SantroSondy.com

Menu
  • Home
  • Lirik Lagu
  • Senarai
  • Tutorial
Home
Uncategorized
Trafik dan Konten Blog Bulan Jun Bagi SantroSondy.com

Trafik dan Konten Blog Bulan Jun Bagi SantroSondy.com

Santro Sondy July 1, 2021

Trafik dan konten blog SantroSondy.com bagi bulan Jun 2021 dilihat sederhana kerana masih ada lagi yang lebih baik dari bulan sebelum ini. Mungkin kerana saya sangat sibuk dengan urusan kerja hakiki hingga saya tidak dapat menghasilkan konten untuk mewarnai blog ini. Walau bagaimanapun, pada hari ini, 1 Julai 2021, saya ingin mengongsikan beberapa pencapaian yang blog ini telah capai sepanjang bulan ini. Selain pencapaian (walaupun pencapaian taklah cantik sangat), saya juga akan mengongsikan apa yang saya lakukan untuk mencapai pencapaian ini. Baiklah, tanpa membuang masa lagi, mari saya kongsikan pencapaian blog saya untuk bulan jun 2021.

Trafik dan Konten Blog Bulan Jun Bagi SantroSondy.com

trafik blog bulan jun 2021

Ulasan Ringkas Trafik dan Konten Blog Bulan Jun

1. Menerima 753 Trafik

Bulan jun ini saya telah menerima 753 Trafik. Dan trafik tertinggi yang diterima oleh blog saya pada bulan ini adalah 50 orang pada 28 Jun 2021. Peningkatan ini disebabkan saya menghantar jemputan kepada rakan-rakan Facebook untuk like facebook page saya. Saya yakin, mereka telah melawat blog saya selepas like dan follow Facebook page saya. Dan Trafik terendah yang dicapai blog ini adalah 12 orang pada 19 Jun 2021.

2. Menerbitkan 309 Konten Blog

Bulan Jun ini merupakan bulan yang suram bagi blog ini kerana saya hanya menerbitkan 2 konten baru iaitu pada 9 dan 16 Jun. Saya terlalu sibuk pada bulan jun ini sebab itulah saya tidak dapat menyediakan konten setiap hari. Namun, dengan 2 konten baru ini, blog ini akhirnya berjaya menerbitkan 309 buah konten secara keseluruhannya.

3. Rangkaian Sosial Media

Saya juga menghubungkan blog saya dengan laman-laman sosial seperti di bawah ini. Saya tidaklah aktif sangat dalam setiap website ini, cuma saya mahu blog saya terhubung dengan platform yang popular ini. Satu lagi, saya menggunakan Hootsuite untuk menjadualkan update saya untuk beberapa sosial media di bawah ini. Manalah tahukan dari satu-satu sosial media ini saya boleh dapat 2-3 trafik sehari. Kalau dapat macam itu pun saya sudah cukup bersyukur.

  1. Facebook
  2. Twitter
  3. Instagram
  4. Youtube
  5. Tiktok
  6. LinkedIn
  7. Pinterest
  8. Google

Kesimpulan

Inilah Trafik dan Konten Blog SantroSondy.com untuk bulan jun 2021. Semoga pada bulan julai ini, saya boleh lakukan sesuatu agar konten dan trafik meningkat lebih baik dari bulan jun ini. Bagi rakan-rakan yang mempunyai blog, jangan lupa teruskan mengemaskini blog anda kerana ada banyak peluang yang boleh dicipta dari blog yang anda miliki sekarang. Sekian laporan bulan ini. Jumpa bulan depan.

Share
Whatsapp
Tweet
Linkedin
Telegram
Email
Prev Article

Recent Posts

  • 3 Strategi untuk Membina Tabiat Baik, Menurut James Clear
  • 31 Contoh Ayat Aktif
  • 31 Ayat Ayat Sweet
  • 10 Aksesori Mudah Alih yang Wajib Dimiliki
  • 31 Tips Untuk Membuat Hari Ini Lebih Baik dari Semalam

Tags

ayat bahagia Baju belajar berjaya blogger buku cinta google janji jenama kasih kata kata kehidupan kereta kerja komunikasi konsisten malaysia otak pelajar pelanggan perniagaan rindu rumah sahabat sakit sayang SEO setia tiktok twitter universiti wang wanita youtuber

SantroSondy.com

Copyright © 2023 SantroSondy.com
About | Contact | Privacy Policy | Disclaimer