Trafik merupakan aspek penting bagi setiap usahawan Internet khususnya Blogger.
Tanpa trafik, anda tidak akan dapat menjana apa-apa pendapatan.
Tidak hairanlah, ramai usahawan internet yang sanggup membelanjakan wang demi untuk mendapatkan Trafik yang tinggi.
Kita perlu meningkatkan Trafik ke website produk kita supaya potensi jualan produk meningkat.
Google Adsense menganggarkan potensi pendapatan bagi blogger yang menulis tentang topik kewangan adalah $12,708 atau RM51,600 setahun.
Apa yang kita boleh kaitkan disini ialah banyak syarikat atau individu yang mahu dan sanggup mengeluarkan modal tinggi untuk menarik pelanggan ke Website produk kewangan mereka.
Nah, persoalannya disini, bagaimana untuk meningkatkan Trafik ke website Produk?
Itulah yang saya akan kongsikan dengan anda pada hari ini, ada 3 langkah semuanya.
Saya harap cara ini sesuai dan mudah untuk anda aplikasikan.
Gunakan 3 cara yang saya gunakan untuk tingkatkan trafik ke blog saya.
3 Langkah Meningkatkan Trafik Ke Website Produk
1. Menulis Konten Menarik
Saya percaya setiap kita masing-masing mempunyai cerita menarik yang boleh dikongsikan dengan orang lain.
Cuma masalahnya kita tidak tahu bagaimana untuk menjadikan cerita kita menarik.
Mungkin kerana kita melihat hidup kita tidak menarik, apa lagi sempurna, sehinggakan kita tiada keyakinan untuk berkongsi dengan orang lain.
Biar saya kongsikan satu rahsia tentang pandangan umum manusia, iaitu mereka ingin berjaya.
Apalah manfaat ini untuk anda? Ya, dengan mengongsikan kejayaan-kejayaan kecil dalam hidup anda, ia akan memberikan motivasi kepada ramai orang untuk berjaya.
Jangan pernah menganggap anda tidak mempunyai apa-apa, ini kerana anda juga manusia ciptaan Tuhan.
Kita semua tahu, Manusia lebih istimewa daripada binatang, tapi percayakah anda, sedangkan orang terbijak dunia sekalipun belajar dari semut atau belalang.
Oleh itu, atas sebab apa mereka tidak dapat belajar apa-apa daripada anda (manusia)?
Harap ini dapat meningkatkan keyakinan anda.
Jadi, bagaimana cara untuk menjadikan cerita kita menarik supaya boleh meningkatkan Trafik ke Website produk kita?
Disini caranya, anda mesti mahir membuat satu ayat kesimpulan dari setiap kejayaan besar atau kecil yang berlaku dalam hidup anda.
Kemudian, huraikanya mengikut keadaan sebenar yang anda telah lalui.
DISINILAH bahagian yang penting untuk cara pertama ini iaitu setiap kali menulis konten, letakkan satu link yang menuju ke website produk anda.
Saya belajar ini dari kebiasaan seorang Youtuber tampan dan bergaya yang bernama Aaron Marino.
Anda lihatlah setiap video yang dia hasilkan, anda akan perasaan tentang bagaimana dia menghasilkan konten yang menarik sambil mempromosikan produk-produk affiliatenya.
Baca juga 31 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun
2. Kongsikan Konten Ke Media Sosial
Mungkin anda sudah terbiasa mendengar langkah ini dilaung-laungkan oleh setiap usahawan internet, tapi saya inginkan kongsikan satu perspektif baru yang saya belajar dari Seth Godin memandangkan langkah ini selaras dengan moto saya iaitu Blog, Traffic, Monetize.
Setiap kali anda selesai menulis artikel, kongsikan link artikel tersebut ke akaun media sosial anda.
Kenapa? Inilah sebabnya, amalkan ini jika anda serius dengan website produk anda, iaitu menguatkan blog anda.
Saya suka Bio akaun Twitter milik Seth Godin yang berbunyi “This is a retweet of my blog”, kemudian, bila saya melihat kontennya, semuanya berupa link ke blognya, yang menariknya disini ialah hampir setiap Tweetnya diRetweet oleh orang lain.
Jadi, saya bayangkan setiap post yang dikongsikan oleh Seth Godin tidak berhenti di akaun sosial medianya saja, tapi dikongsikan juga oleh pengikut-pengikutnya yang lain.
Sekarang bayangkan, berapa ramai yang akan melawat ke website produk anda sekiranya langkah ini diamalkan?
Tidak pasti? Cubalah selama 7 tahun, anda akan melihat hasilnya.
3. Viralkan Menggunakan Adviralizer
Saya pasti anda biasa mendengar istilah ini dan saya anggap anda sangat menyukainya kerana ia memudahkan anda untuk mendapat Trafik yang tinggi dengan usaha yang minimum. Dengan AdViralizer ( AdViralizer tidak dapat diakses pada 29/9/2021) anda boleh mendapat Trafik yang terus menerus meningkat sehingga 6 kali ganda.
Bagi blogger yang memerlukan Trafik sebanyak mungkin, bolehlah memanfaatkan Adviralizer untuk mengembangkan Reach dan Visits blog mereka seperti corak penyebaran virus Covid19 yang melanda kita pada masa ini.
Saya turut menggunakan Adviralizer supaya saya dapat menumpukan perhatian saya kepada penghasilan konten berbanding dengan promosi.
Dan yang paling penting lagi, ia dapat membantu saya mendapatkan 80% hasil dengan hanya melakukan 20% usaha.
Kesimpulan
Itulah huraian tentang 3 langkah yang saya gunakan untuk meningkatkan trafik ke blog saya yang boleh juga anda aplikasikan untuk Website produk anda.
Jika trafik adalah segalanya untuk anda, pastikan anda menulis konten menarik, kemudian mengongsikan konten ke media sosial, dan akhir sekali memanfaatkan Adviralizer.
Sebaik saja anda menyelesaikan langkah ini, anda akan mulai melihat perubahannya.
Ulangilah langkah ini sehingga mencapai angka-angka yang hebat seperti 1,000, atau 10,000, atau 100,000 seperti yang dilakukan oleh Aaron Marino dan Seth Godin.
Semoga Bermanfaat.
We are what we repeatedly do. Excellence, then, is not an act but a habit. – Will Durant based on Aristotle’s teachings