1 Tahun Kemudian Selepas Mulakan Saja Blogmu

Ad Blocker Dikesan

Laman web kami dimungkinkan dengan memaparkan iklan dalam talian kepada pelawat kami. Sila pertimbangkan untuk menyokong kami dengan menyahaktifkan Ad Blocker anda.

Hi guys, hari demi hari pengalaman saya menulis blog semakin bertambah.

Sebelum ini saya risau sekiranya post saya tidak dibaca oleh kamu semua.

Saya akui yang saya sentiasa risau jika kamu tidak membaca apa yang saya tulis disini.

Kerana banyak faktor yang mungkin berpunca dari kelemahan tulisan dan reputasi saya sebagai penulis blog.

mulakan saja blogmu

Gerd Altmann (Pixabay)

Tapi tahukah kamu kenapa saya terus menulis?

Saya sedar semua perkara perlukan masa untuk mencapai tahap terbaiknya.

Saya tetap menulis kerana ada satu semangat dalam diri saya yang sentiasa memberitahu saya “Jangan berhenti, satu hari nanti, kau akan menyentuh hati pembaca kau”.

Jadi, saya pun teruslah menulis.

1. Setahun kemudian

Hari ini 5 Jun 2022, saya mengemaskini artikel ini dengan mesej yang lebih baik iaitu jika kita ingin mulakan blog kita, mulakanlah dengan konten yang berbentuk “Listicle“.

Kenapa listicle?

Ini supaya kita boleh letakkan tajuk artikel yang lebih spesifik seperti kebanyakkan artikel yang ada di blog ini.

Salah satu contohnya ialah 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun.

Selain itu, artikel berbentuk listicle juga mudah dikemaskini.

Untuk diri saya setahun lalu, Terima kasih kerana berani meneruskan perjalanan kau walaupun tidak berkeyakinan di awal perjalanan sebagai blogger ini.

Untuk rakan-rakan blogger yang baru, “Mulakan saja blogmu. Ya, Mulakan saja blogmu”.

Jumpa lagi tahun depan.

Artikel ini diterbitkan 10 Mei 2021, dikemaskini pada 5 Jun 2022.