SantroSondy.com

Menu
  • Home
  • Lirik Lagu
  • Senarai
  • Tutorial
Home
Senarai
Penerangan Produk

Penerangan Produk

Santro Sondy April 15, 2021

Penerangan Produk dapat meningkatkan jualan di Kedai Online anda.

Saya melihat kemahiran ini sangat penting pada zaman ini kerana hampir setiap orang mempunyai kedai online.

Apa tidaknya platform seperti WooCommerce dan Shopify mempermudahkan kerja-kerja membuka kedai online.

Tapi, membuka kedai online tidak selalunya berakhir dengan kejayaan.

Anda perlu berusaha keras dan bijak untuk meraih jualan demi jualan.

Salah satu yang anda perlu usahakan ialah menulis penerangan produk yang berpengaruh.

7 Tips Menulis Penerangan Produk

Perlu diingat bahwa tujuan kita menulis penerangan produk adalah untuk menyampaikan faedah dengan lebih jelas, meningkatkan pengalaman pelanggan, meningkatkan kedudukan dalam enjin carian, dan mewujudkan keyakinan.

Maksudnya apa?

1. Sentiasa Fokus Pada Pelanggan

Langkah pertama untuk fokus pada pelanggan ialah dengan menjalankan penyelidikan kata kunci.

Penyelidikan kata kunci akan dapat memberikan anda idea tentang bagaimana cara untuk bercakap dengan pelanggan tentang produk anda.

2.  Jangan bergantung pada teks umum dari pengeluar

Kenapa? Sebabnya ialah untuk mengelakkan daripada Duplicate konten di Google.

Anda boleh menggunakan maklumat-maklumat penting tentang produk, cuma sampaikanya dalam kaedah yang berbeza.

Terangkan produk anda dalam gaya bahasa atau cerita anda sendiri.

Jika anda fikir sukar untuk menerangkan produk mengikut cara sendiri, carilah ilham dari pesaing-pesaing anda.

3. Jangan menulis untuk enjin carian

Anda mesti sedar yang anda menulis untuk bacaan manusia.

Matlamat anda adalah untuk menerangkan tentang nilai produk dan menjualnya sebagai penyelesaian.

Persembahkan nilai produk anda di blog atau website anda, agar potensi untuk dilihat manusia akan meningkat.

Sentiasa amalkan ini di blog atau website anda.

Jika anda masih tidak mempunyai blog atau website, belilah satu nama domain dari IWHost.

4. Fokus untuk menyelesaikan masalah pengguna

Selesaikan masalah pengguna walaupun masalah itu kecil.

Apabila anda menemui penyelesaian, persembahkan penyelesaian tersebut secara teratur.

Berikan mereka penyelesaian agar mereka gembira menjadi pelanggan anda.

5. Jauhkan dari klise dan elakkan penggunaan superlatif

Gunakan perkataan yang mudah difahami, diimbas dan diingati.

6. Tulis Secara Peribadi

Gunakan ton suara anda sendiri.

Teruskan latihan sehingga anda menemui ton suara yang menarik dan berpeganglah pada ton tersebut.

Anda pasti boleh berjaya dengan gaya penulisan anda sendiri.

Ingat, anda bukan sekadar menjual produk , tetapi anda menjual pengalaman.

Pengalaman itulah yang membuat pelanggan tetap setia dengan anda.

7. Gunakan kisah dan contoh pengguna

Tanya pandangan pelanggan tentang produk anda.

Kemudian, persembahkan pandangan tersebut secara visual dan teks supaya bakal pelanggan dapat melihat kebaikan produk, faedah dan penggunaannya.

Kesimpulan Penerangan Produk

Penerangan produk yang meyakinkan akan meningkatkan jualan produk anda.

7 titik penting ini akan membantu anda menyediakan penerangan yang baik untuk produk anda.

Gunakanlah tips ini di blog atau website anda.

Sekiranya anda ingin memiliki sebuah nama website, anda boleh melihat cara untuk membelinya di sini.

Share
Whatsapp
Tweet
Linkedin
Telegram
Email
Prev Article
Next Article

Recent Posts

  • 3 Strategi untuk Membina Tabiat Baik, Menurut James Clear
  • 31 Contoh Ayat Aktif
  • 31 Ayat Ayat Sweet
  • 10 Aksesori Mudah Alih yang Wajib Dimiliki
  • 31 Tips Untuk Membuat Hari Ini Lebih Baik dari Semalam

Tags

ayat bahagia Baju belajar berjaya blogger buku cinta google janji jenama kasih kata kata kehidupan kereta kerja komunikasi konsisten malaysia otak pelajar pelanggan perniagaan rindu rumah sahabat sakit sayang SEO setia tiktok twitter universiti wang wanita youtuber

SantroSondy.com

Copyright © 2023 SantroSondy.com
About | Contact | Privacy Policy | Disclaimer