Lirik lagu kesetiaan adalah ciptaan Ajai (Mohd Faizal bin Maas) dan ditulis oleh Musrad (Musa bin Radhi). Lagu ini sangat popular di Malaysia, tidak hairanlah seluruh Malaysia bersedih dan meratapi pemergian Allahyarham Siti Sarah selepas beliau bertarung dengan jangkitan Covid-19 pada tahun 2021. Melalui lagu kesetiaan, saya semakin sedar sekiranya kita meninggal hari ini, karya kita akan terus hidup selagi masih ada manusia di dunia ini. Lagu ini bukan saja memotivasikan saya untuk menjadi tidak angkuh bahkan juga mendorong saya untuk melakukan yang terbaik dalam setiap perkara yang saya lakukan. Jika anda tidak percaya, nyanyikanlah lagu ini setiap kali anda merasa angkuh atau malas.
Lirik Lagu Kesetiaan
Kesetiaan menghalangi
Kupindah ke lain hati
Dan tak ingin ku melukai
Mendambakan cinta ini
Hanya kekalnya denganmu
Tapi kudrat tak di tanganku
Padamu kualunkan rinduku
Sayang jadi sendu
Tinggalkan lara putus cintaku
Di akhir kali pertemuan pilu
Tahu kau meninggalkanku
Kau palitkan kesal menunggumu
Kesalahan kau pautkan di jiwaku
Kau nampakkan keangkuhanmu
Kurelai cinta tak suci ini pergi
Kuhayunkan langkah kaki
Meraih cinta yang suci
Moga ada insan yang luhur… sehati
Segaris nada rindu
Hilang jadi sendu
Tinggalkan lara putus cintaku
Di akhir kali pertemuan pilu
Tahu kau meninggalkanku
Kau palitkan kesal menunggumu
Kesalahan kau pautkan di jiwaku
Kau nampakkan keangkuhanmu
Diri ini tak kau hargai
Kesalahan kau pautkan di jiwaku
Kau nampakkan keangkuhanmu
Kuredhai cinta tak suci ini pergi… jauh
Cinta lalalalala… kudambakan…
Yang terbaik
Kredit: Lyrics.my
Kesimpulan
Masej utama dalam lagu ini ialah Kesetiaan pada hal yang terbaik untuk kita. Kita luangkan masa untuk belajar dan memperbaiki setiap hal yang penting untuk kita sehingga ia menjadi berkat bagi orang-orang yang ada disekitar kita. Tiada yang lebih indah dalam hidup kita selain menyedari bahawa kita telah melakukan yang terbaik lebih dari sebelum ini, lebih berkualiti dari sebelum ini, lebih bernilai dari sebelum ini dan lebih banyak memberi inspirasi dari sebelum ini. Keadaan ini boleh kita capai sekiranya kita rajin meluangkan masa setiap hari untuk belajar sesuatu yang dapat meningkatkan kualiti pengurusan diri, pengurusan masa, pengurusan kewangan, pekerjaan, keluarga dan rakan-rakan. Ini kerana, pengurusan yang berkualiti dapat menarik rezeki yang berlimpah dalam kehidupan kita pada masa ini dan seterusnya masa depan. Teruskan belajar kerana belajar itu wajib seperti yang dikumandangkan dalam lagu Wajib Belajar.
*Sekiranya anda merasakan perkongsian ini menarik, kongsikannya pada teman-teman anda agar mereka juga suka belajar selepas ini.