Selepas bertahun-tahun menunggu dirimu, akhirnya kau telah menjadi milikku. Aku merasa bahagia setiap masa kerna kau selalu menghiasi fikiranku dan memenuhi jiwaku dengan cinta kepadamu. Sukar untukku berjauhan denganmu, terasa ingin selalu berada dekat denganmu. Tapi sayang, cinta kita diganggu orang ketiga, mengenang semua kisah cinta lama seperti dalam lirik lagu cinta segitiga itulah yang berlaku dalam kisah percintaan kita. Aku tertanya-tanya mengapa ini semua harus terjadi, adakah aku masih tidak layak untuk memiliki cintamu? Aku tidak sanggup melepaskanmu. Namun, saat melihatmu, aku tahu kau keliru hendak memilih yang mana. Aku tidak sanggup melihatmu keliru seperti itu. Buatlah keputusanmu dengan hati yang terbuka, kerana aku bersedia untuk menurut keinginanmu atas nama cinta ikhlas yang tidak mampu memiliki.
Lirik Lagu Cinta Segitiga
Bertahun sudah ku menunggu diri mu
Akhirnya kau menjadi milikku
Sukarnya untuk ku melupakan mu
Kerna kau ku cintai selalu
Tapi sayang kehadiran kekasih lama mu
Datang kembali mengenang cinta dahulu
Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diri ku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu
Kau ibarat terperangkap ditengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju
Tapi sayang kehadiran kekasih lama mu
Datang kembali mengenang cinta dahulu
Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diri ku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu
Kau ibarat terperangkap ditengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju
Andai pinta untuk melepaskan mu
Terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini suatu pengajaran
Di dalam percintaan
Bacalah artikel terbaik dari blog ini 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun
Ada lebih banyak lagi pilihan dari channel MVM MUSIC ATAU pada Tags Cinta yang ada di bawah (mobile) atau sisi (Desktop) blog ini.
Guys, anggaplah dengan mengongsikan lirik lagu ini, adalah tanda kasih kepada sahabat sejati, walaupun hanya sekali namun sangat bererti.
Mulakan blog Lifestyle anda sendiri dengan domain dan webhosting dari IWHost hari ini.
Ingat guys, jangan ragu, teruskan maju.