Ramai kawan-kawan saya yang mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka di media-media sosial yang ada pada hari ini.
Promosi bukan lagi satu perkara yang memalukan pada zaman ini kerana semakin hari semakin ramai yang berjaya mempromosikan perniagaan mereka hingga menjadi jutawan.
Promosi adalah cara terbaik untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang sesuatu idea, produk atau perkhidmatan.
Contoh yang paling jelas sekali kita boleh lihat dari Datuk Seri Vida.
Hal ini menarik minat saya untuk mempelajari topik promosi yang membawa kebaikan kepada kawan-kawan yang ingin mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.
Dean Moriarty (Pixabay)
1. Promosi Itu Penting
Setelah kita memiliki produk, perkara seterusnya yang perlu kita lakukan ialah promosi.
Jangan segan-segan untuk melakukan promosi kerana merasa tidak yakin dengan kemampuan kita.
Eleman promosi mula bertumbuh dalam diri kita sejak kecil lagi, cuma kita tidak sedar kerana tidak menggunakannya terlalu kerap.
Saya selalu melihat eleman promosi dalam agama, politik dan ekonomi.
2. Elemen promosi dari sudut agama
Dari sudut agama, saya lihat ELEMEN promosi apabila kita digalakkan untuk mengongsikan atau menyebarkan berita baik yang kita dengar di tempat kita bersembayang.
Tujuannya sudah pasti, adalah untuk mengumpul lebih ramai orang agar memperoleh kehidupan yang baik di dunia dan akhirat.
3. Elemen promosi dari sudut politik
Dari sudut politik pula, saya lihat elemen promosi apabila kita rajin melawat orang kampung dan kemudian dengan sedaya upaya membantu meringankan beban keperluan mereka.
Tujuannya sudah pasti, adalah untuk mendapat sokongan agar diundi dalam pilihan raya yang diadakan.
4. Elemen promosi dari sudut ekonomi
Kita dapat melihat elemen promosi dari sudut ekonomi ketika MENERIMA pelancong asing untuk mengunjungi tempat menarik di negara kita.
Tujuannya adalah untuk menarik lebih ramai pelancong warganegara dan bukan warganegara.
5. Apa itu promosi?
Penjual mencoba memujuk pembeli untuk membeli barang atau perkhidmatan melalui promosi.
Usaha ini membantu pelanggan untuk mengetahui lebih banyak tentang produk dan bagaimana produk ini meningkatkan kualiti hidup pelanggan.
6. Mempengaruhi persepsi dan perilaku pengguna
Promosi dapat mempengaruhi persepsi dan perilaku pengguna.
Ini kerana, kebanyakkan pelanggan hanya akan membeli pada peniaga yang mereka PERCAYA dan MESRA dengan mereka.
7. Iklan promosi Thailand
Iklan promosi dari Thailand penuh dengan Twist yang membuat pelanggan seperti saya mudah mengingat iklan-iklan mereka.
Bila saya tengok iklan mereka, saya memang tahu mereka sedang promosikan sesuatu, tapi apa yang membuatkan saya tertarik ialah cerita sebelum memperkenalkan nama produk mereka.
Contohnya seperti Iklan Nivea Men Deodorant 2014 Thai
8. Cara promosikan diri supaya naik pangkat
Berikan bos anda pengalaman yang baik dengan anda.
Langkahnya seperti ini;
Pertama, Fokus ketika bekerja.
Kedua, Memahami dan mengingati arahan yang diberikan dengan cepat.
Ketiga, melaksanakan arahan secepat yang mungkin.
9. Mewujudkan perasaan yang TERBAIK
Perasaan untuk melakukan yang terbaik akan timbul apabila kita ingin mempromosikan produk kita.
Perasaan ini timbul kerana keinginan kita untuk meningkatkan keyakinan pelanggan.
Keyakinan pelanggan akan meningkat apabila kita dapat mengurus hidup dan perniagaan kita dengan baik.
10. Memberi semangat untuk menaik taraf
Usahawan sejati tidak akan menyerah apabila promosinya tidak menjadi seperti yang diharapkan.
Kegagalan yang pernah dilalui akan dijadikan sebagai ASAS yang perlu di naik taraf sehingga berjaya.
11. Menyebarluaskan informasi tentang produk
Apabila kita membuat promosi, kita akan selalu menguar-uarkan keistimewan produk.
Keadaan ini bukan saja akan menyebabkan ramai orang menyedari kewujudan produk anda tetapi juga membuat orang untuk mencari asal usul produk anda.
Dalam erti kata lain, informasi tentang produk anda akan tersebar luas.
12. Menjangkau pelanggan baru
Bila kita membuat promosi, kita selalu fokus pada pelanggan sasaran.
Dan bila pelanggan sasaran kita membeli dan berpuasa hati dengan produk kita, mereka akan mula memberitahu rakan-rakan terdekat mereka mengenai produk kita.
Keadaan ini menyebabkan produk kita dapat menjangkau pelanggan baru.
13. Membentuk minda supaya terurus
Promosi melatih usahawan untuk memiliki minda yang terurus.
Ini kerana, dalam dunia peniagaan, produk atau perkhidmatan yang diurus dengan baik akan dapat bertahan lama.
14. Meningkatkan angka jualan
Promosi dapat meningkatkan angka jualan.
Ini kerana, melalui promosi, usahawan dapat menjangkau pelanggan baru yang memerlukan penyelesaian segera bagi masalah mereka.
15. Memupuk sikap suka mengukur
Promosi itu penting kerana memupuk sikap suka mengukur.
Usahawan yang berjaya tahu mengukur berapa potensi pelanggan yang ada di sesebuah kawasan.
Ini penting untuk membantu usahawan meningkatkan prestasi mereka.
16. Memupuk sikap konsisten
Promosi perlu sentiasa dilakukan agar pelanggan tidak lupa akan kewujudan produk dan perkhidmatan kita.
Ada usahawan yang membuat promosi harian, mingguan, bulanan malah tahunan pun ada.
17. Memupuk sikap tidak putus asa
Promosi akan mendedahkan usahawan pada “rejection”.
Tapi, saya yakin usahawan-usahawan besar tahu tujuan promosi adalah untuk memberitahu pelanggan mereka tentang kewujudan dan keistimewaan produk dan perkhidmatan mereka.
Disebabkan inilah, mereka terus-menerus mempromosikan produk mereka walaupun untuk beberapa saat.
18. Memupuk suka menyelesaikan masalah
Kebanyakkan usahawan suka menyelesaikan masalah.
Dan dengan penyelesaian yang mereka temui, mereka mampu menarik pelanggan yang memerlukan penyelesaian masalah.
19. Memupuk sikap aktif
Promosi yang aktif akan membuat pelanggan lebih peka dengan kewujudan produk kita.
Caranya ialah kita perlu berfikir dan bertindak mengikut rentak yang membolehkan kita sentiasa aktif dalam ingatan pelanggan kita.
Bukannya, hari ini promosi, kemudian hilang 7 bulan.
20. Memupuk Komitmen
Ada masanya promosi tidak memberikan hasil serta merta.
Tapi, bagi usahawan yang berjaya, mereka tetap memberikan komitmen bukan saja dalam promosi tetapi dalam kualiti dan kuantiti produk dan perkhidmatan mereka.
21. Melatih usahawan Membuat kajian pasaran
Siapa yang tidak menginginkan produknya terkenal tanpa promosi yang mahal?
Pasti ramai yang bermimpi seperti ini.
Tapi, realitinya perkara seperti ini jarang berlaku, hanya usahawan yang bertuah saja dapat memperolehnya.
Bagi usahawan yang kurang bertuah ini, kita perlu bekerja secara spesifik dan sistematik iaitu membuat kajian keperluan pasaran sebelum membuat promosi.
Sukar? Iya, sebab itu perlu berlatih sehingga jadi senang.
22. Memupuk sikap suka belajar
Apa yang perlu kita pelajari?
Keperluan, kehendak dan psikologi pelanggan.
Paling penting, belajar cara promosi yang paling berkesan untuk pelanggan sasaran kita.
Belajar juga cara promosi dari syarikat-syarikat lama atau dari pakar-pakar pemasaran.
Ingat, “belajar cara promosi” bukan “bandingkan”.
23. Memupuk sikap mengumpul ayat atau cerita promosi
Dalam proses kita belajar promosi, kita kena buat satu tugasan agar kemahiran kita untuk membuat ayat promosi menjadi lebih senang.
Tugasan itu adalah membuat contoh ayat seperti 1000+ Contoh Caption Menarik Untuk Promosi yang Powerful atau Playlist Youtube seperti Belajar Promosi.
24. Merekod kesan promosi
Rekod prestasi membantu usahawan mengetahui kelemahan dan kekuatannya.
Dalam rekod tersebut, perkara yang perlu ada 2 iaitu;
Apa yang kita lakukan? dan Apa kesan positif yang kita nampak?
25. Reputasi adalah cara promosi terbaik.
Reputasi memudahkan kita mempromosikan produk dan perkhidmatan.
Bagaimana?
Kita boleh mengembangkan reputasi kita dengan cuba melakukan perkara yang sukar dengan baik.
26. Promosi yang berkualiti
Kualiti ditakrifkan sebagai konsisten memenuhi spesifikasi.
Dalam dunia promosi, spesifikasi adalah janji yang kita buat dan ditepati untuk pelanggan.
27. Promosi berlaku di mana-mana
Promosi berlaku di mana-mana, walaupun anda hanya membuat status “Saya tidur awal malam ini”, anda sebenarnya mempromosikan penjagaan kesihatan.
28. Memberikan idea pada pelanggan
Promosi dapat memberikan idea kepada pelanggan tentang bagaimana sesuatu produk dapat memudahkan hidup pelanggan supaya lebih senang dan teratur.
29. Meningkatkan momentum perniagaan
Promosi itu penting kerana membantu meningkatkan momentum perniagaan kita.
Setiap perniagaan yang ingin bergerak maju pasti memiliki sebuah kekuatan geraknya tersendiri.
Kekuatan gerak ini dipengaruhi oleh 2 faktor, iaitu kuantiti pelanggan dan kualiti produk.
Apabila kita mempromosikan produk kita, kekuatan gerak perniagaan kita akan menjadi lebih cepat kerana kuantiti pelanggan kita meningkat.
Baca juga 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun
30. Meningkatkan usaha ke arah kualiti
Kualiti ditakrifkan sebagai konsisten memenuhi spesifikasi.
Ini boleh kita tetapkan berdasarkan janji yang dibuat ketika promosi.
Usaha adalah apa yang berlaku apabila kita melampaui kelajuan biasa kita dalam menyampaikan produk dan perkhidmatan kepada pelanggan.
31. Memupuk tabiat Refleksi diri
Promosi itu penting kerana memupuk tabiat refleksi diri.
Apabila kita melakukan promosi, kita dapati hasilnya tidak seperti yang diharapkan.
Masalah ini dapat diatasi apabila kita meluangkan masa untuk melihat semula apa yang kita lakukan?
Mungkin kita boleh dapatkan maklumbalas dari pelanggan kerana biasanya kita akan dapat maklum balas yang cepat apabila kita tidak melakukan perkara yang betul.
Kemudian, tulis apa yang kita perlu lakukan untuk memperbaiki atau memperbetul cara kerja kita.
Kesimpulan
Promosi itu penting kerana ia dapat membantu kita menjadi lebih berjaya dalam kerjaya dan perniagaan kita.
Teruskan belajar agar usaha promosi kita menjadi lebih luas yang akhirnya akan dapat menyumbang kepada kitaran ekonomi negara kita.
Fikirkan pada hari ini, apa yang kita tekuni dan bagaimana cara promosi yang bersesuaian dengan produk dan pelanggan sasaran kita.
Selamat Maju Jaya.