SantroSondy.com

Menu
  • Home
  • Lirik Lagu
  • Senarai
  • Tutorial
Home
Senarai
100 Idea Yang Akan Meningkatkan Bilangan Pelawat Blog

100 Idea Yang Akan Meningkatkan Bilangan Pelawat Blog

Santro May 14, 2021

Meningkatkan Bilangan Pelawat Blog adalah mudah sekiranya anda yang rajin menulis artikel setiap hari. Tabiat rajin ini mengembangkan potensi terpendam anda jika digunakan setiap hari. Mulai dari menulis dalam keadaan keliru, lalu mahir mengembangkan idea, hinggalah dapat meluluhkan hati setiap pembaca yang datang ke blog anda. Nah bercakap tentang idea ternyata manfaatnya sangat baik untuk meningkatkan kekerapan kita mengemaskini blog.

Manfaat dari idea yang kita kumpul dalam buku catatan kita dapat membantu meningkatkan bilangan pelawat ke blog kita dengan cara mempercepatkan penghasilan artikel. Jadi, dengan adanya idea yang banyak dipastikan penghasilan artikel anda dapat dipercepatkan. Pertama, kerana ternyata blog yang dikemaskini setiap hari lebih tinggi pendapatannya berbanding blog yang dikemaskini seminggu sekali atau sebulan sekali.  Kedua, kemahiran menulis akan meningkat hinggakan dapat meninggalkan kesan yang mendalam terhadap pembaca.

meningkatkan bilangan pelawat blog

Kredit: Pixabay (geralt)

Bagaimana cara mendapatkan idea dari pengalaman sendiri? Sebenarnya tidak ada cara yang khusus, cukup menggunakan deria yang kita ada sahaja. Untuk meyakinkan anda akan hal ini, senarai berikut akan memberikan anda informasi berkaitan idea yang membantu meningkatkan bilangan pelawat ke blog anda.

1. Fokus pada nombor

Nombor boleh menjadi penanda ukur bagi apa sahaja benda hebat di dunia. Ya, ternyata nombor berguna dalam mengukur nilai blog kita. Khususnya bilangan pelawat yang datang ke blog kita setiap bulan, ada berapa ramai semuanya? Tidak hanya itu saja, anda juga boleh tentukan berapa nilai yang blog anda boleh bagi kepada setiap pelawat yang datang ke blog anda.

2. Menarik Pelanggan Baru

Apabila kita kerap mengemaskini konten, pasti ada antara peminat kita yang akan menyebarkan konten kita. Dan kesan penyebaran itu, akan membawa sekurang-kurangnya 1 pelanggan baru. Bukan itu saja, jika kita sentiasa menghasilkan tulisan yang patuh SEO, pasti akan ramai pelanggan baru yang datang ke blog anda.

3. Mendekati Pembaca yang Mencari Keseronokan

Apa bila kita menulis tentang aktiviti yang menyeronokkan, pasti ada sekurang-kurangnya 1 pelawat yang akan datang ke blog kita. Jika kita dapat membuatkan pelawat ini terus merasa seronok, cara #1 atau #2 boleh berlaku.

4. Menunjukkan dan Memberitahu apa yang anda boleh lakukan

Apabila anda menjadi Blogger produk anda sendiri, anda sentiasa mempunyai peluang untuk menunjukkan dan memberitahu pelanggan apa yang anda boleh lakukan untuk mereka.

5. Membina rangkaian dalam Niche Anda

Selepas memilih produk@niche yang hebat, tulislah konten tentang bagaimana produk tersebut meningkatkan kualiti hidup anda. Kesannya, orang-orang yang kenal dengan produk tersebut akan datang ke blog anda dengan tujuan untuk mencari tahu cerita anda dengan produk tersebut. Selepas itu, tidak mustahil blog anda akan dijadikan sumber rujukan atau testimoni produk tersebut.

6. Membina Keyakinan Pelanggan

Tulis dan kongsikan cerita anda melalui blog supaya keyakinan pelanggan bertambah. Saya terfikir secara logik dan positif yang semakin kerap kita kongsikan perkembangan semasa kita, semakin meningkatlah tahap keyakinan pelanggan pada kita.

7. Mulakan Blogging Berkesan

Blogger yang berpengalaman dapat memberikan contoh pada anda bagaimana untuk memulakan blog yang berkesan. Selepas belajar dari blogger berpengalaman, cubalah untuk mengaplikasikannya supaya trafik ke blog anda meningkat.

8. Menentukan Pelanggan Sasaran Anda

Apabila anda sudah mempunyai banyak konten, Google Search Console dan Google Analitik akan mula menyediakan laporan bagi anda. Dari laporan itu, anda boleh memilih dan menentukan sendiri siapa pelanggan mahu anda tumpukan.

9. Membuat Kalender editorial

Setiap Blogger mempunyai kalender editorialnya sendiri, dan inilah yang akan membuatkan rancangan pemasaran perniagaan anda sentiasa bergerak maju ke depan. Apabila pemasaran terus berjalan, pelawat ke blog anda juga akan sentiasa ada, kesannya adalah seperti cara no.1.

10. Pikirkan kata kunci untuk setiap posting

Blogger bukan saja pandai mencari kata kunci yang sesuai untuk perniagaan anda, malah ia juga pandai memilih tempat yang sesuai untuk meletakkan kata kunci tersebut supaya potensi klik dari pelawat meningkat. Dengan sekali klik saja, pelawat akan dibawa ke blog produk.

11. Optimalkan Konten untuk Enjin Carian

Kebanyakkan Blogger biasa menyediakan konten yang teroptimasi untuk enjin carian. Kesannya, trafik akan sentiasa datang walaupun anda tidak mempromosikannya.

12.Kaitkan blog Anda dengan Kaedah pemasaran lain

Blogger mempunyai peluang untuk dapat menggunakan 4 kaedah pemasaran seperti Branding, Iklan Siaran, MLM dan Internet. Dengan hanya memberitahu alamat blog untuk beberapa saat, jumlah pelawat ke blog anda akan meningkat.

13. Memanfaatkan Ciri ringkas Twitter

Blogger tidak mempunyai masalah dalam membuat status di Twitter kerana had perkataan yang ditetapkan hanya 140 karakter. Kuncinya adalah konsisten dan Trafik ke blog anda akan meningkat dari semasa ke semasa.

14. Orang Sangat Sukakan Idea

Saya melihat bahawa hampir semua orang yang ada disekililing saya suka melihat idea. Saya fikir dengan senarai idea ini, dapat dimanfaatkan untuk menarik perhatian supaya trafik ke blog ini akan meningkat.

15. BerBlog dengan hati-hati dan niat

Setiap pertambahan yang dibuat pada blog mestilah dilakukan dengan hati-hati dan niat untuk meningkatkan reputasi jenama sesebuah blog. Ini kerana, reputasi yang baik akan menyumbang kepada peningkatan jumlah pelawat ke blog kita.

16. Blogging Efektif untuk Perniagaan

Blogging adalah medium yang terbaik untuk memberitahu secara lengkap sebarang perkembangan yang berlaku pada perniagaan kita. Website-website besar seperti Facebook, Twitter dan Instagram juga turut membangun blog kerana didapati efektif untuk mengumumkan perkembangan terbaru mereka. Saya fikir dengan mengikuti jejak mereka, jumlah pelawat ke Blog kita akan turut meningkat.

17. Cari Inspirasi dari Blog lain

Kita tidak sentiasa dibekalkan idea untuk ditulis. Dan untuk menyelesaikan masalah ini, saya akan mencari inspirasi dari blog-blog lain. Dan ada masanya juga, saya mencari idea dari Twitter dan buku-buku yang saya baca. Selepas itu, dari idea-idea yang saya peroleh, saya kembangkannya menjadi sebuah artikel. Saya mesti rajin menulis kerana, hanya itu saja cara untuk meningkatkan Trafik ke blog saya.

18. Tulis Topik Yang Relevan dengan Pembaca Sasaran

Saya fikir ini penting kerana memberi semangat kepada kita untuk terus menulis mendekati pembaca sasaran kita. Dan untuk mencapai itu, kita perlu membuat kajian supaya topik yang akan ditulis benar-benar sesuai dengan tahap pendidikan atau pengetahuan, minat, bahasa, status sosial, kumpulan umur, etnik, agama, pekerjaan, kepentingan dan hubungan antara kita dengan pembaca.

19. Kawal Anggapan Anda

Anggapan bahwa kita akan berjaya hari ini mestilah dikawal supaya tidak mengecewakan kita. Ini kerana, kekecewaan dapat mengurangkan produktiviti kita. Seperti yang saya alami akhir-akhir ini, penghasilan artikel menurun dari 5 artikel seminggu menjadi 2. Ingat, konsisten adalah kunci pada kejayaan sebagai blogger, jika kita tidak konsisten, pembacan akan meninggalkan kita.

20. Belajar dari Catatan Lalu

Catatan lalu adalah diri kita yang lalu. Jika kita pernah ditanya soalan, “Apa yang akan kau lakukan jika diberi peluang untuk kembali ke masa lalu?”. Jawapan anda mungkin setakat angan-angan, tapi dalam dunia blogging, kita sentiasa ada peluang untuk belajar dan memperbaiki catatan lalu kita.

21. Memperbaiki Perbadi Diri

Keperibadian kita juga memainkan pernanan penting untuk meningkatkan pelawat ke blog kita. Apabila perbadi kita unggul, rakan-rakan kita akan datang melawat ke blog kita tanpa diminta, kerana mereka sentiasa ingin tahu tentang siapa dan apa yang kita lakukan.

22. Mengenali Hal Sendiri

Saya fikir salah satu sebab kenapa blog kita kurang pelawat ialah kita tidak cukup mengenali diri sendiri. Apabila kita mengenal diri sendiri, kita akan tahu kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Dan menumpukan pada kekuatan kita untuk menarik lebih ramai pelawat ke blog kita. Contohnya, jika kekuatan kita adalah cepat belajar, kita kongsikan hasil pembelajaran kita diblog, bila kita rajin mengemaskini blog kita, pelawat juga akan rajin melawat blog kita kerana mereka ingin tahu apa perkara baru yang anda telah belajar.

23. Mengetahui Hal yang Diperkatakan Orang lain

Apabila kita menulis tentang hal yang banyak diperkatakan orang lain, jumlah pelawat blog kita akan meningkat. Ini kerana, kita membantu menyediakan rekod dalam bentuk tulisan, supaya pembaca dapat menyampaikan maklumat secara lisan kepada orang lain.

24. Mempunyai rekod perkembangan diri

Apabila kita sering mengongsikan perkembangan kita, jumlah pelawat blog kita akan meningkat. Ini kerana, kita membantu pelawat mengesahkan apa yang mereka yakini. Sebagai contoh, saya yakin yang aktiviti membaca boleh membantu kita menjadi kaya, dan saya menjadi lebih yakin lagi apabila melihat Bill Gates sering kali bergambar dengan buku-buku yang dia baca.

25. Berkeyakinan kerana Pengetahuan

Apabila kita berkeyakinan, jumlah pelawat blog kita akan meningkat. Ini kerana, rakan-rakan kita akan mula mencari tahu tentang kita apabila kita sering memperlihatkan keyakinan diri semasa menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada mereka. Kuncinya disini ialah berkeyakinan, dan untuk menjadi yakin kita perlu mempunyai pengetahuan. Oleh itu, gunakanlah waktu-waktu yang kita ada untuk meningkatkan keyakinan kita.

26. Menyedari Apa yang Paling Utama

Apabila kita menyedari apa yang paling utama dalam kehidupan seharian, kita cenderung berada di sekililing orang-orang yang tepat bagi kita dan membuatkan mereka kagum dengan kita. Kuncinya disini adalah berkeyakinan seperti yang saya terangkan pada Idea no.25.

27. Menulis Asas Berkaitan Industri

Apabila kita menulis teknik-teknik asas berkaitan dengan sesebuah industri, jumlah pelawat ke blog kita akan meningkat. Ini kerana, setiap orang sentiasa memerlukan asas untuk berjaya dalam sesuatu bidang. Seperti prinsip yang dipegang oleh Surgeon Michiko Daimon dalam Drama Doctor X;

Repeat the basic techniques so that it flows like water in a river, and create a beautiful final surgical field. That is the ideal surgery. And the most important thing is to never give up on the patient, no matter how hard the operation. – Dr Michiko Daimon

28. Membina Acuan Sendiri

Apabila kita dapat membina acuan sendiri dan terus menerus menggunakanya, jumlah pelawat blog kita akan meningkat. Ini kerana, kita mempunyai gaya tersendiri dalam menyampaikan mesej kita. Saya belajar konsep ini dari syarikat Apple yang mempunyai gaya dan nilai tersendiri dalam menyediakan peralatan komunikasi yang canggih. Tahukah anda, Ciri pelik inilah yang membuatkan orang lebih menyukai Apple walaupun mahal.

29. Mengetahui Kegagalan dalam Industri dan Hindarkan diri

Selepas mengetahui PUNCA kegagalan pesaing anda, jangan pernah mengulangi perkara tersebut. Jadikan kegagalan tersebut sebagai penanda aras untuk meningkatkan standard blog anda.

30. Mempunyai Matlamat Menjadi Kaya

Satu perkara yang membuat saya terus-menerus menulis artikel adalah kerana saya ingin menjadi orang kaya. Walaupun kadang-kadang saya sendiri tidak menyukai apa yang saya tulis, tapi saya kena menulis kerana hanya ini cara saya untuk menjadi kaya. Nah, bila kita menulis, maka ramailah yang akan datang ke blog kita.

31. Merekod Kejayaan blogger lain

Merekod kejayaan blogger lain bukan saja memotivasikan diri kita sendiri malah akan memotivasikan blogger-blogger yang lain. Nah, secara tidak langsung, anda telah menarik pelawat yang terdiri dari blogger untuk datang ke blog anda.

32. Tahu Bagaimana Anda Mendapat bayaran

Siapa yang tidak dapat termotivasi untuk kerana adanya bayaran yang menanti kita pada masa depan? Pasti anda juga pernah seperti ini, dimana anda malas bekerja namun disebabkan terbayang bayaran lumayan menanti di depan, kita memaksa badan bergerak tanpa berfikir panjang dan melakukan apa yang patut. Begitu juga dalam dunia blogging, walaupun kita malas menulis, kita kena terus terbitkan satu artikel setiap hari. Yakinlah, kemahiran menulis kita akan meningkat jika kita terus menerus berusaha.

33. Dapatkan Tunjuk Ajar dari Blogger Profesional

Bagi yang blogger yang baru masuk dalam dunia blogging, belajarlah dari yang profesional kerana mereka boleh membantu anda menyentuh kawasan kritikal untuk kejayaan blog anda. Apabila mereka memberikan anda tips, gunakanlah tips tersebut kerana tips itulah yang akan meningkat pelawat ke blog anda.

34. Mendekorasikan Blog

Dekorasi blog perlulah kemas agara pelawat mendapat pengalaman yang indah ketika berada dalam blog anda.

35. Membuat Senarai Menggunakan Nombor Menarik

Gunakan nombor 10, 100, 7 dan sebagainya dalam tajuk artikel anda. Amalan ini meningkatkan daya tarik blog anda kerana kebanyakkan manusia mahukan idea yang banyak. Jadi, dengan menggunakan nombor pada tajuk artikel, anda memberikan pembaca anda masa untuk memilih. Inikan membantu meningkatkan pelawat ke blog anda.

36. Mengongsikan Contoh Berkaitan Industri

Daya tarik blog anda akan meningkat sekiranya anda menggunakan banyak contoh berkaitan rapat dengan sesuatu industri. Sebagai contoh, saya menyukai satu perkataan iaitu konsisten. Jadi, dengan ada cerita seperti BELAJAR KONSISTEN akan membuat saya berulang-alik ke blog ini 2-3 kali sebulan. Jadi, gunakanlah contoh atau cerita dalam artikel di blog anda.

37. Fikir Positif tentang Hasil yang diharapkan

Fikiran positif sangatlah diperlukan sekiranya kita menginginkan bilangan pelawat yang ramai. Jika tidak, kita akan lemah semangat dalam menghasilkan artikel, kerana tanpa semangat yang kuat, seseorang tidak boleh maju ke depan. Jadi, berfikirlah positif tentang hasil yang anda akan dapat jika terus-menerus menerbitkan konten di blog anda.

38. Membuat Senarai Peralatan Memudahkan Penerbitan artikel

Mungkin ramai blogger pemula yang mempunyai kekangan kewangan untuk membeli kemudahan yang mempercepatkan penghasilan konten. Jangan risau buatlah dahulu senarai itu, dan terbitkannya di blog anda. Biarkan senarai ini menarik lebih ramai blogger lain untuk ke blog anda. Nanti, bila hasil adsense anda sudah boleh di withdraw, bolehlah anda beli peralatan-peralatan tersebut.

39. Gunakan perkataan Yang Blogger gunakan

Apabila anda ingin menarik perhatian dalam kalangan blogger, gunakanlah perkataan yang sering mereka gunakan dalam penulisan anda. Ini juga akan menarik mereka ke dalam blog anda.

40. Berhubung dengan Blogger Tempatan dan luar

Berhubung dengan blogger tempatan dan luar membantu kita mengetahui kaedah blogging yang paling efektif. Ini kerana ada masanya, blogger dari luar lebih cepat menerima maklumat tentang kaedah efektif berbanding blogger tempatan. Dan begitu juga sebaliknya.

41. Mengembangkan Tabiat Berkaitan

Apabila anda mempunyai tabiat yang baik, apalagi tabiat itu berkaitan dengan konten kita di blog, pelawat kita bukan saja dari luar tapi kenalan-kenalan terdekat kita. Oleh itu, sangat penting sebenarnya mempunyai tabiat yang baik ni. Betulkan?

42. Minda Rekod untuk Kemajuan

Ini pula membantu kita agar bersemangat untuk menerbitkan artikel. Selain kita yang bersemangat mengetahui kemajuan blog kita, orang lain juga mungkin teringin mengetahui kemajuan kita melalui blog kita.

43. Terbaik dalam satu Kata Kunci

Apabila anda menulis artikel terbaik tentang satu kata kunci yang popular di Google, tidak dapat diragukan lagi, trafik ke blog anda akan meningkat secara drastik selepas beberapa bulan.

44. Memupuk Tabiat untuk Berjaya

Tabiat untuk berjaya yang saya maksudkan disini habiskan apa yang telah anda mulakan. Sebagai contoh, sekiranya anda telah mula menulis satu artikel, jangan lagi padam artikel itu, siapkan artikel itu sampai berjaya diterbitkan. Sentiasa amalkan seperti itu.

45. Sentiasa Menjadi Yang Terawal

Apabila ada lagu-lagu terbaru, tuliskan liriknya dan postkan di blog anda. Bila anda melakukan ini, pasti ramai yang melawat ke blog anda kerana memerlukan lirik yang anda kongsikan itu. Bukan itu saja, blog anda juga berpotensi untuk menjadi no 1 dalam enjin carian Google.

46. Terangkan Isi Dengan Ringkas

Idea ini boleh digunakan jika anda masih baru dalam dunia blogging namun bertekad untuk menerbitkan artikel setiap hari. Saya sering menggunakan idea ini untuk memastikan saya dapat menerbitkan artikel baru setiap hari. Ini kerana, blog yang dikemaskini setiap hari mampu mendapat trafik yang lebih baik berbanding blog yang dikemaskini seminggu atau sebulan sekali.

47. Terangkan Isi Penuh Perincian

Berbeza pula idea saya bagi blogger yang sudah lama hidup dalam dunia blogging. Ini kerana kemahiran menulis mereka sudah berada ditahap yang terbaik. Matlamat seterusnya yang perlu dilakukan untuk meningkatkan trafik ke blog mereka ialah menerangkan isi dengan penuh perincian untuk menarik pembaca yang bukan saja memerlukan idea tapi juga huraian terperinci mengenai idea tersebut.

48. Dapatkan Inspirasi dari Produk Anda

Apabila anda membeli suatu produk, tulislah pandangan anda tentang produk tersebut. Ini supaya orang lain yang menggunakan produk yang sama akan melawat blog anda. Dengan mudah, anda sudah berjaya meningkatkan trafik ke blog anda.

49. Kongsikan Tutorial Mudah

Sekiranya anda tahu melakukan beberapa hal kecil, kongsikan tutorial di blog anda kerana ada ramai sebenarnya yang ingin belajar kemahiran yang anda miliki. Selain itu, ini juga akan mengalakkan anda belajar lebih banyak lagi kemahiran.

50. Kumpulkan Perkara Hebat Dalam Industri

Kumpulkan perkara-perkara hebat yang anda lihat dalam sesuatu industri. Artikel seperti ini akan menarik orang yang ingin meningkatkan kemahiran mereka dalam industri tersebut. Sebagai contoh, penggunaan Excel, kumpulkan perkara hebat yang boleh dilakukan menggunakan excel seperti yang channel Other Level’s.

51. Menyelesaikan Masalah Dalam Industri

Apabila anda melihat satu masalah dalam sesuatu industri, anda boleh melakukan kajian dan tulis penemuan tersebut di blog. Biarkan penyelesaian itu ada di blog anda, lambat laun orang yang berkaitan dengan idustri tersebut akan melawat blog anda.

52. Gunakan Gambar Thumbnail

Satu gambar dapat mengungkapkan 1000 makna. Selain itu, gambar juga dapat memberikan pengalaman yang baik kepada pelawat anda. Ini bukan saja membuatkan mereka berlama-lama di blog anda, tapi juga akan membuatkan mereka teringat-ingat akan blog anda. Amalan ini akan mengukuhkan kesetiaan pembaca lama kepada blog anda.

53. Kurangkan Widget dan Sidebar

Terlalu banyak widget pada sidebar blog anda membuatkan pembaca hilang tumpuan. Apabila hilang tumpuan, mereka akan sukar untuk melihat tentang apa sebenarnya blog anda. Biarkan pembaca mengenal blog anda satu langkah dalam satu masa. Cukuplah dengan meletakkan Enjin carian dan Recent Post seperti yang saya lakukan pada blog ini.

54. Halakan Halaman Terpenting Anda

Sangat penting untuk memperlihatkan post yang memperlihatkan kekuatan blog anda. Ini akan memberitahu pelawat mengenai masalah yang anda boleh bantu mereka selesaikan. Sekiranya anda ingin lebih ramai yang datang ke blog anda, utamakanlah apa yang diperlukan pembaca sasaran anda, kerana tanpa mereka, blog anda tidak dapat membantu anda menjana pendapatan yang lumayan.

55. Guna 3-5 Baris Ayat untuk satu perenggan

Biasakan membuat perenggan dengan hanya 3-5 baris sahaja. Amalan seperti ini memudahkan pembaca scan keseluruhan artikel anda terlebih dahulu sebelum membaca lebih terperinci mengenai isi yang menangkap perhatian mereka. Selain itu, amalan ini juga memberikan pengalaman yang baik pada pembaca anda. Jadi, tidak hairanlah jika selepas mereka datang ke blog anda pada pertama kali, mereka jatuh hati dan berulang-kali datang melawat.

56. Gunakan bullet point dan Senarai

2 Ciri ini juga dapat memberikan pengalaman yang baik pada pembaca. Jadi jangan segan-segan untuk menggunakan ciri ini dalam setiap artikel yang anda tulis. Ini kerana, ada juga pembaca yang suka menyalin isi-isi tanpa membaca penuh artikel anda. Terus amalkan seperti ini, agar mereka akan datang menyalin idea lain yang ada di blog anda.

57. Gunakan Sub-Heading

Ya, ini paling penting kerana ini juga termaksuk dalam praktis SEO yang baik. Ini bukan saja memudahkan pembaca untuk mengenalpasti idea anda, tetapi juga memudahkan Google mengesan artikel anda untuk disajikan kepada pelanggan-pelanggan enjin carian mereka.

58. Gunakan Gambar Untuk Sampaikan Mesej

Mulakan post anda dengan gambar. Sebagai contoh anda ingin menyelesaikan masalah sinki yang bocor. Anda boleh tangkap gambar sinki yang bocor itu dan mulalah menulis tentang cara bagaimana anda menyelesaikan sinki yang bocor itu.  Gambar yang anda tangkap itu hanya untuk menarik perhatian pembaca-pembaca yang belum pernah datang ke blog anda.

59. Tulis Artikel Yang Membantu Pelanggan Memahami Produk

Jika anda menonton sesuatu iklan, tulislah mengenai iklan itu secara terperinci dengan memberikan lebih banyak lagi info berguna dan membantu pembaca lebih memhami produk tersebut. Jangan lupa menggunakan gambar atau cerita untuk mengembangkan pemahaman pembaca.

60. Menjawab Persoalan Pelanggan Berkaitan Topik Trending

Ini lagi satu cara untuk meningkatkan trafik ke blog anda iaitu dengan menimbulkan atau menjawab persoalan yang berkaitan dengan topik trending di internet.

61. Kongsikan Tips, Triks dan Tutorial

Memang tidak dapat dinafikan lagi, artikel yang berbentuk tips, tricks dan tutorial dapat menarik lebih ramai orang untuk datang ke blog anda. Ini kerana, anda membantu mereka menyelesaikan masalah dan mempermudahkan hidup mereka dengan tips, trik dan tutorial yang anda gunakan.

62. Gunakan Sumber Terpercaya untuk Meningkatkan Kredibiliti

Ketika menulis artikel, tingkatkan kredibiliti anda dengan memautkan artikel tersebut dengan sumber-sumber yang dipercaya seperti dari website-website kerajaan atau dari pakar-pakar dalam sesuatu bidang. Ini bukan saja meningkatkan kredibiliti anda sebagai penulis malah blog anda juga akan mendapat tempat yang lebih dalam enjin carian Google.

63. Utamakan Kualiti Artikel

Anda tidak akan pernah kerugian jika anda mengutamakan kualiti artikel anda. Ini kerana orang sekarang lebiha tertarik dengan konten yang berkualiti. Jadi, utamakanlah kualiti setiap kali anda menulis konten.

64. Kemaskini blog Secara konsisten

Kunci kejayaan adalah konsisten. Saya fanatik dengan perkataan konsisten ini kerana dengan konsisten kita boleh sentiasa menjadi lebih baik dari kelmarin.  Selain itu, jika kita konsisten, potensi untuk menarik lebih ramai pelawat akan menjadi lebih tinggi kerana pesaing-pesaing kita mungkin tidak konsisten. Jadi, kita kena ambil peluang itu dengan mengemaskini blog secara konsisten.

65. Berpegang Pada Jadual Yang Dirancang

Jadual yang anda rancang pastinya memudahkan anda mengurus masa agar tidak mengabaikan perkara-perkara lain dalam hidup anda. Yang mana, jika ia terganggu akan menyebabkan rentak menulis anda terganggu. Jadi, berpeganglah pada jadual yang anda telah rancang agar anda sentiasa dapat melayani pembaca blog anda disamping menjalankan tanggungjawab harian anda.

66. Terbitkan Hanya 1-2 Artikel Seminggu Bagi Pemula

Ini idea untuk blogger pemula, saya cadangkan untuk anda mulakan dulu dengan menghasilkan 1-2 artikel seminggu. Selepas anda yakin dan mempunyai banyak masa, barulah berusaha untuk menghasilkan 1 artikel setiap hari. Ini penting agar anda tidak terputus hubungan dengan pembaca anda.

67. Membaca Blog Lain

Dengan membaca artikel dari blog lain, anda akan mengetahui apa topik terpopular dalam blog tersebut. Jadi anda boleh menulis topik tersebut di blog anda agar pembaca dari blog ini singgah ke blog anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah hasilkan artikel yang lebih baik dari blog yang anda baca. Huraikan lebih lanjut mengenai kelemahan yang ada pada artikel yang anda telah baca itu.

68. Buat Senarai Panjang Tentang Idea Blog

Orang ramai sentiasa sukakan senarai yang panjang, apalagi kalau senarai itu adalah tentang topik yang mereka sukai. Jadi, jangan lupa hasilkan artikel seperti ini di blog anda. Anda boleh melihat sendiri bagaimana saya menggunakan teknik ini saat ini telah pun berjaya menarik perhatian anda. Sebenarnya bukan hanya anda yang tertarik, ada ramai lagi yang tertarik. Gunakanlah teknik ini.

69. Gunakan Pemasaran Email

Penggunaan alat pemasaran email juga dapat membantu anda menjaga pembaca secara konsisten iaitu dengan menghantarkan update terus ke email mereka setiap kali anda menerbitkan artikel baru. Ada banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan pemasaran email, anda boleh mencari sendiri di internet. Jika anda inginkan alat pemasaran email yang saya gunakan anda boleh melihatnya di halaman Product saya.

70. Buat senarai 10 Terbaik

Orang sentiasa ingin tahu perkara terbaik yang berlaku dalam hidup kita. Jadi, buatlah artikel yang menunjukkan 10 terbaik pada pandangan anda, dan huraian secara panjang lebar kenapa anda menyukainya. Selalunya, artikel seperti ini dapat menarik rakan-rakan anda untuk mengenali anda lebih dekat. Keadaan ini secara langsung dapat meningkatkan trafik ke blog anda.

71. Buat Video Ucapan Sebulan Sekali

Dalam banyak-banyak cara, inilah yang paling sukar bagi saya sendiri kerana saya agak lemah dalam berkata-kata. Tapi, saya tahu cara ini sangat berkesan meningkatkan trafik ke blog anda. Ini kerana, pembaca dapat melihat siapa orang disebalik tulisan-tulisan yang ada di blog kita.

72. Kenali Pembaca Anda

Apabila kita mengenali pembaca kita, proses penulisan artikel akan menjadi lebih mudah dan tepat kerana kita menulis apa yang pembaca kita suka. Apabila pembaca kita suka, peluang untuk blog kita menjadi viral akan lebih tinggi. Jadi, dari sudut ini pun kita boleh tingkatkan trafik ke blog kita.

73. Buatkan Pembaca Bertambah Yakin

Ada banyak cara untuk menambahkan keyakinan pembaca, antaranya ialah menerbitkan artikel setiap hari. Jadi, apabila pembaca yakin, sekali lagi, peluang untuk blog anda tersebar bertambah lebih tinggi.

74. Kembangkan Senarai Nama Popular dalam Industri

Secara spesifiknya, artikel seperti ini dapat menarik orang-orang yang baru masuk dalam sesuatu bidang ini kerana mereka memerlukan nama-nama ini untuk dijadikan mentor atau orang yang boleh dirujuk berkenaan dengan industri pilihan orang-orang baru ini. Jadi, jangan abaikan artikel seperti ini.

75. Mulakan dengan Apa Yang Ada

Jika anda tidak mempunyai idea untuk dikongsikan, lihat diri anda atau sekeliling anda. Tulislah apa-apa yang menarik deria anda yang anda percaya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pembaca-pembaca anda. Contohnya, jika anda suka mengemas, tulislah cara-cara anda mengemas.

76. Kumpulkan Maklumat Persembahkan dalam Graf dan Statistik

Artikel yang dipersembahkan dalam bentuk graf dan statistik juga menarik pada pendapat saya kerana saya suka melihat perkembangan sesuatu perkara apalagi kalau ia dipersembahkan dalam bentuk graf dan statistik. Saya yakin, artikel seperti ini dapat menarik perhatian rakan-rakan blogger yang ada diluar sana.

77. Gunakan Google Analitik

Gunakanlah Google analitik untuk mengesan kelemahan blog anda. Setiap kali anda menemui kelemahan blog anda, perbaikilah kelemahan tersebut agar dapat meningkatkan kedudukan blog anda di enjin carian Google, sekaligus meningkatkan trafik ke blog anda.

78. Senaraikan Konten Terbaik

Konten terbaik yang saya maksudkan disini ialah konten yang mendapat kunjungan ramai. Mula-mula senaraikan konten terbaik anda, dan buat konten lain yang berkaitan dengan konten tersebut. Cranya ialah mencari kelemahan konten terbaik anda, tulislah satu artikel untuk memperbaiki kelemahan tersebut. Dengan cara ini, bukan saja meningkatkan trafik ke blog anda malah menaikkan kedudukan konten terbaik anda itu lebih tinggi dari sebelumnya dalam enjin cari Google.

79. Jadikan Tajuk Artikel lebih Menarik

Kenalpasti artikel yang kurang pelawat, kemudian perbaiki artikel tersebut dengan menambahkan lebih banyak maklumat dari sebelumnya. Tindakan anda ini dapat membantu memperbaiki kedudukan artikel tersebut di dalam enjin carian Google. Dan ubahlah tajuk artikel tersebut menjadi lebih menarik agar pelawat-pelawat yang ada di blog anda perasaan akan kewujudannya.

80. Menunggu Masa yang sesuai

Ada sesetengah artikel yang sangat mendapat perhatian pada masa-masa tertentu. Selalunya artikel seperti ini tinggi cariannya di Google pada musim-musim perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, dan Krismas. Apa yang perlu anda lakukan ialah jadualkan satu atau dua artikel yang sesuai dengan perayaan- perayaan ini dan auto-publishkan nya pada hari atau 2 hari sebelum perayaan-perayaan penting di Malaysia ini. Ini akan melonjakkan jumlah trafik ke blog anda.

81. Setupkan Akaun Sosial Media Khas Blog Anda

Anda perlu membuat akaun di semua sosial media untuk memudahkan anda menyebarkan artikel anda. Utamakan sosial media seperti Facebook, Twitter, Instagram dan LinkedIn. Letakkan link blog anda di bahagian bio agar semua kenalan anda dapat pergi ke blog anda melalui akaun sosial media anda.

82. Gunakan Hootsuite untuk promosikan Konten di Sosial Media

Gunakanlah perkhidmatan Hootsuite untuk menyebarkan artikel anda di sosial media seperti Facebook, Twitter, Instagram dan LinkedIn. Ini sedikit sebanyak akan meningkatkan trafik ke blog anda secara drastik, namun kena ingat, jika anda berhenti melakukan ini, trafik ke blog anda juga akan berkurang dan kembali seperti biasa sebelum ini iaitu sebelum anda aktif menyebarkan artikel anda di sosial media.

83. Tambahkan Butang Share Ke blog anda

Tambahkan butang share ke blog anda untuk memudahkan pembaca-pembaca anda mengongsikan artikel anda kepada kenalan mereka. Dan tinggalkan masej untuk mengalakkan mereka mengongsikan artikel anda. Amalan ini akan meningkatkan trafik ke blog anda.

84. Bina halaman Contact

Binalah halaman contact untuk blog anda agar pembaca merasa lebih aman dalam blog anda. Ini boleh meningkatkan pengalaman yang baik pembaca dalam blog anda.

85. Bina Halaman Disclaimer

Bina juga halaman Disclaimer agar pembaca tahu apa yang berlaku ketika berada di blog anda. Ini juga boleh meningkatkan pengalaman yang baik pembaca dalam blog anda.

86. Kongsikan Konten Lebih Dari Sekali

Selepas anda membuat konten, kongsikanlah konten tersebut setiap hari selama sebulan untuk memberitahu dunia luar tentang kewujudan konten anda itu. Kalau mengikut pengalaman saya kesan trafik itu akan berlanjutan selama sebulan selepas anda berhenti mempromosikan konten anda.

87. Bina Halaman Start Here untuk pelawat baru

Ini saya lihat dari Problogger, dia menggunakan kaedah ini untuk membuat pelawat baru memulai perjalanan penelusuran ke bahagian-bahagian penting blognya. Saya fikir kaedah ini juga dapat membuat pelawat datang semula untuk menghabiskan pernelusuran yang telah dimulakannya.

88. Bina Jadual Sokongan

Jadual sokongan adalah jadual untuk menyokong idea nombor 65. Sekiranya terdapat kelemahan pada jadual tersebut, anda gunakan jadual ini untuk menyemak dan menyenaraikan kelemahan-kelemahan blog anda. Ini sangat penting untuk menjadikan blog anda lebih disukai pelawat.

89. Kaji Tagline Blog

Buatlah tagline blog yang mudah diingati oleh pembaca. Seperti tagline blog ini, “konsisten sampai kaya” mengambil masa berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun untuk saya menemukannya. Syukur pada tahun ini barulah saya berpuas hati dengan tagline ini. Tagline ini akan melekat dalam fikiran pembaca dan mungkin mereka akan kembali lagi di blog ini pada bila-bila masa, sementara itu saya akan terus menghasilkan artikel agar mereka mendapat manfaat dari lawatan mereka itu.

90. Ikuti Blog Lain Dalam Niche yang Sama

Kebaikan mengikuti blog lain yang mempunyai niche yang sama ialah kita boleh mendapat maklumat yang lebih terperinci lagi. Dengan adanya artikel seperti ini, kita akan mendapat idea untuk menulis artikel seterusnya untuk blog kita. Ingat kunci mendapatkan trafik yang tinggi ialah update blog konsisten.

91. Komen di Blog lain

Dengan meninggalkan komen di blog lain, anda sebenarnya sedang membina hubungan dengan blogger lain. Perlu anda ketahui, hubungan antara blogger adalah hubungan yang paling menguntungkan kerana hanya antara blogger yang tahu bagaimana seseorang blogger menjana pendapatan dengan adsense.

92. Kongsikan Idea Penambahbaikan

Sebagai sambungan pada idea yang ke-91, semasa mengomen, kongsikanlah idea yang dapat menambahbaik artikel tersebut. Ini akan menarik perhatian pemilik blog dan beberapa orang yang membaca komen berguna anda. Tidak mustahil mereka akan mencari anda melalui blog anda.

93. Letakkan CTA yang jelas

Semasa mengakhiri artikel anda, tinggalkan Call to Action yang mengalakkan pembaca untuk mengongsikan artikel anda. Dan percayalah, satu orang yang mengongsikan artikel anda akan membaca sekurang-kurangnya 2 pelawat. Walaupun hanya angka yang kecil ia tetap menyumbang kepada peningkatan trafik ke blog anda.

94. Perbaiki Link yang Rosak

Link yang rosak boleh mengakibatkan reputasi blog anda rosak di mata Google. Keadaan ini menyebabkan kedudukan blog anda dalam enjin cari akan menurun dan menyebabkan sukar untuk ditemui oleh pelanggan-pelanggan Google. Anda boleh mengesan link bermasalah di blog anda dengan mengunakan https://www.brokenlinkcheck.com/.

95. Bina Halaman About yang Hebat

Halaman About yang hebat akan meninggalkan kesan besar kepada pembaca hingga membuat mereka teringat-ingat akan blog anda. Salah satu cara untuk membuat halaman about yang hebat ialah dengan menceritakan kisah hidup anda. Pembaca akan lebih senang memahami mesej anda jika disampaikan dalam bentuk cerita.

96. Jadi blog anda menarik secara visual

Memang tidak dapat dinafikan blog yang menarik secara visual memberikan perasaan yang tenang kepada pembaca. Ini sekaligus memberikan pengalaman positif yang memungkinkan pembaca akan datang kembali ke blog anda untuk merasakan ketenangan dan melihat daya tarik yang ada di blog anda.

97. SEO On Page

Amalkan SEO On Page agar anda mendapat pelawat dari enjin carian Google. Sebenarnya saya hanya bergantung 100% pada SEO on page bagi meningkatkan pelawat ke blog saya kerana saya agak malas untuk membuat SEO off page atau dengan kata lain, saya malas untuk mempromosikan artikel saya. Saya hanya mahu menulis artikel yang berkualiti dan biarkan pelawat datang mencari artikel saya. Kerana saya percaya, kualiti akan menarik lebih banyak pelawat ke blog saya.

98. Hasilkan idea baru dari posting lama

Jika anda menyedari betapa pentingnya mengemaskini artikel setiap hari, namun anda kekurangan idea, anda boleh melakukan ini iaitu menghasilkan idea baru dari postingan lama. Apa yang perlu anda lakukan ialah baca dan ambil idea yang timbul dalam fikiran anda semasa membaca. Selepas itu, kembangkanlah idea itu agar blog anda sentiasa terupdate.

99. Perbaiki Kelemahan Blog

Tidak kira siapapun anda, atau berapa lama pun anda menulis untuk blog, pasti akan ada kelemahannya. Cuma yang membuatkan blog anda termasuk dalam kategori berjaya ialah kecepatan anda memperbaiki kelemahan blog anda. Sebenarnya Google juga memegang prinsip sama dalam mengembangkan syarikat mereka kerana mereka percaya apapun yang mereka lakukan sentiasa ada ruang untuk penambahbaikan itulah sebabnya Google tetap menjadi enjin carian nombor 1 di dunia sampai hari ini.

100. Tingkatkan Angka dengan Strategi

Idea yang ke-100 ini bergantung pada keinginan anda untuk meningkat. Kerana jika anda mempunyai keinginan seperti ini, anda akan sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan trafik ke blog anda. Cara mudah untuk mengukur peningkatan ialah menggunakan angka. Sebagai contoh, Buat 1 perkara untuk capai 100 pelawat dalam sehari. ATAU buat 10 perkara untuk capai 1000 pelawat dalam sehari. Begitulah seterusnya.

Itulah 100 idea untuk meningkatkan trafik ke blog anda sebanyak 1-10% dalam satu-satu masa. Apapun idea anda, gunakanlah dengan konsisten maka hasil yang anda tuai nanti pun akan konsisten. Mengongsikan idea kepada rakan-rakan blogger merupakan hal yang baik. Memberikan idea yang bernilai pastikan akan membawa ramai pembace ke blog anda. Selamat menulis artikel dan bawalah blog anda ke peringkat yang lebih baik dari kelmarin. Ayuh Maju!!!

Share
Whatsapp
Tweet
Linkedin
Telegram
Email
Prev Article
Next Article

Recent Posts

  • 3 Strategi untuk Membina Tabiat Baik, Menurut James Clear
  • 31 Contoh Ayat Aktif
  • 31 Ayat Ayat Sweet
  • 10 Aksesori Mudah Alih yang Wajib Dimiliki
  • 31 Tips Untuk Membuat Hari Ini Lebih Baik dari Semalam

Tags

ayat bahagia Baju belajar berjaya blogger buku cinta google janji jenama kasih kata kata kehidupan kereta kerja komunikasi konsisten malaysia otak pelajar pelanggan perniagaan rindu rumah sahabat sakit sayang SEO setia tiktok twitter universiti wang wanita youtuber

SantroSondy.com

Copyright © 2023 SantroSondy.com
About | Contact | Privacy Policy | Disclaimer