Gambar hiasan untuk Pekerja Yang Setia |
Perkataan Setia atau dalam bahasa Inggerisnya Faithful adalah salah satu perkataan positif yang menjadi kegemaran saya. Saya suka pada perkataan ini kerana, perkataan ini boleh membantu saya dalam mencapai kejayaan.
Telah ramai tokoh-tokoh terkenal di dunia, menjadi terkenal, kerana kesetiaan yang mereka letak pada bidang masing-masing. Itu dalam bidang kerjaya, apa pula hasil kesetiaan kalau dari sudut perhubungan antara lelaki dan wanita.
Saya pasti kamu juga melihat orang-orang yang ada disekeliling kamu. Mereka wujud kerana adanya kesetiaan antara ibubapa mereka, yang melahirkan dan membesarkan mereka. Selain itu, disudut pandang lain, saya tidak akan dapat menulis artikel ini sekiranya tiada sifat setia dalam diri saya.
Memelihara kesetiaan tidak senang, anda perlu berhempas pulas untuk terus maju, semata-mata untuk mendapatkan hasil yang anda perlukan disamping menjaga keperluan-keperluan lain dalam hidup anda.
Oleh itu pada hari ini, saya akan mengongsikan satu lirik lagu yang berkaitan dengan perkataan setia. Ini saya khususkan kepada sahabat-sahabat blogger diluar sana, yang berjuang untuk meningkatkan traffik ke blog masing-masing.
Semoga selepas membaca atau menyanyi lirik lagu ini, kamu akan menjadi lebih setia pada usaha kamu untuk meningkatkan traffik ke blog masing-masing. Tanpa, membuang masa lagi, saya persembahkan kepada sahabat-sahabat blogger Lirik lagu Faithful nyanyian Lobo.
Lirik Lagu Faithful
I never wanted anyone before
Half as much as I want you
I finally found what I’ve been searching for
My whole life through
You’re the answer to the prayers I’ve prayed
More than I’ve ever dreamed of
So I give to you my heart today
And pledge my eternal love
Chorus:
I’ll be faithful, faithful till the end
I’m so thankful that heaven
Chose to send you
And this love will last forever
Forever I’ll be true
And be faithful to you
You’re my one and only one you see
There’s just no one to compare
I’ll hold and keep you close to me
Way beyond our golden years
Our two hearts will always beat as one
One thing you can know for sure
I promise that I’ll never let you down
Your trust in me’s secure
Lagu Faithful di Youtube
Lirik ini ditulis berdasarkan Video yang sahabat-sahabat boleh lihat dari Faithful – Lobo. Jika anda seorang blogger atau youtuber, dengarlah lagu ini sambil membayangkan kejayaan anda di masa depan. Semoga anda mendapat manfaat selepas mendengar lagu ini.
Kesimpulan
Susunan perkataan dalam lirik lagu ini juga sangat menarik bagi saya. Sangat baik untuk mendidik mulut dan fikiran supaya setia dalam apa juga yang kita lakukan. Jika kita setia, kita akan sentiasa belajar perkara baru melalui sudut pandang dari bidang yang kita pilih.
Sifat setia adalah sifat yang anda wajib belajar sekiranya anda mahu berjaya dalam hidup anda. Tidak kiralah anda siapa, blogger, youtuber atau marketer, apa saja cita-cita anda, boleh dicapai sekiranya ada kesetiaan dalam hidup diri anda. Itu saja, kita jumpa lagi pada artikel seterusnya.
Gambar oleh Free-Photos