Mematikan Emosi Negatif

Ad Blocker Dikesan

Laman web kami dimungkinkan dengan memaparkan iklan dalam talian kepada pelawat kami. Sila pertimbangkan untuk menyokong kami dengan menyahaktifkan Ad Blocker anda.

Hidup dengan emosi yang negatif boleh menganggu keharmonian diri dengan orang-orang yang ada di sekeliling.

Apalagi jika seseorang itu sentiasa menggunakan emosi dalam membuat keputusan. Emosi negatif seperti Marah, Takut, Kesedihan mendalam, putus asa, Perasaan bersalah, Perasaan malu, Benci, Iri/dengki, Khawatir/cemas, Dendam, Kesepian, Ketidakpuasan, Terluka, Kecewa, Sakit hati dan Penyesalan mendalam.

Dalam jangka masa yang panjang, emosi-emosi negatif ini merosakkan diri sendiri dan kerosakkannya bukan saja dari luar malah dari dalam juga.

Emosi negatif membentuk personaliti yang pasif, muram, lesu dan tidak bersemangat. Kembalilah kepada pencipta kita untuk memohon kepada-Nya menumbuhkan emosi positif dalam diri kita setiap hari.

Satu hari nanti, emosi positif pasti akan menebal dalam diri kita sendiri, sekarang kita mesti mula membina asas emosi positif tersebut.