Kita mungkin bekerja di Singapura dan ingin meluangkan hujung minggu kita di KL atau selangor.
Namun, kita tidak sempat untuk menukarkan wang sebelum masuk ke Malaysia.
Jangan risau kerana dalam artikel ini akan dikongsikan 10 tempat money changer yang ada di KL dan Selangor.
Berikut ini adalah ulasannya.
Mikhail Nilov / Imej Pexels
1. My Money Master, Midvalley
Apabila bercakap tentang pertukaran mata wang asing, pengurup wang ini sepatutnya yang pertama timbul dalam fikiran setiap Traveler, kerana ia adalah salah satu yang menawarkan harga yang paling murah.
Terletak di LG040-Centre Court di Midvalley Mall, kedai ini sentiasa penuh dengan orang ramai yang beratur panjang, walaupun kadangkala sampai 5 kaunter terpaksa dibuka.
Pertukaran Riyal dan USD adalah yang terpantas akan habis di sini!
2. MV Forex, Midvalley
MV Forex sentiasa menjadi pilihan kedua apabila pelanggan terlalu malas untuk berdiri dalam barisan My Money Master yang panjang kerana ia terletak di sebelah.
Walaupun bagaimanapun, penukarannya agar murah juga.
Jadi pilihlah mana yang berkenan, ok!
Baca juga: 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun
3. Vital Rate, Pavillion
Sebenarnya terdapat banyak cawangan Vital Rate seperti Suria KLCC, Sungei Wang Plaza dan KL Sentral, tetapi kadar pertukaran di cawangan Pavillion yang terletak di Aras 1, Lot 1.24.00 dikatakan paling murah dan terbaik.
4. Max Money, Sungei Wang Plaza
Max money mempunyai beberapa cawangan seperti di Maluri, Midvalley dan Port Klang.
Tetapi, Money changer di Sungei Wang Plaza yang terletak di Aras LG153 ini juga yang dikatakan menawarkan tukaran paling murah.
5. Sky Xchange, Jalan Masjid India
Di Jalan Masjid India terdapat banyak money changer, tapi yang termurah adalah Sky Xchange.
Ia sederet dengan kedai-kedai yang menjual fabrik dan pakaian serta terletak tepat-tepat di bawah kedai Pengedar Alat Jahitan Boon Trading.
6. Antara Duit, Avenue K
Seperti sebelum ini, cawangan Antara Duit berada di pusat beli-belah di Ampang Park, tetapi sejak bangunan itu dirobohkan, kita boleh pergi ke pejabat pertukarannya yang kini berada di Avenue K, Lot C7, Concourse Level.
7. Jalinan Duta, NU Sentral
Jangan keliru kerana terdapat 2 Jalinan Duta di KL Sentral dan NU Sentral.
Tetapi kebanyakan pelancong lebih suka menukar wang di cawangan NU Sentral kerana ia dikatakan lebih murah sedikit daripada KL Sentral.
8. Global Millenium Trading, IOI City Mall
Bagi yang berada di kawasan Kajang, Bangi dan Putrajaya, boleh singgah ke IOI City Mall, Alamanda dan cari money changer ini dengan nama singkatan GMT yang terletak di tingkat LG nombor 43C.
9. Spectrum Forex, Sunway Pyramid
Terdapat juga pejabat pertukaran di kawasan Sunway City yang dipanggil Spectrum Forex di mana kita boleh menukar mata wang pada kadar terbaik dan termurah.
Ia terletak di Aras LG2-61.
Disini kena bersabar sikit kerana orang ramai selalu beratur panjang.
10. NS Cashpoint, Sentul Boulevard
Inilah antara money changer terbaik yang ada di kawasan Gombak dan Sentul kerana di sini banyak disediakan note wang kecil untuk kemudahan pelanggan-pelanggannya.
Kesimpulan
Selepas mengetahui nama-nama perniagaan money changer, bolehlah gunakan Google map untuk menuju ke tempat tersebut membuat penukaran wang.
Ini akan memudahkan kita untuk membeli-belah di Malaysia.
Demikianlah informasi lengkap yang mengulas money changer yang ada di KL dan Selangor.
Untuk Traveling dan mencari money changer yang sesuai dengan hati kita memang tidak mudah.
Namun, bagi orang yang bertekad dan konsisten boleh menjadi mudah apa lagi kalau kita tahu caranya.
Dapatkan lebih maklumat tentang Traveling dengan mengklik link Faizal Fredley.