Pernahkah kita mengalami peristiwa ini?
Kita menghadiri satu majilis perkahwinan dari pagi sampai malam.
Dan keesokan harinya, ibu kita tanya “Adakah kita belajar sesuatu semalam?”.
Tapi kerana terlalu banyak perkara yang berlaku, kita sukar memilih peristiwa yang sesuai untuk dikongsikan dengan ibu kita.
Masalah ini boleh diselesaikan jika kita melakukan 2 tanda ini:
Credit: Jan Smolders
1. Mempunyai Nota
Saya sentiasa membandingkan apakah perbezaan antara pelajar dengan orang biasa.
Mengikut pemerhatian saya, perbezaan pelajar dengan orang biasa ialah Kekerapan Menulis Perkara Yang Dipelajari.
Saya sering memerhatikan tabiat orang biasa (yang bukan pelajar), pekerjaan mereka menyebabkan mereka kurang masa untuk menulis.
Sementara pelajar pula, perlu sentiasa menulis untuk mengambil nota.
Saya bercakap tentang pelajar yang biasa-biasa saja, bukan yang genius.
Bawalah nota kecil setiap masa mulai hari ini untuk menulis setiap perkara baru yang kita belajar.
2. Mempunyai Foto
Pernahkah kita mendengar pepatah lama “Sebuah gambar bernilai 1,000 perkataan”?
Saya ingin melanjutkan frasa ini dengan mengatakan bahawa “1,000 gambar bernilai sejuta perkataan!”.
Maknanya, Foto lebih banyak membantu kita belajar banyak dalam masa yang singkat.
Selain itu, Foto boleh membantu kita membina wawasan untuk masa depan kita kerana kita manusia cenderung berfikir dalam gambar.
Imej cenderung kekal dalam fikiran kita dan akan membantu kita dalam visualisasi matlamat kita, yang seterusnya akan bertindak tepat pada masanya.
Gunakanlah kamera handphone kita mulai hari ini agar pembelajaran kita lebih banyak dalam tempoh masa yang singkat.
Baca juga: 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun
Kesimpulan
Hari ini pembelajaran dapat dilakukan dengan santai dan penuh seni kerana adanya Handphone yang dapat menangkap foto walau dimana saja kita berada.
Oleh itu, jika kita ingin bertambah-tambah pandai setiap hari, belajarlah melakukan 2 tanda belajar ini.
Semoga termotivasi.