SantroSondy.com

Menu
  • Home
  • Lirik Lagu
  • Senarai
  • Tutorial
Home
Senarai
3 Sebab Mesti Ada Keinginan Mahukan Yang Terbaik

3 Sebab Mesti Ada Keinginan Mahukan Yang Terbaik

Santro January 12, 2021

Kita sentiasa mahukan yang terbaik dalam hidup kita.

Corak pemikiran seperti ini akan membuat kita keluar dari zon selesa kita.

Selain itu, ada 3 sebab lain kenapa keinginan mahukan yang terbaik mesti ada dalam diri kita.

Berikut adalah huraiannya.

Sebab Mesti Ada Keinginan Mahukan Yang Terbaik

Kredit: RODNAE Productions (Pexel)

1. Menemui kelebihan diri

Semua orang mahukan yang terbaik pada diri mereka

Dan Kemahuan seperti ini sangat baik untuk diri kita apa lagi kalau wujud ketika kita ingin memberikan sesuatu pada orang lain.

Tapi, tidak semua perkara akan berlaku mengikut kemahuan kita.

Kita akan gagal dan gagal lagi.

Sehingga akhirnya kita menemui kelebihan yang dapat memanfaatkan lebih banyak orang.

2. Melihat yang terbaik pada orang lain

Kemahuan seperti ini mendorong kita untuk melihat perkara-perkara yang terbaik pada orang lain dan menekankannya ketika berinteraksi dengan mereka atau memuji mereka.

Jika dilihat dari sudut positif, apabila kita memiliki minda seperti ini kita akan sentiasa melihat yang terbaik pada diri orang lain.

Dan sanggup untuk membayar mereka berdasarkan ciri-ciri terbaik yang ada pada mereka.

Dan apabila kita sentiasa melihat hal-hal yang terbaik pada orang lain, kita sebenarnya membantu mereka keluar dari nilai-nilai buruk mereka.

Terus lakukan seperti ini hingga mereka lupa akan keburukan mereka dan fokus pada kekuatan dan kelebihan mereka.

Namun, kita berhati-hati kerana minda seperti ini mungkin menyebabkan kita mengabaikan orang yang sepertinya tidak mempunyai apa-apa.

Sentiasalah berfikir dengan baik agar kita dapat memberikan layanan yang terbaik pada semua orang.

Baca juga: 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun

3. Memupuk sikap membeli kualiti

Apabila kita mempunyai minda mahukan yang terbaik, kita akan cenderung melihat pada kualiti sesuatu barang atau perkhidmatan.

Dalam memilih produk atau perkhidmatan, kita boleh memilih yang paling banyak nilai-nilai terbaik yang ada padanya.

Pandangan seperti ini membantu kita untuk hidup lebih positif dari sebelum ini.

Dan mungkin juga akan membantu kita membuang tabiat buruk kita.

Kesimpulan

Jika kita inginkan yang terbaik, mulakanlah untuk melihat dan berfikir perkara-perkara yang terbaik dalam diri kita dan orang lain.

Kemudian, berkembangkanlah dari kelebihan-kelebihan yang kita ada.

Selamat maju jaya.

If you want to be one of the best, you have to look at the best. – Romelu Lukaku

Diterbitkan 12 Jan 2021, Dikemaskini 5 Jun 2022

Share
Whatsapp
Tweet
Linkedin
Telegram
Email
Prev Article
Next Article

Recent Posts

  • Lirik Lagu Cinta Pertama – Gamma1
  • Lirik Lagu Cinta Monyet – Goliath
  • Lirik Lagu Cinta Kalapa – Susi Purba
  • Lirik Lagu Aku Memilih Setia – Fatin Shidqia
  • Lirik Lagu Cinta Beda Agama – Vicky Salamor

Tags

ayat bahagia Baju belajar berjaya blogger buku cinta janji jenama kasih kata kata kehidupan kereta kerja komunikasi konsisten malaysia otak pelajar pelanggan perniagaan rindu rumah sahabat sakit sayang SEO setia universiti wang wanita youtuber

SantroSondy.com

Copyright © 2023 SantroSondy.com
About | Contact | Privacy Policy | Disclaimer