Overthinking adalah istilah yang sering ditujukan pada orang-orang yang terlalu banyak berpikir. Namun berbeza dengan pemikir, orang-orang seperti ini selalu memikirkan hal-hal kecil secara berlebihan. Disamping itu overthinking juga sering dilihat sebagai perilaku yang negatif kerana selain membuang-buang waktu, ia juga mampu memenatkan emosi pelaku.
Saya bukanlah orang yang tidak pernah overthinking. Mungkin inilah masanya untuk saya berbagi tentang overthinking tetapi cara dan tips yang saya lakukan ini berkesan pada saya. Banyak sekali cara untuk berhenti overthinking kerana itu bergantung pada diri kita sendiri. Setelah saya memerhati diri saya dan beberapa orang disekililing saya ternyata mereka yang tidak overthinking lebih berperilaku riang dan sering memeriahkan keadaan. Tenaga yang mereka ada itu juga digunakan sebaik-baik untuk membina pengalaman positif dengan orang-orang yang ada disekeliling mereka.
Alasan yang terkuat untuk berhenti overthinking adalah kerana penyakit hati yang akan timbul akibat overthinking. Seperti yang kita lihat pada media sosial Facebook, Instagram, Twitter dan Whatsapp banyak sekali cerita yang membuat kita overthinking dan menyebabkan timbulnya perasaan iri hati dan rendah diri yang keterlaluan. Keinginan untuk berhenti overthinking ada dalam setiap kita tetapi kerana keadaan dan keinginan yang tidak dapat ditahan maka overthinking menjadi makanan sehari-hari yang tidak dapat ditinggalkan. Berikut adalah beberapa tips yang Santrosondy.com cuba kumpulkan supaya sahabat-sahabat dapat berhenti overthinking dan tidak selalu melakukannya.
Berhenti Overthinking dengan Tips ini
1. Ingat Tiada Orang yang Tertarik pada Kita
Berhentilah mendapatkan perhatian dari orang lain untuk membuat kita merasa diri kita berharga. Tips yang sederhana adalah dengan menanyakan soalan-soalan ini ; Apa yang saya mahukan?, Bagaimana dan kenapa ini penting untuk saya? Adakah ini personaliti yang saya mahukan? dan Adakah personaliti ini membantu saya mencapai matlamat saya?. Dengan memberitahukan diri kita yang tiada siapapun yang tertarik dengan kita boleh mengubah perspektif kita untuk mencari jawaban pada persoalan yang memajukan kita dan bukannya menahan kita.
Baca juga Melupakan Kekecewaan Masa Lalu Membuat Kau 1% Lebih Cepat Maju
2. Lakukan Senaman berintensiti Sederhana
Lakukan senaman yang menekan badan anda ke had fizikalnya untuk menghabiskan rizab tenaga dalam minda anda agar tidak digunakan untuk Overthinking. Anda boleh melakukan aktiviti jalan kaki berentak sederhana atau laju selama yang boleh kerana berjalan kaki dapat menenangkan fikiran anda yang sedang kusut.
3. Hadkan Masa dalam Media Sosial
Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyarankan agar kita melakukan penapisan kendiri bagi membendung masalah mental. Menurut satu artikel yang bertajuk: “Penapis Kendiri Bendung Masalah Kesihatan Mental” menyatakan bahawa”…lingkungan usia pengguna media sosial adalah pelbagai, dan penerimaan setiap individu pula berbeza. Dan ada individu yang sensitif dan lebih mudah terjerumus ke dalam keadaan ‘overthinking’ atau berfikir berlebihan.
4. Tidur yang cukup dapat Mencegah Overthinking
Mungkin cara ini sedikit ekstrim kerana apa ya mungkin kita dapat tidur kalau berfikir berlebihan. Begini, kurang tidur dapat meningkatkan potensi kita untuk overthinking kerana badan kita penat tidak mampu menyiapkan tugasan yang ada dalam fikiran. Sebaliknya, jika kita mendapat tidur yang cukup, bukan sahaja badan kita cukup bertenaga malah fikiran kita lebih jelas menuju ke arah matlamat kita dengan cepat dan cergas.
Baca juga 31 Tips Supaya Konsisten Sepanjang Tahun dan Meningkat 12% lebih baik
5. Bertindak untuk Menjadi Lebih Baik
Menyedari bahawa kita menjadi lebih baik dari kelmarin akan menghentikan masalah ini dengan serta merta kerana fikiran kita akan tertumpu pada tindakan yang akan kita ambil selepas itu. Inilah yang saya selalu lakukan untuk menghentikan masalah ini kerana saya yakin segalanya akan berubah apabila kita berjaya menjadi lebih baik dari sebelumnya. Ini bukan saja mengubah semangat saya, malah menajamkan fokus saya untuk membuat kemajuan dalam sesuatu projek.
Cukup dengan 5 tips dan alasan di atas maka anda akan berhenti overthinking dan tidak selalu melakukannya selepas ini. Apabila anda sudah melepasinya pada pertama kali maka cuba untuk memperbaiki rutin tidur anda agar anda dapat menyiapkan tugasan dengan cepat. Lebih cepat anda menyiapkan tugasan yang diberikan maka lebih cepatlah anda sampai ke matlamat anda. Cubalah berfikiran jelas mulai sekarang dan jangan menundanya lagi, selamat mencuba dan semoga berjaya.