Jika anda tertanya-tanya, bagaimana cara untuk memulakan sebuah blog. Nah. Disini, pada hari ini, saya akan mengongsikan cara untuk membuat blog seperti paparan di atas. Selepas ini, anda boleh mengembangkan blog ini sehingga mampu menjanakan pendapatan untuk anda pada masa depan. Inilah cara termudah untuk memulakan blog dengan Blogger.
1. Login ke Blogger
Jika ini adalah kali pertama anda
login ke blogger, anda akan menjumpai paparan seperti ini. Anda akan melihat pernyataan “Welcome to Blogger”. Disini, pada petak kosong yang bertanda merah itu, isikan nama pena anda.
Bagilah nama yang manis dan senang untuk dingat, supaya pembaca akan datang berulang kembali ke blog anda. Contohnya saya menggunakan nama pena Santro, akan keluar seperti dibawah tajuk artikel ini iaitu Written By Santro. Selepas memasukkan nama pena, klik Continue to Blogger.
2. Pada sebelah kiri, cari klik Panah Ke Bawah
Langkah kedua ialah mencari panah yang menghala ke bawah pada bahagian sebelah kiri paparan skrin anda. Anak panah itu kecil saja. Jika anda tidak menjumpainya, silakan terus melompat ke langkah ke-3, anda akan menjumpainya di sana.
3. Klik New Blog
Sila klik pada paparan yang bertanda merah untuk mulakan proses membina blog anda. Anda boleh juga mengklik Create New Blog di bawah mesin taip yang berwarna jingga itu. Klik sekali saja dan anda akan terus dibawa ke paparan pada langkah ke empat.
4. Masukkan Nama Blog
Okey Good Job, anda hampir kepada kejayaan untuk membina blog. Sekarang masukkan nama blog anda. Perlu diingat, dalam memilih nama blog, saya mencadangkan untuk menggunakan nama sendiri ,jika anda mahu mengisi berbagai-bagai topik dalam blog anda.
5. Masukkan Alamat Blog atau URL
Selepas memilih nama blog. Sekarang, masukkan nama blog ke ruangan Address. Sila pilih nama yang masih belum digunakan oleh orang lain. Sekiranya nama anda sudah digunakan oleh orang lain, sila kembali semula ke langkah ke-4 untuk memilih nama yang lebih menarik pada pandangan anda.
6. Pilih Template
Selepas memilih nama dan alamat URL blog, sekarang pilih template yang bernama “Contempo”. Ingat, ini hanya permulaan, anda boleh mengubah templatenya apabila sudah mempunyai template yang paling anda sukai. Seperti template blog saya ini.
7. Klik “Create Blog”
Selepas memilih template Contempo. Anda perlu mengklik butang “Create Blog” seperti pada gambar yang bertanda merah dibawah ini.
8. Lihat Hasil Blog
Untuk melihat hasil blog yang anda baru saja belajar tadi. Sila lihat gambar di bawah dan klik pada link “View Blog”. Anda akan dibawa ke tab yang memaparkan blog anda.
Kesimpulan
Sekarang, anda sudah mempunyai blog sendiri. Tugas selepas ini ialah mengisinya dengan teks dan gambar. Bagaimana untuk mengisi blog dengan teks dan gambar? Saya telah pun menyediakan jawaban untuk persoalan anda itu. Jawaban itu anda boleh cari melalui artikel saya yang bertajuk Siapa Yang Mahu Belajar Tabiat Blogging Saya?.