Apa yang penting untuk kita sekarang?
Pertanyaan penting ini adalah petunjuk bahawa kita baru sahaja bangun dari mimpi kita.
Hiburan yang menjauhkan kita dari matlamat kita kini disedarkan oleh soalan ini.
Tidak salah jika kita suka hiburan
Asalkan jangan terabai Keperluan
Credit: Robin Higgins
Bila kita tahu apa yang kita mahu, soalan yang sepatutnya keluar dari fikiran atau mulut kita bukan lagi APA tetapi MASA UNTUK BERKERJA.
Soalan KENAPA, sudah tidak perlu lagi kerana kita sudah menentukannya semasa kita menjawab soalan Apa Yang Penting Sekarang?
Jika kita masih tidak tahu apa yang penting untuk hidup kita, buatlah keputusan dengan bijak kerana UMUR kita sedang berjalan.
Namun untuk mengetahui dimana kita sekarang, jawab 6 soalan umum yang ada di bawah ini.
Katakanlah kedudukan kita adalah seperti kedudukan blog saya sekarang.
1. Bila?
Persoalan ini membantu kita menyedari MASA seperti Tarikh dan Hari.
Sebagai contoh,
pada 1 Mac 2020 artikel ini diterbitkan dan menarik perhatian 5 orang pembaca.
pada 5 Jun 2022 artikel ini dikemaskini dan menarik perhatian 2000 orang pembaca.
Dapatkah kita melihat dimana kedudukan blog saya sekarang?
2. Apa?
Persoalan ini membantu kita menyedari apa yang berlaku di sekililing kita.
Sebagai contoh,
6 tahun yang lalu blog ini hanya mempunyai 1 saja artikel.
6 tahun kemudian blog ini mempunyai lebih 100 artikel.
Dapatkah kita melihat dimana kedudukan blog saya sekarang?
3. Kenapa?
Persoalan ini membantu kita menyedari tujuan utama kita sekarang.
Sebagai contoh,
6 tahun lalu saya membuat blog ini kerana saya ingin menjana pendapatan secara online.
6 tahun kemudian saya menghasilkan konten kerana saya ingin menjana pendapatan tetap dari blog ini.
Dapatkah kita melihat dimana kedudukan blog saya sekarang?
4. Dimana?
Persoalan ini membantu kita menentukan matlamat kita seterusnya.
Sebagai contoh,
6 tahun lalu, matlamat saya menghasilkan 100 artikel.
6 tahun kemudian, saya menetapkan matlamat baru iaitu 1,000 artikel baru.
Dapatkah kita melihat dimana kedudukan blog saya sekarang?
5. Siapa?
Persoalan ini membantu kita menyedari siapa yang ada disekililing kita sekarang.
Sebagai contoh,
6 tahun yang lalu, pelawat yang datang hanyalah orang yang saya jemput dari Sosial Media.
6 tahun kemudian, pelawat yang datang bukan saja dari sosial media tetapi juga dari enjin carian Google.
Dapatkah kita melihat dimana kedudukan blog saya sekarang?
6. Bagaimana?
Persoalan ini membantu kita menyedari kerja yang perlu kita lakukan.
6 tahun lalu, saya perlu membuat website dan menghasilkan konten.
6 tahun kemudian, saya hanya perlu menghasilkan konten.
Dapatkah kita melihat dimana kedudukan blog saya sekarang?
Baca juga: 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun
Kesimpulan
Jawapan yang kita berikan sepatutnya memberitahu kita sama ada hidup kita lebih baik atau lebih teruk.
Untuk menutup artikel ini, saya menyimpulkan kedudukan blog ini menjadi lebih baik.
Selamat Maju Jaya.