Hi guys, hari ini saya akan berkongsi 5 tips untuk menulis tajuk artikel yang menarik.
Saya menulis artikel ini kerana merasa kemahiran saya menulis tajuk telah menjadi lebih baik berbanding pada tahun lalu.
Apa yang akan saya tunjukan selepas ini merupakan hasil pembelajaran selama 1 tahun.
Tanpa membuang waktu lagi, mari kita sama-sama belajar 5 tips menulis tajuk artikel yang menarik.
Ivan Samkov / Imej Pexels
1. Sentiasa Gunakan Nombor
Nombor membantu pembaca kita fokus.
Dengan meletakkan nombor pada tajuk, ini akan memberikan pembaca kita satu tujuan yang jelas.
Selain itu, pembaca kita juga akan mempunyai banyak pilihan idea untuk mereka aplikasikan mengikut keperluan mereka.
Contohnya seperti kebanyakkan tajuk artikel yang ada dalam blog saya ini mempunyai nombor didalamnya.
2. Manfaatkan Blog Title Generator
Blog title generator memberi kita idea tajuk artikel yang evergreen dan menarik perhatian pembaca kita.
Selain itu, ia juga membantu menjimatkan masa kita untuk menghasilkan satu artikel.
Ada banyak title generator yang ada di internet, berikut ini adalah antara yang terbaik;
Walau bagaimanapun, generator ini hanya membantu menjana tajuk dalam bahasa inggeris.
Sekiranya kita menggunakannya, kita kena menggunakan Google Translate untuk menerjemahkannya ke dalam bahasa Malaysia.
Contohnya, kita boleh lihat pada tajuk-tajuk artikel yang ada dalam blog saya ini, asalnya tajuk-tajuk ini dalam bahasa inggeris namun saya telah menerjemahkannya dan mengeditnya agar kedengaran semula jadi bagi pembaca-pembaca yang berasal dari Malaysia.
3. Membawa pembaca mencapai satu matlamat
Pasanglah niat untuk membawa pembaca mencapai satu matlamat dalam satu masa.
Dengan memasang niat seperti ini, kita akan sedaya untuk membantu pembaca bergerak maju selangkah lebih baik daripada sebelum mereka menemui blog kita.
Selain itu, kita juga akan memberikan pembaca kita perasaan Accomplishment, yang memungkinkan mereka berulang-alik ke blog kita.
Oleh itu, usahakanlah untuk menulis tajuk yang dapat menyelesaikan satu masalah dengan pelbagai cara yang mungkin berkesan bagi setiap pembaca setia kita.
Baca juga: 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun
4. Masukkan jenama pada tajuk
Tips menulis tajuk menarik yang ke-4 ialah memasukkan Jenama atau nama blog kita di hujung tajuk bernombor kita.
Ini adalah cara untuk mengukuhkan trafik Jenama kita untuk jangka masa yang panjang.
Kita kena sedar, ada ramai penulis blog di dunia ini, apa yang membuatkan sesuatu blog itu lebih baik dari yang lain adalah kerana JENAMA.
Kuasa Jenama itu sangat Hebat, itulah yang membuatkan jenama kasut seperti Nike begitu menonjol dalam dunia kasut, sedangkan ada banyak usahawan kasut yang ada di MALAYSIA.
5. Gunakan alat Pratonton
Bagi blogger yang tidak menggunakan WordPress, dicadangkan untuk menggunakan alat Pratonton.
Ini supaya tajuk artikel kita dapat dilihat sepenuhnya ketika berada dalam enjin carian Google.
Saya cadangkan untuk menggunakan alat pratonton dari Moz.
Dengan alat ini kita boleh menulis tajuk sepanjang yang boleh NAMUN bperlu erhenti setelah 3 titik seperti ini ( … )muncul.
Kesimpulan
Tajuk yang baik bukan saja menarik perhatian pembaca pada masa kini, tetapi juga menarik perhatian pembaca pada masa depan.
Kemahiran ini paling berharga untuk blog kita pada masa depan.
Oleh itu, hidupkanlah tips-tips ini dalam kehidupan blogging kita agar manfaatnya dapat dituai pada masa depan.
Semoga bermanfaat.