SantroSondy.com

Menu
  • Home
  • Lirik Lagu
  • Senarai
  • Tutorial
Home
Senarai
3 Aspek Penting Mengurus Diri Mengejar Kekayaan

3 Aspek Penting Mengurus Diri Mengejar Kekayaan

Santro Sondy April 30, 2021

Pada waktu kita tingkatan 1, kita telah belajar tentang “Sumber Tenaga” dalam buku sains bab 6.

Dalam bab itu, kita didedahkan dengan sumber yang boleh diperbaharui dan sumber yang tidak boleh diperbaharui.

Tapi hari ini kita akan mengenali 3 aspek penting mengurus diri untuk kekayaan iaitu Masa, Tenaga, dan Wang.

Cekap dalam mengurus 3 aspek ini membantu kita bertambah-tambah kaya setiap tahun.

Berikut adalah huraiannya.

Aspek Penting Mengurus Diri Mengejar Kekayaan

Gerd Altmann (Pixabay)

1. Masa

Masa sentiasa berjalan maju ke depan.

Begitu juga dengan umur kita yang semakin hari semakin meningkat.

Subjek tentang Masa memerlukan masa yang panjang untuk dikuasai.

Tidak cukup dengan mengetahui jumlah jam dalam sehari, jumlah hari dalam seminggu, sebulan dan setahun.

Bertindak pada masa yang tepat dan berkembang baik setiap tahun juga termasuk dalam subjek Masa.

Jika kita ingin menjadi kaya, jadilah pelajar Masa yang tekun.

2. Tenaga

Pada usia belasan tahun, tenaga kita sangat banyak.

Tapi sayang, kita tidak tahu menumpukan tenaga kita pada tempat yang betul.

Kita melakukan semua yang kita inginkan sesuka hati kita dan selagi ada tenaga.

Pada masa tingkatan 1, kita diajar untuk mengurus tenaga yang terhad agar sentiasa dapat digunakan untuk kemudahan manusia.

Sekarang, gunakan prinsip yang sama untuk mengurus tenaga kita agar dapat digunakan untuk mengembangkan kualiti diri seterusnya mengumpulkan kekayaan.

Jangan lupa masukkan MASA dalam menguruskan TENAGA.

Baca juga -> 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun

3. Wang

Hampir kebanyakkan daripada kita tidak dapat mengawal diri ketika mempunyai wang di tangan.

Kebijaksanaan kita seolah-olah menurun selepas hari gaji dan digantikan dengan keyakinan yang tinggi tanpa berfikir panjang.

Kita membuat keputusan bukan lagi dengan pertimbangan yang waras, tapi dengan emosi yang inginkan sesuatu dengan cepat.

Saya sendiri merasa bahawa saya lagi bijak beberapa hari sebelum gaji, berbanding beberapa hari selepas gaji.

Dan saya simpulkan bahawa, kita miskin kerana kita turunkan kebijaksanaan kita ketika memegang wang.

Oleh itu, sekarang, kekalkan dan jangan biarkan keyakinan membuta tuli menutupi kebijaksanaan kita ketika hari gaji.

Kesimpulan

Mengadun ketiga-tiga aspek ini dalam tempoh 7 tahun akan membantu kita sampai ke satu tahap kewangan yang tinggi.

Tapi jika kita amalkannya seumur hidup kita, tidak mustahil kita akan dapat mencapai gelaran jutawan.

Sedarlah, dengan pengurusan yang baik, kita manusia sangat berpotensi untuk berkembang menjadi lebih baik.

Dapatkan lebih banyak info berkaitan potensi kita dengan mengklik Personal Karma.

Share
Whatsapp
Tweet
Linkedin
Telegram
Email
Prev Article
Next Article

Recent Posts

  • 3 Strategi untuk Membina Tabiat Baik, Menurut James Clear
  • 31 Contoh Ayat Aktif
  • 31 Ayat Ayat Sweet
  • 10 Aksesori Mudah Alih yang Wajib Dimiliki
  • 31 Tips Untuk Membuat Hari Ini Lebih Baik dari Semalam

Tags

ayat bahagia Baju belajar berjaya blogger buku cinta google janji jenama kasih kata kata kehidupan kereta kerja komunikasi konsisten malaysia otak pelajar pelanggan perniagaan rindu rumah sahabat sakit sayang SEO setia tiktok twitter universiti wang wanita youtuber

SantroSondy.com

Copyright © 2023 SantroSondy.com
About | Contact | Privacy Policy | Disclaimer