Hi guys, welcome to santrosondy.com, hari ini saya akan mengongsikan 12 nasihat untuk berjaya.
Tujuan saya menulis artikel ini adalah untuk membantu pembaca memulakan perjalanan mereka mengejar kejayaan dalam hidup.
Kaedah yang saya gunakan adalah sangat mudah kerana tidak memerlukan kos yang tinggi untuk memulainya.
Saya hanya banyak bermain dengan MASA kerana hanya itulah saja yang saya ada pada masa ini.
Bagaimana saya menggunakan masa untuk berjaya?
Berikut ini adalah huraian selanjutnya…
RODNAE Productions / Imej Pexels
1. Tanamkan minda konsisten
Nasihat pertama ialah tanamkan minda konsisten.
Kenapa?
Realiti dalam mengejar kejayaan tidaklah mudah.
Walaupun kita telah menetapkan matlamat kita ia tetap sukar kerana ada banyak drama yang berlaku di sekililing kita.
Dan drama-drama inilah yang kadang-kadang melengahkan, melalaikan, mengembirakan atau menyedihkan kita.
Namun, apabila kita mempunyai minda konsisten, kita pasti akan dapat melalui drama-drama ini kerana ketika kita bertekad untuk konsisten, seluruh tumpuan dan tenaga kita akan disalurkan kepada tindakan berterusan untuk maju menuju kepada kejayaan.
Jadi, itulah langkah pertama iaitu menanamkan minda konsisten.
Baca juga: 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun
2. Jejaki penggunaan Masa
Setelah kita memiliki minda konsisten, kita tambahkan komitmen kita iaitu menjejaki penggunaan masa.
Kenapa?
Saya andaikan kita semua bukanlah orang kaya dari segi WANG, namun kita kaya dengan MASA.
Realitinya kita banyak menggunakan masa kita dengan perkara-perkara yang menjauhkan dan memenatkan kita sehingga perkara yang sepatutnya kita lakukan tidak dapat dilakukan kerana tumpuan dan tenaga kita tidak disalurkan pada tempat yang betul.
Namun, dengan menjejaki penggunaan masa, kita akan menyedari kenapa kita tidak berjaya.
Mungkin kerana kita melihat dari hasil penjejakan masa, kita banyak meluangkan masa di media sosial berbanding bekerja untuk mencapai matlamat kita.
Itulah salah satu manfaat penjejakan masa.
Teruslah mengamalkan penjejakan masa ini kerana ia akan mempermudahkan kita untuk melakukan nasihat yang ke-3 iaitu
3. Jejaki penggunaan Wang
Pada tahap ini, kita akan mulai menguasai satu alat yang kebanyakkan orang gagal untuk mengawalnya dan alat itu dikenali sebagai WANG.
Realitinya, pada hari ini kebanyakan orang berjaya adalah orang yang pandai mengurus wang, mereka ini banyak membeli aset.
Dengan mengabungkan minda konsisten, penjejakan masa dan penjejakan wang, kita akan tahu ke mana tenaga, tumpuan dan wang kita digunakan.
Adakah kita gunakan wang kita untuk membeli arak, rokok atau buku yang membantu kita memahami matlamat kita?
Dengan menjejaki penggunaan wang, kita mungkin boleh terfikir untuk tidak menggunakan wang kita untuk satu jangka masa tertentu demi untuk membeli aset yang dapat membantu kita berjaya.
Itulah salah satu manfaat dari penjejakan penggunaan wang.
Proses ini tidak akan berhenti begitu saja sekiranya kita terus-menerus melakukan penjejakan wang.
Oleh itu, terus lakukan ini sehingga sampai pada tahap kita terfikir untuk meningkatkan wang kita, yang mana pada tahap ini memacu kita untuk melangkah ke nasihat ke-4 iaitu
4. Tentukan kerjaya yang diingini
Apabila kita mencapai tahap ini saya anggap kita benar-benar ada keinginan untuk bekerja.
Realitinya, kita diberitahu untuk tidak memilih kerja.
Nasihat seperti ini tidaklah terlalu buruk, tapi sekiranya kita benar-benar inginkan kejayaan, kita mesti pilih kerja yang kita inginkan kerana apabila kita mengerjakan pekerjaan yang kita ingini, prestasi kita akan lebih menyerlah.
Kita akan memberikan seluruh tenaga dan tumpuan kita padanya.
Dan yang lebih hebat lagi, kita bukannya bekerja tapi bercuti kerana kita seronok melakukan kerja yang kita lakukan.
Saya menyedari hakikat ini selepas 7 tahun bekerja sebagai pembantu tadbir dalam kerajaan.
Selepas kita berjaya menentukan kerjaya yang kita inginkan, perkara seterusnya yang kita perlu lakukan ialah
5. Baca buku berkaitan kerjaya
Pada tahap ke-5 ini, kita akan mulai perjalanan kita menjadi profesional dalam kerjaya kita.
Dan untuk menjadi profesional, kita mesti jelas dengan kerjaya kita.
Dengan membaca buku yang berkaitan akan meletakkan kita ditahap terbaik dalam kerjaya kita.
Kita akan dapat menyelesaikan 80% daripada semua masalah dalam kehidupan kita sebagai profesional.
Menurut Brian Tracy;
80% of all problems and professional life come from a lack of clarity what exactly is the problem.
Untuk mencapai kejelasan itu, kita mesti mulakan dengan membaca buku yang berkaitan dengan kerjaya kita.
Namun begitu, kita kena akui ada masanya membaca terlalu banyak buku mengugat pendirian asas kita.
Sebab itulah, kita kena lakukan langkah yang ke-6 iaitu
6. Tetapkan Visi dan Misi
Pada tahap ini, saya andaikan pengetahuan kita berkenaan kerjaya kita sangat tinggi, namun masih perlu dikukuhkan lagi dengan menetapkan Visi dan Misi.
Mungkin kita terfikir, penetapan visi dan misi sepatutnya dilakukan pada langkah pertama.
Inilah alasan saya…
Sebab utama saya meletakkan penetapan visi dan misi di langkah ke-6 ialah kerana pada mulanya kita tidak tahu apa-apa.
Pada mulanya, kita hanya mahu lakukan perkara yang kita tahu.
Kita mungkin tidak tahu apa itu Misi dan Visi pada mulanya, namun setelah membaca banyak buku berkaitan kerjaya kita, kita akhirnya dapat melihat secara menyeluruh apa sebenarnya yang kita mahu dalam kerjaya kita untuk jangka MASA yang lebih panjang.
Satu contoh visi yang terbaik sepanjang masa ialah Wawasan 2020 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Setelah kita menetapkan visi dan misi, kita tingkatkan lagi kualiti diri kita dengan belajar menyedari persekitaran kita pada yang langkah ke-7.
7. Memahami persekitaran
Inilah satu lagi kemahiran profesional yang perlu kita kuasai jika mahukan kejayaan yang lebih besar kerana dengan kemahiran ini kita dapat menyediakan nilai yang diperlukan untuk masyarakat yang ada disekililing kita.
Bukan itu saja, kita juga akan tahu secara umum dengan siapa kita perlu bergaul dan hindari dalam kebanyakan masa yang kita ada.
Secara umumnya, saya kategorikan 2 jenis persekitaran yang perlu kita fahami iaitu persekitaran positif dan persekitaran negatif.
Saya tidak menghuraikan terlalu panjang mengenai 2 jenis persekitaran ini kerana saya tidak tahu banyak tentangnya, cuma satu perkara yang perlu kita ingat ialah “Fahami dengan siapa kita bergaul” kerana kita manusia cenderung dibentuk oleh persekitaran kita.
Dengan mengetahui hakikat ini, adalah tanggungjawab kita untuk memilih persekitaran yang menyokong perkembangan kita.
Walau bagaimanapun, jika pada ketika ini, kita berada dalam persekitaran negatif, atau dalam kata lain kita berada di tempat yang membuat kita merasa negatif, ia akan membawa kita kepada nasihat yang ke-8 iaitu
8. Tidak mudah berputus asa
Untuk menjadi seorang yang berjaya, kita bukan saja kena konsisten malah perlu mempunyai hati yang tidak mudah berputus asa.
Inilah sikap yang dimiliki oleh pencipta mentol, Thomas Edison satu masa dulu.
Bayangkan, pada masa itu, teknologi masih tidak semaju sekarang, dan adalah sangat mustahil untuk mencipta objek yang disebut MENTOL.
Namun, selepas 1,000 percubaan dan pembelajaran, dia akhirnya berjaya membina Mentol yang menjadi asas kepada lampu yang kita ada pada hari ini.
Begitu juga dalam hidup kita pada hari ini, jika kita merasa sangat mustahil untuk berjaya, jangan akui perasaan itu sebelum kita melakukan 1,000 percubaan yang ditambah dengan pembelajaran.
Namun, ada persoalan seterusnya, kita manusia mempunyai banyak keinginan yang ingin dicapai dan kita tidak mempunyai banyak masa melakukan 1,000 percubaan untuk mencapai sesuatu, bagaimana kita menentukan projek yang betul untuk menggunakan konsep 1,000 percubaan ini?
Untuk menjawab persoalan ini, akan membawa kita ke nasihat yang ke-9 iaitu
9. Utamakan pelanggan
Salah satu sebab Thomas Edison sanggup melakukan 1,000 percubaan dalam projeknya adalah kerana dia tahu projeknya itu dapat membantu orang di seluruh dunia.
Pelanggannya adalah kita semua pada hari ini.
Oleh itu, jika kita ingin meningkatkan tahap kejayaan kita, fikirkan berapa ramai orang yang kita ingin bantu selepas ini, adakah;
- 10
- 100
- 1,000
- 10,000
- 100,000
- 1,000,000
- Seluruh dunia (Layak melakukan 1,000 percubaan)
Apabila kita dapat menentukan berapa ramai orang yang kita ingin bantu, kita boleh gabungkan Nasihat No.2 dengan No.10 iaitu
10. Tulis Matlamat harian
Nasihat ke-10 ini dapat membantu kita untuk tetap jelas dengan kedudukan semasa dan matlamat kita.
Gabungkan nasihat ini dengan nasihat no.2.
Sebagai contoh:
Tajuk: Membantu 10,000 pelanggan
Status = 18/10,000
- 13 Julai 2022 – 5
- 12 Julai 2022 – 10
- 11 Julai 2022 – 3
Atau…
Tajuk: Membantu 10,000 pelanggan
- 13 Julai 2022 – 18 (+5)
- 12 Julai 2022 – 13 (+10)
- 11 Julai 2022 – 3
Selain dapat membantu kita untuk tetap jelas dengan kedudukan semasa dan matlamat kita, nasihat ini juga dapat membantu kita untuk sampai ke nasihat yang ke-11 iaitu
11. Menguasai emosi diri
Hakikatnya manusia mempunyai emosi.
Kita bukannya robot yang tiada mempunyai perasaan.
Ada masanya kita malas, sedih, gembira, malu, takut, tertekan, rajin dan sebagainya.
Namun, dengan adanya nasihat no.10, kita boleh belajar menguasai emosi demi untuk mencapai kemajuan matlamat kita.
Kemahiran ini akan bertambah teguh dari semasa ke semasa, oleh itu teruslah melakukan nasihat no.10 agar kita secara tidak langsung dapat menguasai emosi kita.
12. Pasang niat untuk jadi lebih baik setiap hari
Nasihat terakhir dalam senarai ini ialah pasanglah niat untuk jadi lebih baik setiap hari.
Dengan adanya niat ini setiap hari, semua nasihat dari no.1 hingga no.11 akan membuat kita menyedari lebih banyak tentang diri kita dan orang lain disekitar kita.
Dan sudah tentu dengan kesedaran ini, kita akan menjadi orang yang berjaya pada masa hadapan.
Kesimpulan
Kejayaan tidak dicapai dalam satu hari satu malam.
Ia mesti dibina selangkah demi selangkah seperti kita membina dinding rumah bata.
Oleh itu, mulakan langkah pertama kita pada hari ini untuk mencapai kejayaan yang ingin kita kecapi pada masa hadapan.
itulah 12 nasihat dari saya sekiranya kita mahu untuk berjaya, walaupun ianya tidak begitu mudah.
Namun, saya yakin bagi orang yang bertekad dan konsisten boleh mengharungi semua cabaran yang menghalang apa lagi kalau kita tahu caranya.
Untuk mendapatkan lebih maklumat tentang berita, hiburan dan wanita silakan klik bharian.