Belajar tabiat blogging orang lain membantu anda meningkatkan kekurangan tabiat blogging anda. Disini saya kongsikan tabiat saya berblog. Sepatutnya, rutin ini adalah rahsia. Tapi sekarang, ia bukan lagi rahsia, kerana saya akan mengongsikan tabiat blogging saya ini, khusus untuk sahabat-sahabat blogger di luar sana. Inilah susunan langkah, yang saya lakukan, setiap kali menulis. Artikel ini adalah pelengkap bagi artikel saya sebelum ini yang bertajuk Cara Menulis Artikel Menarik Untuk Blog. Yang menariknya, dalam artikel ini, anda melakukan 90% sama dengan langkah-langkah yang saya gunakan ketika menulis artikel.
Belajar Tabiat Blogging Saya
1. Mencari Perkataan Yang Popular
Lihat dan dengar apa yang popular disekeliling anda. Atau, Anda boleh juga menggunakan Ubersuggest untuk mencari perkataan yang popular di Google. Kadang-kadang, saya juga menggunakan Google Trending untuk mencari perkataan yang popular pada masa ini.
2. Menyusun Perkataan Menjadi Tajuk Menarik
Peraturan pertama saya dalam menulis tajuk ialah Spesifik. Untuk menjadi spesifik, saya suka meletakkan nombor pada tajuk artikel saya. Selain itu, perkataan seperti Perbezaan, Cara dan Tutorial juga akan turut menjadikan tajuk artikel anda menarik.
3. Menulis Isi-Isi Yang Memenuhi Kehendak Tajuk
Isi-isi yang anda tulis mestilah logik untuk menyokong kehendak tajuk artikel anda. Pilih isi-isi yang anda boleh terangkan dengan baik. Sediakan sekurang-kurangnya 4 isi, supaya artikel anda lebih panjang.
4. Mengatur Isi-Isi Menjadi Heading (H2)
Mengikut peraturan SEO onpage, sesebuah artikel mesti mempunyai satu tag H1 dan beberapa tag H2. Pasti anda tertanya-tanya kenapa? Sebabnya ialah google menggunakan tag-tag ini untuk mengesan maklumat yang releven dengan perkataan yang dicari oleh pelanggan-pelanggan mereka.
5. Menulis “Kesimpulan” Menjadi Heading (H2)
Sesetengah pembaca suka untuk terus melompat ke bahagian kesimpulan. Saya menulis perkataan ini secara jelas supaya pembaca seperti ini, dapat menangkap isi-isi utama yang saya sampaikan dalam artikel saya. Beri penekanan kali kedua, pada isi-isi yang telah anda sampaikan secara ringkas.
6. Mencari Gambar Yang Mengambarkan Tajuk
Letakkanlah sekurang-kurangnya 1 gambar untuk pembaca anda membayangkan masej yang anda sampaikan. Ini kerana, gambar dapat membantu anda, menyampaikan seribu perkataan pada pembaca dalam masa yang singkat.
7. Memuatnaik Gambar di Bawah Tajuk
Saya suka meletakkan gambar di bawah tajuk kerana saya mahu pembaca bermain-main dahulu dengan warna-warni. Gambar ini dapat membuatkan pembaca jelas dengan tujuan mereka membaca artikel anda. Ia seperti membuka selera pembaca, sebelum membaca artikel anda.
8. Meletakkan Alt Text pada Gambar
Tujuan saya meletakkan Alt Text pada gambar di blog saya, adalah supaya, orang boleh menemui saya melalui carian gambar Google. Ini juga merupakan salah satu peraturan dalam SEO onpage. Selain itu, kadar persaingan mendapatkan traffik melalui gambar adalah rendah.
9. Meletakkan Link Kredit Pemilik Gambar
Apabila saya menggunakan gambar orang lain, saya akan meletakkan link untuk memberikan kredit kepada pemilik gambar tersebut. Selain untuk mengelakkan daripada masalah hak cipta, meletakkan link kredit kepada pemilik gambar juga dapat mengembangkan rangkaian online anda. Dari segi peraturan SEO onpage, ini juga boleh dikatogerikan sebagai External link.
10. Meletakkan Link Artikel Lama
Jika anda melakukan ini, anda sebenarnya sedang mengikuti peraturan SEO Onpage iaitu pemasangan Internal Link. Maksudnya, anda menghubungkan artikel baru dengan artikel yang lama. Anda boleh melihat sendiri amalan ini diamalkan di Wikipedia.
11. Meletakkan Label Artikel
Saya kini lebih suka meletakkan label yang berbentuk kerjaya. Contoh label yang saya gunakan ialah Blogger, Youtuber dan Penulis. Tujuannya supaya, memudahkan blogger, youtuber atau penulis untuk mengakses maklumat yang berkaitan dengan kerjaya mereka.
12. Mengedit Permalink
Elakkan dari menggunakan link yang panjang. Ini kerana, Google menyukai link yang pendak. Oleh itu, setiap kali anda mengedit permalink, pastikan mengambil perkataan yang anda mahu ditemui dalam enjin carian Google.
13. Menyusun Ayat Search Description
Tujuan search Description adalah untuk menarik orang membaca artikel anda. Pastikan anda memberitahu sesuatu yang menarik dalam ruangan search description artikel anda. Ingat, gunakan ruangan ini untuk mengalakkan orang mengklik artikel anda.
14. Menerangkan Isi Dalam 3 Ayat
15. Memastikan Artikel Wujud dalam carian google
Selepas menulis sesebuah artikel, saya akan tekan Publish. Kemudian, saya akan pergi ke Google search console untuk menghantar artikel tersebut. Tujuannya adalah untuk mengindexkan artikel ini secepatnya dalam carian Google.
16. Mempromosikan Artikel di Sosial Media
Selepas menyerahkan artikel kepada google melalui Google Search Console, saya akan mempromosikan artikel ke sosial media seperti Facebook dan Twitter. Tujuannya adalah untuk memenuhi kriteria SEO Offpage. SEO Offpage adalah teknik pengoptimuman yang dapat meningkatkan kedudukan artikel kita di enjin carian Google.
Kesimpulan
Ini hanyalah 90% dari tabiat blogging yang saya dapat kongsikan kepada anda. Saya tidak dapat memberikan yang 10% lagi, kerana perbezaan tahap pengetahuan dan teknik penerangan kita. Untuk mendapatkan 10% tersebut, anda kena mengalaminya sendiri dengan terus berlatih menulis artikel. Sekiranya dengan belajar tabiat blogging saya ini membantu anda menjadi blogger yang lebih baik, jangan lupa untuk datang semula pada bulan depan untuk membaca konten baru dari blog ini.
(Artikel ini telah saya tulis semula dibawah tajuk 16 Langkah Untuk Blogger Menulis Artikel Terbaik di Google, bacalah kerana dalam artikel ini ada maklumat yang lebih menarik untuk anda)
Lepas ni belajar tabiat blogging Orang lain pula.
Ingat, belajar tabiat blogging orang yang lebih baik dari anda.
Belajar tabiat blogging orang yang lebih baik dari anda.
Belajar tabiat blogging orang yang lebih baik dari anda.
Belajar tabiat blogging orang yang lebih baik dari anda.
Belajar tabiat blogging orang yang lebih baik dari anda.
Belajar tabiat blogging orang yang lebih baik dari anda.
Dikemaskini pada 17 September 2020
Gambar oleh Canva Studio