SantroSondy.com

Menu
  • Home
  • Lirik Lagu
  • Senarai
  • Tutorial
Home
Senarai
Senarai Tabiat Blogger Berjaya

Senarai Tabiat Blogger Berjaya

Santro March 18, 2021

Saya seorang yang percaya pada kuasa tabiat dapat mengubah masa depan seseorang. Nah, disebabkan matlamat saya adalah untuk menjadi blogger separuh masa yang berjaya, saya perlu mengikuti tabiat blogger yang berjaya. Disini ada 16 tabiat yang saya fikir relevan untuk mencapai matlamat tersebut.

Senarai Tabiat Blogger Berjaya

1. Mewujudkan Blog yang Buruk

Blog yang cantik akan datang kemudian. Apa yang paling penting bagi sebuah blog ialah isi kandungannya, bukan reka bentuknya. Pelawat pergi dan kembali ke blog anda kerana ingin tahu isi kandungan blog anda, dan bukannya mahu melihat reka bentuk blog anda. Reka bentuk itu hanya keutamaan kedua. Baca petikan Tips dari Google;

Provide high-quality content on your pages, especially your homepage. This is the single most important thing to do. If your pages contain useful information, their content will attract many visitors and entice webmasters to link to your site.

2. Membaca Artikel dari Blogger terkenal

Blogger berjaya mencari idea dengan melawat ke blog blogger terkenal yang lain. Sebagai contoh, Jika mereka ingin menghasilkan konten tutorial, mereka akan melawat ke blog blogger yang menghasilkan konten tutorial. Kemudian, mereka menulis topik yang sama tapi tajuk yang berbeza.

3. Berehat sekiranya penat

Blogger berjaya akan berehat apabila penat. Mereka jarang menulis ketika penat. Menulis dalam keadaan penat menjadikan fikiran menjadi sempit khususnya ketika membuat huraian. Akibatnya, huraian isi blog tidak menarik, dan bila tidak menarik, pembaca akan kurang tertarik.

4. Menulis Blog Hobi Topik Kegemaran

Hobi atau topik kegemaran boleh dijadikan topik utama blog anda. Ada ramai orang yang seminat dengan anda. Tulislah pengalaman anda di blog supaya  mereka dapat mengaksesnya. Kongsikan dengan baik dan padat mampat dengan info dan gambar.

5. Sentiasa Bersedia untuk menulis

Idea akan datang pada bila-bila masa. Blogger perlu bersedia untuk menulis idea tersebut sebelum ia berlalu. Catatkan idea tersebut secepatnya. Memang tabiat menulis nota kelihatannya tidak hebat, tapi, ia dapat membantu untuk menjimatkan masa dan tenaga fikiran kita semasa menulis artikel.

6. Mengabaikan kemahuan kita

Jika matlamat anda adalah untuk menjana pendapatan online, menulislah tentang apa yang dimahukan oleh orang ramai, bukannya apa yang kita mahukan. Umumnya, orang ramai mahukan penyelesaian masalah. Anda boleh menulis tentang penyelesaian tersebut.

7. Ikut Seperti yang dirancang

Sekiranya kita sudah rancang baik-baik, laksanakanlah rancangan tersebut. Contohnya, kita telah menetapkan format atau template post blog kita, maka cubalah untuk ikut format ini. Sekiranya mahu diubah, ubahlah kepada yang lebih baik. Jangan lagi turunkan standard post blog kita.

Belajar Cara Membeli Nama Website Sendiri di iWHost

8. Berhenti dan Bayangkan

Ingat, blogger berjaya mencapai kejayaan bukan kerana hebatnya penulisan mereka, tapi kerana mereka terus belajar walaupun sudah berjaya. Bila anda merasa tiada mood untuk menulis, berhenti sejenak, dan bayangkan kejayaan sudah menjadi milik anda. Tabiat ini dapat memberikan anda sebab dan perasaan untuk terus memajukan blog anda.

9. Dapatkan Poin penting dan belajar

Dalam setiap situasi, cuba dapatkan poin-poin penting. Ini penting kerana poin dapat membantu kita menarik perhatian pembaca. Selepas itu, terangkan poin-poin tersebut mengikut pemahaman dan perspektif anda atau orang yang lebih pakar tentang poin tersebut.

10. Meningkatkan Keyakinan Pembaca

Sebarang maklumat yang kita kongsikan mestilah logik dengan menyertakan link rujukan supaya kepercayaan dan keyakinan pembaca kita bertambah. Bukan itu saja, segala apa yang kita tulis dan promosikan mestilah konsisten. Ini petikan dari artikel Neil Patel.

People buy from people they trust. It’s what makes a loyal customer.

11. Ada Cara Mudah Cari Idea Menulis

Blogger yang berjaya menulis dari pengalaman mereka. Mereka tulis apa yang mereka fikir atau rasa ketika melakukan sesuatu. Bagi Google pula, pengalaman seperti ini sangat bernilai kerana ia bukan saja dianggap sebagai konten asli malah dapat memberikan pengalaman baru kepada pelanggan Google.

12. Menjadi Lebih Bernilai

Nilai yang dimaksudkan disini ialah berapa banyak masalah yang dapat diselesaikan oleh artikel anda. Jika sebelum ini hanya 5 nilai, maka tingkatkanya menjadi 10 atau 20. Tambahkan lebih info dalam artikel anda supaya lebih banyak orang yang akan datang ke blog anda.

13. Bermula dari Siapa kita sekarang

Blogger berjaya mencapai kejayaan kerana mereka telah bermula awal. Artikel yang mereka tulis dan terbitkan telah dibaca oleh blogger pemula. Jika anda bermula sekarang, generasi blogger selepas anda akan membaca artikel anda.

14. Menulis Tag Deskripsi Menarik

Tag deskripsi ini berguna untuk meningkatkan potensi klik masuk ke sesebuah blog. Cara untuk melakukanya ialah mempersembahkan kata kunci utama kita dalam ayat yang menarik dan dapat menyelesaikan masalah pembaca.

15. Membuat Redirection Link

Apabila sesebuah post dihapuskan, pelawat tersebut akan mendapat error 404. Untuk mengelakkan hal ini berlaku, blogger boleh menghalakan link yang telah dipadam itu ke link yang masih aktif. Google mengambil serius tentang perkara ini, jika tidak diselesaikan, ia akan menganggu kedudukan blog anda dalam enjin carian.

16. Optimasikan Permalink

Google menyukai URL yang pendek dan dioptimasikan. Cara untuk mengoptimasikan URL ialah dengan meletakkan kata kunci utama pada url post kita. Google menyukai URL yang kemas dan spesifik untuk memudahkan mereka mencadangkan post anda kepada pelanggan mereka.

Itulah senarai tabiat blogger berjaya yang anda boleh pilih untuk diamalkan atau dikongsikan dengan kawan-kawan atau keluarga anda yang berminat dalam dunia blogging. Semoga bermanfaat.

Gambar Austin Distel dan dikemaskini pada 21 Mac 2021.

Share
Whatsapp
Tweet
Linkedin
Telegram
Email
Prev Article
Next Article

Recent Posts

  • Lirik Lagu Cinta Pertama – Gamma1
  • Lirik Lagu Cinta Monyet – Goliath
  • Lirik Lagu Cinta Kalapa – Susi Purba
  • Lirik Lagu Aku Memilih Setia – Fatin Shidqia
  • Lirik Lagu Cinta Beda Agama – Vicky Salamor

Tags

ayat bahagia Baju belajar berjaya blogger buku cinta janji jenama kasih kata kata kehidupan kereta kerja komunikasi konsisten malaysia otak pelajar pelanggan perniagaan rindu rumah sahabat sakit sayang SEO setia universiti wang wanita youtuber

SantroSondy.com

Copyright © 2023 SantroSondy.com
About | Contact | Privacy Policy | Disclaimer