SantroSondy.com

Menu
  • Home
  • Lirik Lagu
  • Senarai
  • Tutorial
Home
Senarai
4 Latihan untuk Hilangkan Perut Buncit

4 Latihan untuk Hilangkan Perut Buncit

Santro Sondy June 16, 2022

Perut buncit merupakan masalah yang sering dihadapi lelaki yang berumur 30 tahun ke atas.

Ada sesetengah yang menyukai perut buncit, dan ada sesetengah pula terjerat antara suka dan pasrah.

Namun bagi lelaki yang inginkan perut kempis, berikut ini adalah 4 latihan untuk hilangkan perut buncit.

Latihan untuk Hilangkan Perut Buncit

Kredit: Ketut Subiyanto (Pexels)

1. Latihan Kardio

Latihan kardio adalah latihan yang melakukan gerakan berulang-ulang secara teratur dalam jangka waktu tertentu.

Latihan kardio boleh dilakukan di tempat terbuka atau tertutup dengan bantuan peralatan senaman.

Berikut adalah contoh latihan kardio yang  mudah untuk dilakukan

  1. Walking (Dengan treadmil pun boleh)
  2. Jogging
  3. Lompat bintang
  4. Larian Angkat lutut tinggi
  5. Larian Tendangan pinggul

Melakukan latihan kardio NO.1 selama 30minit setiap hari akan membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak yang ada di badan kita termasuklah bahagian perut.

Baca juga: 32 Tips untuk Konsisten Sepanjang Tahun

2. Latihan Perut

Latihan perut ialah latihan yang berfungsi untuk menebalkan otot perut.

Latihan ini boleh dilakukan di rumah atau dalam bilik tidur.

Berikut adalah contoh latihan perut

  1. Crunch
  2. Leg Raise

Lakukan latihan ini secara konsisten dan mengikut kemampuan harian kita.

Gunakan umur kita sebagai penanda ukur jumlah ulangan yang sanggup dan mampu dilakukan.

Contohnya jika umur kita 31 tahun, kita boleh lakukan seperti ini.

  • UMUR PENUH – Set 1 (15 kali), Set 2 (10 kali), Set 3 (6 kali).
  • SEPARUH UMUR – Set 1 (7 kali), Set 2 (5 kali), Set 3 (3 kali).

3. Latihan HIIT

HIIT ialah high intensity interval training atau latihan yang berimpak tinggi dapat membantu membakar kalori seluruh badan kita.

Ini kerana latihan-latihan yang dilakukan melibatkan pergerakan yang memerlukan tenaga yang banyak.

Ini contoh latihan HIIT yang saya pilih untuk saya lakukan.

  1. Jalan kaki – 480 meter
  2. Push up – 31 kali
  3. Jogging – 480 meter
  4. Calf raises – 31 kali
  5. Jogging – 480 meter
  6. Sit up – 31 kali
  7. Jogging – 480 meter
  8. Hanging – 31 saat

Ubah dan sesuaikan senarai ini dengan kemampuan diri kita masing-masing.

4. Latihan Bebanan

Latihan bebanan adalah latihan yang dilakukan dengan bantuan peralatan senaman.

Kelebihan latihan bebanan ialah kita boleh mengetahui lebih tepat beban-beban yang kita gunakan dan jumlah lemak yang boleh dibakar ketika menggunakan peralatan senaman.

Walau bagaimanapun, latihan bebanan memerlukan kita untuk melabur seperti yuran keahlian memasuki GIM.

Kerana dalam GIM, ada jurulatih yang mahir akan membimbing kita untuk menghilangkan perut buncit kita.

Jika berkemampuan, jadilah ahli GIM terdekat kita agar bentuk tubuh kita dapat dilatih dengan betul dan menarik

Kesimpulan

Menyedari keinginan kita untuk menghilangkan perut buncit merupakan langkah pertama.

Namun untuk menghilangkan perkataan perut buncit dalam kamus hidup kita memerlukan usaha yang konsisten.

Bersenamlah secara konsisten agar metabolisme badan kita meningkat sehingga badan kita khususnya perut kita tidak lagi menjadi buncit.

Demikianlah informasi lengkap yang mengulas tentang latihan untuk hilangkan perut buncit.

Untuk menghilangkan perut buncit memang tidak mudah.

Namun, bagi orang yang bertekad dan konsisten boleh menjadi mudah apa lagi kalau kita tahu caranya.

Dapatkan lebih Tips Kesihatan dengan mengklik Mrhanafi.

Share
Whatsapp
Tweet
Linkedin
Telegram
Email
Prev Article
Next Article

Recent Posts

  • 3 Strategi untuk Membina Tabiat Baik, Menurut James Clear
  • 31 Contoh Ayat Aktif
  • 31 Ayat Ayat Sweet
  • 10 Aksesori Mudah Alih yang Wajib Dimiliki
  • 31 Tips Untuk Membuat Hari Ini Lebih Baik dari Semalam

Tags

ayat bahagia Baju belajar berjaya blogger buku cinta google janji jenama kasih kata kata kehidupan kereta kerja komunikasi konsisten malaysia otak pelajar pelanggan perniagaan rindu rumah sahabat sakit sayang SEO setia tiktok twitter universiti wang wanita youtuber

SantroSondy.com

Copyright © 2023 SantroSondy.com
About | Contact | Privacy Policy | Disclaimer