Template blogger terbaik bukan saja memotivasi kita menulis, malah turut membantu meningkatkan pelawat ke blog kita.
Apalagi kalau sudah mencapai satu ribu pelawat setiap hari, pasti mencerahkan lagi harapan kita untuk menjana pendapatan lumayan pada masa depan.
Tidak mudah sebenarnya untuk mendapat satu ribu pelawat dalam sehari, tapi sebagai blogger yang tekun, kita usahakan sahaja mana yang mampu dilakukan demi memperbaiki pengalaman pembaca di blog kita.
Pastinya selepas mengantikan template blog, kita sebagai penulisnya akan menjadi positif, sama seperti yang berlaku pada saya sendiri.
Tertanya-tanya bagaimanakah cara memilih blogger template yang terbaik untuk blog kita, berikut adalah 5 Tips memilih template terbaik untuk blog kita.
Credit: 200degrees
1. Masa memuatkan halaman
Tiada siapa yang menyukai blog yang lambat.
Template yang berkecepatan tinggi dapat melayani pembaca dalam beberapa saat tanpa membuatkan mereka menunggu terlalu lama.
Cara untuk menguji kecepatan penjanaan template adalah dengan memeriksa secara online dari Pagespeed Insights.
Dan lihat; Jika skornya;
- Dari 1 hingga 49 dianggap LAMBAT
- 50 hingga 89 dianggap SEDERHANA
- 90 hingga 100 dianggap LAJU
Oleh itu, ketika memilih template blog, gunalah template yang laju masa pemuatannya.
2. Mesra telefon bimbit
Kini ramai orang yang melayari internet melalui telefon bimbit.
Template yang mesra telefon bimbit dapat melayani semua pelawat blog kita yang menggunakan telefon bimbit.
Oleh itu, ketika memilih template blog, pilihlah yang mesra telefon bimbit.
Baca juga: 31 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun
3. Responsif pada semua skrin
Responsif adalah pendekatan untuk reka bentuk web yang menjadikan laman web dapat dipaparkan dengan baik pada pelbagai peranti dan ukuran tetingkap atau skrin.
Template yang bagus adalah template yang tetap sedap dilihat walaupun diakses dimana-mana saiz skrin peranti.
Template yang responsif akan membantu kita melayan pembaca dengan baik dan konsisten.
Oleh itu, ketika memilih template blog, pilihlah template yang responsif pada semua skrin.
4. Navigasi yang Jelas
Di dalam dunia web, Navigasi adalah petunjuk arah dari satu halaman ke satu halaman lain dalam sebuah website.
Ini sangat penting supaya pengguna dapat mencari maklumat yang mereka perlukan di blog kita.
Oleh itu, ketika memilih template, pastikan butang navigasi bukan saja jelas, tapi menarik untuk dilihat.
5. Mesra SEO
Template SEO dapat membantu meningkatkan populariti sesebuah blog dimata Google, jadi dengan menggunakan template yang mesra SEO, pekerjaan kita akan menjadi lebih mudah.
Bagi pengguna platform Blogger, anda boleh memilih template untuk blog anda di Btemplates.
Sekali imbas, ada banyak template yang menarik dari website ini, salah satu daripadanya ialah Ignite yang mempunyai reka bentuk responsif.
Kesimpulan
Blogger yang memilih template yang betul pasti akan dapat memberikan pengalaman yang hebat kepada pelawatnya.
Saya lebih suka memilih template yang mempunyai penjanaan yang cepat, supaya pelawat juga dapat maklumat dengan cepat.
Diharap kita dapat memilih template yang bagus secepat mungkin supaya dapat menjana pendapatan secepat yang mungkin.
Semoga bermanfaat.