Nota Blogger SEO 101 ini adalah hasil pembelajaran saya dari blogger indonesia yang bernama Mas Sugeng. Dia ialah pereka template blog saya ini. Jadi pada hari ini, saya melawat kembali blognya untuk mencari sesuatu yang baik untuk dikongsikan kepada anda.
Apa yang saya tulis disini hanya nota untuk rujukan saya pada masa akan datang. Sekiranya anda mahukan penerangan yang lebih jelas tentang artikel kali ini, silakan baca artikel penuhnya disini SEO Blogger 101: Cara Page One di Google pakai Blogger. Namun, jika anda mahukan konten yang teringkas, mari semak huraian-huraian di bawah ini.
1. Mengoptimumkan RSS Feed
Sejak akhir-akhir ini, ada pencuri konten yang menggunakan RSS Feed untuk mengambil konten-konten dalam blog kita, kemudian diterbitkan ke blog mereka.
Ini memberikan kesan buruk bagi blog kita kerana akan mengakibatkan blog kita mendapat label “Duplicate Content” oleh Google.
Nah, untuk mengatasi masalah ini, kita boleh mengoptimumkan RSS yang ada di Blogger. Caranya sangat mudah, hanya ikut langkah ini;
Cara Mengoptimumkan RSS Feed
1. Pergi ke Dashboard
2. Settings
3. Site Feed
4. Allow blog feed (Short)
5. Post feed redirect URL
6. Title and enclosure links (Aktifkan)
*Dapatkan URL Post Feed anda di Feedburner
2. Menulis Tag Meta Deskripsi Blog
Cara Mengoptimumkan Tag Meta Deskripsi Blog di Blogger
1. Pergi ke Dashboard
2. Meta tags
3. Enable search description (Aktifkan)
4. Search description (Tulis Perincian blog Anda)
3. Menulis Tag Meta Deskripsi Catatan
Setelah Tag Meta Deskripsi Blog diaktifkan, anda akan dapat melihat Tag Meta Deskripsi catatan, di sebelah kanan, tempat menulis catatan blog anda.
Gunakan ruangan ini untuk meningkatkan Click-Through Rate (CTR) artikel yang anda sedang tulis. Caranya mudah iaitu tulis satu atau dua ayat menggunakan perkataan-perkataan yang terdapat pada tajuk artikel anda.
4. Menggunakan Tag Meta Robot
Ciri ini boleh digunakan untuk memberikan arahan kepada robot mesin pencari tentang halaman mana yang boleh diindeks dan yang mana yang tidak boleh.
Sekiranya anda tidak ingin robot mesin pencari mengindeks “Archive and search page tags” anda, sila tandakan tag noindex, nofollow dan noarchive. Seperti berikut:
Cara Menggunakan Tag Meta Robot
1. Pergi ke Dashboard
2. Settings
3. Crawlers and indexing
4. Enable custom robots header tags (Aktifkan)
5. Klik Archive and search page tags
6. Kemudian aktifkan, tag noindex, nofollow dan noarchive.
5. Menggunakan Gambar Catatan
Ciri platform blogger telah menambahkan atribut “alt” dan “title” secara automatik pada gambar di dalam catatan blog.
Cara untuk memasangnya mudah hanya klik gambarnya > klik Properties > masukan kata kunci untuk gambar tersebut
6. Membuat Pengalihan Link Khas
Satu lagi ciri yang telah ada pada platform blogger terkini ialah pengalihan link khas. Pengalihan Link Khas ini berfungsi untuk mengarahkan link yang menuju ke blog kita ke satu Catatan aktif yang lain.
Sebagai contoh, anda ada catatan yang telah dihapuskan, apabila pelawat mengklik link yang telah dihapus, pelawat tersebut akan mendapat error 404.
Google sangat mengambil serius tentang perkara ini, jika tidak diselesaikan, ia boleh menganggu kedudukan blog anda dalam enjin carian, apa yang perlu anda lakukan ialah mengalihkannya ke catatan aktif lain yang ada diblog anda. Cara untuk melakukannya adalah seperti ini.
Cara Mengatur Pengalihan Link Khas
1. Pergi ke Dashboard
2. Settings
3. Errors and redirects
4. Custom redirects
5. Klik “Add”
6. Masukan URL Catatan yang telah dipadam pada kotak “From”
7. Masukkan URL Catatan yang masih aktif pada kotak “To”
8. Kemudian Aktifkan “Permanent”
9. Klik “OK” dan Save.
7. Mengedit Permalink
Secara default, permalink di blogger hanya dihadkan hingga 6 patah perkataan, sekiranya lebih itu, permalink akan terpotong secara automatik. Jika anda menginginkan lebih dari 6 patah kata, maka anda boleh menggunakan ciri ini.
Caranya boleh dilakukan semasa anda menulis catatan di blog anda. Ia diletakkan disebelah kanan paparan skrin laptop anda. Iaitu diatas tempat anda menulis “Tag Meta Deskripsi Catatan” pada nota nombor 3 tadi.
8. Template Blogger
Blogger tidaklah semewah WordPress, sebab itu sekiranya anda membangunkan blog anda melalui platform Blogger, maka Template yang anda gunakan mestilah yang mesra SEO. Template pula ada yang berbayar dan ada yang percuma.
Pastinya template yang berbayar mempunyai kualitinya yang tersendiri, jika anda mampu belilah satu template SEO Premium untuk blog anda.
Jika belum bersedia untuk memiliki template premium, gunakanlah template yang percuma, anda boleh membaca 5 Tips Memilih Blogger Template Terbaik yang saya tulis sebelum ini.
Kesimpulan
Inilah informasi terbaru yang dapat membantu anda mengenali ciri SEO yang baru bagi platform blogger. Semoga selepas ini, anda dapat Mengoptimumkan RSS Feed, Menulis Tag Meta Deskripsi Blog, Menulis Tag Meta Deskripsi Catatan, Menggunakan Tag Meta Robot, Menggunakan Gambar Catatan, Membuat Pengalihan Link Khas, Mengedit Permalink dan memilih template blogger terbaik untuk blog anda.
Diharapkan artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda, dan sekiranya YA, kongsikan kepada rakan-rakan blogger anda yang lain supaya mereka juga dapat membaca nota SEO Blogger 101 yang dipelajari dari Blog Sugeng.
Anda juga boleh subscribe blog saya ini melalui kotak Subscribe dibawah ini supaya saya boleh menghantar pemberitahuan artikel baru ke email anda. Sekian sahaja untuk hari ini, semoga bermanfaat.
Gambar Gerd Altmann