SantroSondy.com

Menu
  • Home
  • Lirik Lagu
  • Senarai
  • Tutorial
Home
Lirik Lagu
Lirik Lagu Wajib Belajar – Restu Narwan Sutarmas

Lirik Lagu Wajib Belajar – Restu Narwan Sutarmas

Santro May 11, 2020

Lirik lagu wajib belajar adalah lagu ciptaan Restu Narwan Sutarmas. Lagu ini sangat popular di Negara Indonesia, tidak hairanlah ramai usahawan-usahawan indonesia yang menginspirasi saya untuk berjaya di internet. Salah seorang daripadanya ialah Timon Adiyoso. Melalui blognya Mastimon.com, saya semakin yakin sekiranya kita tekun melakukan sesuatu, kita pasti berjaya. Lagu ini bukan saja memotivasikan saya untuk menjadi bijak bahkan juga mendorong saya untuk keluar dari kemiskinan iaitu menamatkan apa yang telah saya mulakan. Jika anda tidak percaya, nyanyikanlah lagu ini setiap kali anda merasa malas belajar.

Lirik Lagu Wajib Belajar

Mari kita laksanakan wajib belajar
Putra putri tunas bangsa
Harapan negara
Wajib b’lajar cerdaskan
Kehidupan bangsa
‘tuk menuju masyarakat
Adil sejahtera

Gunakan waktumu isilah hidupmu
Tekunlah belajar giatlah bekerja
Berantas kebodohan prangi kemiskinan
Habis gelap terbit terang
Hari depan cerlang

Ayo kita giatkan wajib belajar
Jangan putus tengah jalan marilah tamatkan
Tanam ilmu sekarang
Petik hari depan
Cerdas trampil berwibawa penuh daya cipta

Gunakan waktumu isilah hidupmu
Tekunlah belajar giatlah bekerja
Jadikan tunas bangsa inti pembangunan
Adil makmur sejahtera
Merata bahagia

Kesimpulan

Masej utama dalam lagu ini ialah pembelajaran sepanjang hayat. Kita luangkan masa untuk belajar setiap hari sehingga ia menjadi suatu kebiasaan atau kewajiban kita kerana kita ingin menjadi lebih baik dari semalam. Tiada yang lebih indah dalam hidup kita selain menyedari bahawa kita lebih pandai dari semalam, lebih kaya dari semalam, lebih bertuah dari semalam dan lebih banyak memberi dari semalam. Keadaan ini boleh kita capai sekiranya kita rajin meluangkan masa setiap hari untuk belajar sesuatu yang dapat meningkatkan kualiti pengurusan diri, pengurusan masa, pengurusan kewangan, pekerjaan, keluarga dan rakan-rakan. Ini kerana, pengurusan yang berkualiti dapat menarik rezeki yang berlimpah dalam kehidupan kita pada masa ini dan seterusnya masa depan. Selamat Belajar!!!

*Sekiranya anda merasakan perkongsian ini menarik, kongsikannya pada teman-teman anda agar mereka juga suka belajar selepas ini.

Share
Whatsapp
Tweet
Linkedin
Telegram
Email
Prev Article
Next Article

Recent Posts

  • Lirik Lagu Cinta Pertama – Gamma1
  • Lirik Lagu Cinta Monyet – Goliath
  • Lirik Lagu Cinta Kalapa – Susi Purba
  • Lirik Lagu Aku Memilih Setia – Fatin Shidqia
  • Lirik Lagu Cinta Beda Agama – Vicky Salamor

Tags

ayat bahagia Baju belajar berjaya blogger buku cinta janji jenama kasih kata kata kehidupan kereta kerja komunikasi konsisten malaysia otak pelajar pelanggan perniagaan rindu rumah sahabat sakit sayang SEO setia universiti wang wanita youtuber

SantroSondy.com

Copyright © 2023 SantroSondy.com
About | Contact | Privacy Policy | Disclaimer