Pilihan di Tangan Sendiri

Ad Blocker Dikesan

Laman web kami dimungkinkan dengan memaparkan iklan dalam talian kepada pelawat kami. Sila pertimbangkan untuk menyokong kami dengan menyahaktifkan Ad Blocker anda.

Pilihan itu adalah hak sendiri. Menjadi orang yang berjaya juga adalah satu pilihan sendiri. Kita yang memilih apa yang kita buat ketika ada masa terluang. Kita yang memilih apa yang kita beli dengan duit yang kita ada.

Kita yang memilih apa maklumat yang kita benarkan masuk dalam otak kita. Adakah kita memilih untuk berjaya atau tidak? Itu juga dari kita sendiri. Kehidupan adalah siri pengembaraan yang penuh dengan pilihan yang kita boleh kawal.

Dari masa, kita membuka mata (bangun pagi) sampai kita menutup mata (tidur malam). Dari masa, mata kita terbuka (lahir) sampailah mata kita tertutup (mati).

Yang indahnya, kita masih ada masa untuk belajar membuat pilihan yang BETUL.

Baca juga: 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun