SantroSondy.com

Menu
  • Home
  • Tutorial
  • Lirik Lagu
  • Senarai
Home
Senarai
8 Isi tentang Sering Kali Berlaku Pada Bulan Ogos

8 Isi tentang Sering Kali Berlaku Pada Bulan Ogos

Santro Sondy August 31, 2021

Hello, selamat pagi. Bulan ogos kini tiba dipenghujungnya. Oleh itu, saya menerbitkan post ini tentang sering kali. Tidak banyak isi yang sempat saya kongsikan. Walaubagaimanapun, saya tetap akan kongsikan kerana saya yakin apa yang bermanfaat untuk saya akan turut bermanfaat untuk kawan-kawan lain.

sering kali

Self Sembunyi-sembunyi Ketika bertugas PPV Bukit Jalil

1. Sering Kali

Sering kali saya melakukan kesilapan yang sama. Kesannya, saya sendiri merasa sakitnya. Apabila saya merasa sakit, saya menyesal dan sedih. Lalu saya akan mengatakan pada diri saya, saya tidak mahu lagi melakukan kesilapan yang sama. Tapi… huuu (sama juga ni, tidak juga pandai ubah-ubah). Esok akan bertambah baik lagi.

2. Blog Untuk Berhubung

Saya menggunakan blog untuk berhubung dengan blogger lain di internet. Caranya adalah seperti ini; Setiap kali saya menulis satu konten, saya akan letakkan satu link ke website atau blog lain. Tujuannya bukan saja dari segi SEO tapi untuk menunjukkan rasa penghargaan dan keyakinan saya pada hasil kerja sebagai pemilik blog.

3. Tetapkan rentak sendiri

Bulan ini membuatkan saya sedar yang saya tidak dapat menerbitkan post setiap hari di blog ini. Penyelesaian yang terbaik saya dapat fikirkan ialah menerbitkan post setiap bulan. Ini lebih senang untuk memastikan blog ini sentiasa terupdate secara konsisten.

4. Saya hanya mahu konsisten

Konsisten adalah perkara yang saya mahukan setiap kali melakukan sesuatu. Saya terus-menerus berkembang. Disebabkan itulah saya perlu ingatkan diri saya supaya berhati-hati dalam setiap perkara yang dilakukan supaya tiada masa untuk kegagalan.

5. Permulaan yang Baru

Permulaan yang baru perlu berpusat pada Tuhan kerana Dia-lah pencipta kita dan Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Hal ini sama seperti ibubapa kita yang tahu hal terbaik untuk anak-anaknya, apa lagi Tuhan yang sempurna. Oleh itu, jadikan Tuhan sebagai titik permulaan baru kita hari ini.

6. Hanya sedikit masa

Hanya sedikit masa yang diperlukan dalam sehari untuk saya menulis konten seperti ini. Disebabkan itulah, saya dapat konsisten mengemaskini blog ini setiap bulan.

7. Sentiasa dalam Keadaan Terbaik

Keputusan yang kita buat setiap hari adalah sangat-sangat penting. Disebabkan itu, kita kena sentiasa berada dalam keadaan emosi dan jasmani yang terbaik.

Baca juga 10 Love Yourself Quote That’ll Boost Your Self-Loving

8. Selamat Hari Merdeka

Saya ucapkan selamat hari merdeka kepada semua rakyat Malaysia tidak kira dimana mereka berada. Saya doakan kebebasan yang kita miliki di Malaysia pada hari ini akan bertambah baik dan kekal selama-lamanya. Merdeka, Merdeka, Merdeka.

Kesimpulan

Jangan lupa untuk tetap konsisten berusaha memperbaiki diri anda kerana tiada yang dapat mengubah diri anda selain anda sendiri. Bulan september sedang menunggu di hadapan kita, bersedia untuk menjadikannya bulan terbaik bagi anda pada tahun ini.

Melawatlah ke Blog Marieke van de Rakt untuk belajar langsung dari CEO Yoast yang mempunyai PHD dalam Sains Sosial ini.

Post Views: 161
Share
Whatsapp
Tweet
Linkedin
Telegram
Email
Prev Article
Next Article

Recent Posts

  • 7 Fakta tentang IWHOST Malaysia
  • 7 Kesilapan Saya Memulakan Business Blogging
  • 6 Rahsia Blogging untuk Menjadi Penulis Blog Berjaya
  • Lirik Lagu Cinta Pandang Pertama – Reedzwann
  • Cara Konsisten untuk Kurus

Tags

ayat bahagia Baju belajar berjaya blog blogging buku cinta google janji jenama kasih kata kata kehidupan kereta kerja komunikasi konsisten malaysia otak pelajar pelanggan perniagaan rindu rumah sahabat sakit sayang SEO setia tiktok transformasi twitter universiti wang wanita youtuber

SantroSondy.com

Copyright © 2023 SantroSondy.com
About | Contact | Privacy Policy | Disclaimer