Menulis blog kelihatan tidak popular pada masa ini.
Anda mungkin berfikiran seperti ini.
Tapi mari saya beritahu anda apa yang menyebabkan saya memilih menulis blog berbanding membuat video.
Secara ringkas, saya menulis blog kerana 5 Sebab ini;
- Berkongsi pembelajaran baru
- Mendokumentasikan pemikiran
- Pendapatan pasif dan menjana wang
- Alat dan barang percuma untuk diulas
- Perjalanan percuma
1. Berkongsi pembelajaran baru
Saya suka mengongsikan perkara yang saya baru belajar.
Tapi, saya fikir orang-orang disekeliling saya tidak berminat dengan apa yang saya pelajari.
Saya tidak menyalahkan mereka kerana saya sedar yang kita semua ada kesibukan masing-masing.
Perspektif ini mendorong saya untuk menulis blog supaya mereka boleh membacanya apabila ada masa terluang.
2. Mendokumentasikan pemikiran
Saya juga menulis blog kerana ingin mendokumentasikan pemikiran saya tentang topik-topik yang umum dan menarik minat saya.
Dengan adanya rekod ini, saya boleh membacanya pada masa depan.
Bukan itu saja, generasi yang masih kecil sekarang ini akan membaca rekod-rekod ini pada masa depan.
Ia sama seperti buku-buku klasik yang masih kita baca pada hari ini.
Menarik bukan?
3. Pendapatan pasif dan menjana wang
Saya boleh menggunakan blog ini untuk menjana wang melalui pengiklanan.
Selain itu, saya juga boleh mempromosikan produk-produk menarik di sini.
Mungkin sekarang, memanglah tiada yang membeli.
Siapa tahu, pada masa depan tiba-tiba ada yang membeli.
Nah, dari sinilah kita boleh menjana pendapatan secara pasif.
Kerja menulis sekali saja, kemudian pendapatan datang tanpa henti.
4. Alat dan barang percuma untuk diulas
Kebaikan orang yang mempunyai blog ialah mereka boleh mengulas apa saja produk yang popular di pasaran.
Sebagai contoh, produk Mary Kay, Faith Fleur, Be International dan Young Living.
Lihat saja disekililing anda, pasti ada agen-agen produk ini yang konsisten mempromosikan produk mereka.
Apabila anda membuat ulasan tentang produk-produk popular ini, pastilah ia akan menguntungkan anda.
Selalunya orang yang mencari ulasan tentang sesuatu produk adalah orang yang bersedia untuk membeli.
Ingat saja pengalaman anda sendiri ketika membeli sesuatu produk secara online, anda juga akan melihat ulasan-ulasan sebelum membuat keputusan untuk membeli bukan?
Jadi, anda boleh melihat disini bagaimana keuntungan boleh datang hasil daripada mengulas sesuatu produk.
Baca juga 7 Sebab Agen Produk Kecantikan Perlukan Blog untuk Tingkatkan Jualan
5. Perjalanan Percuma
Bila kita menulis tentang sesuatu perjalanan, pasti ada yang akan membacanya, kerana bukan kita seorang sahaja yang ingin melawat tempat tersebut.
Pengalaman yang kita kongsikan mungkin tidak bernilai bagi kita, tapi bernilai bagi orang yang ingin pergi ke tempat tersebut.
Kita boleh menulis tentang perjalanan kita dan mengongsikannya di Blog.
Masih ada banyak tempat yang boleh dilawat, itu bermakna masih banyak cerita yang anda boleh kongsikan di Blog anda.
Jadi, Dimana dan apa cerita yang anda ingin kongsikan kepada dunia?
Kesimpulan
Itulah 5 Sebab saya menulis blog.
Saya yakin blog adalah cara terbaik untuk belajar, mempromosikan diri, menjana pendapatan pasif, mengulas produk dan mengongsikan pengalaman.
Perkembangan blog tidak berlaku dalam masa satu malam.
Tapi yang pasti, ia membantu anda membina reputasi dalam bidang yang anda minati.
Miliki sebuah nama blog dari IWHost sekarang dan kembangkanya setiap hari.