suka berkerja dengan orang yang sama.
- Menyukai perkataan FOKUS, perkataan ini adalah sebahagian dari personalitinya.
- Bila menyukai sesuatu, dia akan membaca, bercakap dan berjumpa dengan orang yang berkaitan.
- Dia tidak tahu banyak tentang masakan dan seni.
- Tapi, dia sangat baik dan memahami selok-belok perniagaan.
- Dia suka berjalan dan berfikir penyelesaian masalah
- Dia suka menyendiri pada kebanyakkan masa.
Semoga dengan membaca artikel ini, anda akan menjadi lebih bijak dalam melabur. Teruskan belajar dari orang-orang yang telah berjaya dalam dunia pelaburan kerana maklumat yang baru mungkin membantu anda membuat pilihan yang baik ketika melaburkan wang anda.
Baca juga 10 Blogger Indonesia Yang Terkenal Dan Berjaya