Adakah anda mempunyai prinsip untuk memajukan diri? atau Adakah anda seorang yang setia? Adakah anda seorang yang gigih? dan Adakah anda sudah berjaya?. Anda mungkin perlukan 3 prinsip ini dalam hidup anda.
1. Motto Sekolah Hebat
Setia Gigih Jaya merupakan moto Sekolah Menengah Kebangsaan Tandek, Kota Marudu, Sabah. Saya bersekolah disini dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 antara tahun 2004-2008. Masa sekolah, saya hanya melihat diri saya sebagai pelajar yang sederhana. Masa di sekolah ini, saya tidak mendalami 3 perkataan ini, hanya semenjak saya masuk dalam dunia blogging ini, barulah saya mula peka pada perkara-perkara yang menarik ada disekililing saya termasuklah 3 perkataan ini, kerana saya perlu mempunyai sesuatu untuk dikongsikan di blog saya. Pelajar-pelajar di sekolah ini sangat bertuah kerana mempunyai sekolah yang bermoto Setia Gigih Jaya. Jika pelajar mengikuti 3 prinsip ini, saya yakin mereka akan berjaya tidak kira apa saja bidang yang mereka pilih. Ini kerana, saya sangat yakin, jika kita SETIA, GIGIH berusaha, pasti kita akan berJAYA. Ia satu proses yang jika ditekuni, pastinya kejayaan akan tercapai.
The foundation stones for a balanced success are honesty, character, integrity, faith, love and loyalty. – Zig Ziglar
Baca juga: 3000 Patah Perkataan Tentang Saya
2. Proses Setia Gigih Jaya
Proses untuk berjaya dengan 3 prinsip ini bermula dengan satu pilihan. Pilihan yang dibuat mestilah terpenting bagi anda. Melihat kepada rakan-rakan yang pernah bersekolah di Sekolah ini saya menyimpulkan ada yang membuat pilihan untuk mengejar Wang, ada yang mengejar pencapaian dan ada juga yang mengejar keseronokan. Tidak kisah apapun itu, yang penting disini ialah pilihan. Selepas membuat pilihan, saya melihat mereka setia dengan pilihan mereka. Saya mendengar dari jauh mereka sangat gigih dalam pilihan yang mereka buat. Sekarang mereka telah pun berjaya, buktinya mereka telah pun berkahwin.
Kesimpulan
Setelah mengemaskini artikel ini, saya belajar perkara baru. perkara baru itu saya tambahkan pada isi yang ke-2 iaitu Proses Setia Gigih Jaya.